08/06/2026
MESYUARAT PENYELARASAN POLYCCOM 2026 BILANGAN 1/2026
Mesyuarat Penyelarasan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan (POLYCCOM) 2026 telah diadakan pada 8 Jun 2026 di Bilik Merbau, Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi (Pengkomersialan), JPPKK.
Turut hadir ialah Ts. Niza Asyadi bin Hamzah (Timbalan Pengarah Akademik) dan Encik Khairul Aznam bin Ismail (Timbalan Pengarah Pengurusan) yang mewakili Ts. Haji Meor M. Sharifuddin bin Meor Shukri, Pengarah Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh, yang tidak dapat hadir kerana urusan rasmi di Kelantan. Hadir sama Puan Dina Izzati binti Hashim, Encik Mohd Mustaqim bin Maludin, Encik Mohamad Hapiz bin Abdul Rahman selaku Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersial (KUPIK), Puan Khairul Ashikhin binti Abdullah Suhami selaku Pengarah Program POLYCCOM 2026, serta ketua-ketua jawatankuasa yang terlibat dalam penganjuran program.
Sebelum bertolak ke Kelantan, Ts. Haji Meor M. Sharifuddin bin Meor Shukri bersama Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak (KKNP) sempat menyantuni Ts. Dr. Mohd Norhadi bin Muda sebagai tanda penghargaan atas kesudian beliau hadir ke Perak Culinary Arts Academy @ Kolej Komuniti Chenderoh bagi mempengerusikan mesyuarat tersebut.
Mesyuarat membincangkan penyelarasan pelaksanaan POLYCCOM 2026 meliputi aspek pengurusan, logistik, promosi, pengkomersialan serta pembahagian tugas jawatankuasa bagi memastikan penganjuran program berjalan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan.
Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang dengan persetujuan semua pihak untuk melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui demi menjayakan Pertandingan POLYCC Komersial Peringkat Kebangsaan (POLYCCOM) 2026.