Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS

Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS, College & University, Kuala Kangsar.

Alhamdulillah, telah berlangsung lawatan delegasi FPISS ke TVET MARA Lenggong bagi mengadakan sesi perbincangan berkaita...
19/05/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung lawatan delegasi FPISS ke TVET MARA Lenggong bagi mengadakan sesi perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam pelaksanaan program sijil profesional.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan institusi serta membuka ruang kolaborasi dalam pembangunan akademik, latihan kemahiran dan peningkatan kompetensi pelajar serta masyarakat.

Semoga pertemuan ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang memberi manfaat besar dalam melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing.

Terima kasih atas sambutan dan layanan yang amat baik daripada pihak TVET MARA Lenggong.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒทPelajar KSL 6073 Psikologi Dewasa dan Orang Tua telah menganjurkan program Respect ...
19/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera ๐ŸŒท

Pelajar KSL 6073 Psikologi Dewasa dan Orang Tua telah menganjurkan program Respect Yourself, Protect Your Future, iaitu sebuah program yang bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menjaga diri, menghargai masa depan dan membuat pilihan hidup yang positif.

Program ini diadakan bagi memupuk nilai tanggungjawab, keyakinan diri serta kesedaran kendiri dalam kalangan peserta melalui pelbagai pengisian yang bermanfaat dan interaktif.

๐Ÿ“… Tarikh: 11 Mei 2026
โฐ Masa: 7:30 am โ€“ 4:30 pm
๐Ÿ“ Tempat: Auditorium

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta serta memberi inspirasi ke arah kehidupan yang lebih positif dan sejahtera.

โœจ Selamat Hari Guru 2026 โœจโ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warg...
16/05/2026

โœจ Selamat Hari Guru 2026 โœจ

โ€œGuru Bitara Nadi Negaraโ€

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih buat seluruh warga pendidik yang tidak pernah jemu mencurah ilmu, mendidik jiwa serta membimbing generasi dengan penuh keikhlasan dan pengorbanan. ๐Ÿ“š๐Ÿค

Semoga segala usaha dan penat lelah para guru menjadi amal soleh yang diberkati serta terus diberikan kekuatan dalam mendidik anak bangsa demi agama, masyarakat dan negara.

Terima kasih cikguโ€ฆ

Jasamu sentiasa dikenang ๐ŸŒน




PROGRAM SULAMKASIH RETAK: SYARIAH MENJADI PANDUAN ANJURAN JABATAN SYARIAH FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS SOSIAL07 MEI...
07/05/2026

PROGRAM SULAM

KASIH RETAK: SYARIAH MENJADI PANDUAN

ANJURAN JABATAN SYARIAH
FAKULTI PENGAJIAN ISLAM DAN SAINS SOSIAL

07 MEI 2026

PENGLIBATAN PELAJAR TINGKATAN 5 SMK BUKIT MERCHU

[๐ˆ๐ค๐ญ๐ข๐›๐š๐ซ ๐‡๐š๐ฆ๐ณ๐š๐ก ๐ฅ๐ข ๐“๐š๐ก๐๐ข๐ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ฐ๐š]Sukacita dimaklumkan bahawa Iktibar Hamzah telah selesai dijalankan dengan lancar. Uji...
07/05/2026

[๐ˆ๐ค๐ญ๐ข๐›๐š๐ซ ๐‡๐š๐ฆ๐ณ๐š๐ก ๐ฅ๐ข ๐“๐š๐ก๐๐ข๐ ๐Œ๐ฎ๐ฌ๐ญ๐š๐ฐ๐š]

Sukacita dimaklumkan bahawa Iktibar Hamzah telah selesai dijalankan dengan lancar.

Ujian ini dijalankan di bawah seliaan King Salman Global Academy for Arabic Language. Ujian ini merupakan ujian bagi menentukan tahap penguasan kemahiran bahasa Arab dalam kalangan calon.

Dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua calon yang telah menyertai ujian ini. Sekian, terima kasih.

______________________________
"๐—ก๐—”๐—›๐—ช๐—” ๐—ง๐—”๐—™๐—”๐—ช๐—ช๐—จ๐—ค๐—œ ๐—”๐—Ÿ-๐—ฤช๐—Ÿ '๐—”๐—•๐—ฅ๐—” ๐—”๐—Ÿ-๐—Ÿ๐—จ๐—š๐—›๐—”๐—›"

๐๐„๐‘๐’๐€๐“๐”๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐€๐‘๐€๐
๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐ˆ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐ ๐€๐™๐‹๐€๐ ๐’๐‡๐€๐‡

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL BAGI PENERBITAN JURNAL AL-QANUN JILID 5, 2026 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAKJabatan Ke...
13/04/2026

BENGKEL PENULISAN ARTIKEL BAGI PENERBITAN JURNAL AL-QANUN JILID 5, 2026 JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI PERAK

Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) telah melaksanakan Bengkel Penulisan Artikel Bagi Penerbitan Jurnal al-Qanun Jilid 5, 2026 seperti perincian berikut:

Tarikh: 10 April 2026 (Jumaat)
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Dewan Banquet, JKSPk

Tujuan utama bengkel ini adalah sebagai satu platfom kepada hakim-hakim mahkamah syariah seluruh negeri Perak dan para pegawai JKSPk dalam menyediakan artikel ilmiah yang akan diterbitkan dalam Jurnal al-Qanun Jilid 5, 2026.

Seramai enam orang pensyarah dari Jabatan Syariah, FPISS dilibatkan secara langsung dalam bengkel tersebut sebagai mentor kepada penulis artikel bagi menghasilkan artikel. Enam pensyarah yang terlibat adalah:
1) Dr. Muhammad Mustaqim bin Roslan (Dekan FPISS)
2) Dr. Sharifah Nurulhuda binti S Ab Latif (Ketua Jabatan Syariah)
3) Dr. Zul-kifli bin Hussin
4) En. Mohd Farouq Nukman bin Zamri
5) Puan Afrah Munira binti Yusof
6) Puan Ainul Mardhiah binti Zabidi

Penyertaan Persatuan Pelajar Sains Kemanusiaan USAS sebagai Fasilitator Kem Kepimpinan SK Sultan Abdul AzizKuala Kangsar...
13/04/2026

Penyertaan Persatuan Pelajar Sains Kemanusiaan USAS sebagai Fasilitator Kem Kepimpinan SK Sultan Abdul Aziz

Kuala Kangsar, 11 April 2026 โ€“ Persatuan Pelajar Sains Kemanusiaan (PPSK) telah menyertai program Kem Kepimpinan Pelajar Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz sebagai fasilitator pada hari ini. Program yang berlangsung dengan jayanya ini bertujuan untuk membentuk sahsiah, meningkatkan keyakinan diri serta memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan murid sekolah rendah.

Seramai 10 orang fasilitator telah terlibat secara langsung dalam mengendalikan pelbagai aktiviti sepanjang kem berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah sesi ice-breaking, latihan dalam kumpulan (LDK), permainan berkumpulan serta aktiviti refleksi kendiri yang memberi penekanan kepada kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan.

Program ini telah memberi peluang kepada para fasilitator untuk mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam bidang kaunseling, khususnya dalam aspek komunikasi interpersonal, dinamika kumpulan dan pembangunan kendiri.

Tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua fasilitator Persatuan Pelajar Sains Kemanusiaan (PPSK) atas komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan kem kepimpinan ini. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing, berkeyakinan dan berjiwa kepimpinan tinggi.

20/03/2026

๐ŸŒ™โœจ UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI โœจ๐ŸŒ™

Ucapan Hari Raya Aidilfitri daripada Dekan Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), Dr. Muhammad Mustaqim bin Roslan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin ๐ŸŒธ

Address

Kuala Kangsar

Website

http://tiktok.com/@fpiss.usas, https://www.instagram.com/fakultipengajianislamusas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Pengajian Islam dan Sains Sosial USAS:

Share