Pusat Ko-Kurikulum, Unishams

Pusat Ko-Kurikulum, Unishams Selamat Datang ke Pusat Ko-Kurikulum, Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Kuala Ketil, Kedah Darulaman

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UniSHAMS (USR) PUSAT KOKURIKULUM 2023: Siri 7 - PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN SINERGI DAK...
25/11/2023

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UniSHAMS (USR) PUSAT KOKURIKULUM 2023:
Siri 7 - PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID DAN SINERGI DAKWAH

UniSHAMS: Seramai 47 pelajar kursus Ko-kurikulum Kepimpinan dan Pengurusan Masjid dan Dakwah Tahap 1 di bawah bimbingan Ustaz Afifi Bin Abu Bakar telah menyertai Program Pengimarahan Masjid siri ke-7 pada 24 November 2023 yang lalu di Masjid Badrul Huda, Kampung Batu Besar, S*k Kedah.

Program ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran pengurusan dan pengimarahan masjid melalui perancangan dan pelaksanaan projek di lapangan. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa yang tetlibat dalam perkongsian ilmu yang dipelajari secara praktikal di samping membangunkan kemahiran insaniah dan kemampuan interaksi serta berkomunikasi secara efektif dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah:

📌 Kem Smart Solat
📌 Gotong-royong Masjid dan kawasan kubur
📌 Ceramah
📌 Talqin jenazah
📌 Khatib khutbah jumaat
📌 Muazin
📌 Imam
📌 Permainan dalaman dan kuiz
📌 Majlis penutup, penyampaian cenderahati kepada pihak masjid dan hadiah kepada pemenang permainan dalaman

Kem yang berlangsung selama 1 hari ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada mahasiswa serta masyarakat setempat yang turut sama terlibat bagi menjayakan program yang dilaksanakan ini.

Harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Pusat Ko-Kurikulum, Unishams

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UniSHAMS (USR) PUSAT KOKURIKULUM 2023: Siri 6 - KEM KEPIMPINAN DAN DAKWAHUniSHAMS: Seramai ...
21/11/2023

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL UniSHAMS (USR) PUSAT KOKURIKULUM 2023:
Siri 6 - KEM KEPIMPINAN DAN DAKWAH

UniSHAMS: Seramai 156 pelajar kursus Ko-kurikulum Kepimpinan dan Pengurusan Masjid dan Dakwah Tahap 2 di bawah bimbingan Encik Haris Murshidi Bin Abdul Manah dan Ustaz Afifi Bin Abu Bakar telah menyertai Kem Kepimpinan Dan Dakwah siri ke-7 pada 16, 17 & 18 November 2023 yang lalu di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kampung Ayer Hitam Pantai, Melaka.

Program ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran kepimpinan dan kepemimpinan melalui perancangan dan pelaksanaan projek di lapangan. Program ini juga memberi ruang dan peluang kepada mahasiswa yang tetlibat dalam perkongsian ilmu yang dipelajari secara praktikal di samping membangunkan kemahiran insaniah dan kemampuan interaksi serta berkomunikasi secara efektif dengan masyarakat.

Antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan adalah:

📌KHAMIS (16 November 2023)
- Majlis penyerahan anak angkat
- Majlis bacaan Yasin dan doa selamat

📌JUMAAT (17 November 2023)
- SLOT 1 : Diplomasi Organisasi & Dakwah
- SLOT 2 : Gotong rotong Masjid Nur Jannatul Bahri
- SLOT 3 : Gotong royong masjid lama (Masjid Nur Jannah)
- SLOT 4 : Bengkel motivasi bersama pelajar SMA Al-Ehya El-Karim

- SLOT 5 : Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk “Kepimpinan Generasi Muda”.

📌SABTU (18 November 2023)
- SLOT 6 : Kursus sembelihan
- SLOT 7 : Rewang & kenduri rakyat
- SLOT 8 : Memanah bersama komuniti
- Majlis Penutup & penyerahan semula anak angkat

Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan dan maklum balas yang baik daripada mahasiswa serta masyarakat setempat yang turut sama terlibat bagi menjayakan program yang julung-julung kali diadakan ini.

Harapan kami agar program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.

Pusat Ko-Kurikulum, Unishams

Projek Dalam Kampus (PDK) : Pembimbing Rakan Sebaya Tahap 1Bertema : BENGKEL KEMAHIRAN MENOLONG- LIFE COACHUniSHAMS : Se...
07/11/2023

Projek Dalam Kampus (PDK) :
Pembimbing Rakan Sebaya Tahap 1

Bertema : BENGKEL KEMAHIRAN MENOLONG
- LIFE COACH

UniSHAMS : Seramai 120 pelajar Kursus Ko-kurikulum Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap 1 di bawah bimbingan Encik Muhammad Ami Ruzaini bin Abdullah terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah dalam pelbagai bidang pengajian, telah menyertai Bengkel Kemahiran Menolong : Life Coach yang bertempat di Dewan Kulliyyah Usuluddin dan Sains Al-Quran pada 04 November 2023 (Sabtu) yang lalu.

Projek Dalam Kampus (PDK) merupakan aktiviti wajib bagi pelajar yang mengambil kursus kokurikulum. PDK ini adalah bertujuan untuk memberi panduan yang tersusun berkaitan kemahiran menolong yang menjadi salah satu di antara hasil pembelajaran kursus pada semester ini.

Bengkel yang berlangsung selama 5 jam yang bermula dari jam 9 pagi hingga 2 petang ini, telah mendapat maklum balas yang sangat positif dari pelajar berdasarkan pengisian yang berteraskan kemahiran menolong profesional.

Bengkel Kemahiran Menolong : Life Coach ini menampilkan penceramah yang pakar dalam dunia coaching iaitu Tuan Mohamad Solhi bin Mohd Sharif (Emotional Intelligence Specialist UWAIS Followership Academy PLT).

Bengkel ini berakhir dengan jayanya dengan majlis penutupan dan penyampaian cenderahati kepada penceramah pada jam 2 petang.

Pusat Ko-Kurikulum, Unishams

[TATACARA PEMAKAIAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI UniSHAMS]Mahasiswa UniSHAMS perlu cakna dengan garis panduan yang telah dit...
06/12/2022

[TATACARA PEMAKAIAN RASMI DAN TIDAK RASMI DI UniSHAMS]

Mahasiswa UniSHAMS perlu cakna dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Unit Disiplin yang terdiri daripada pemakaian rasmi dan tidak rasmi ketika berada di dalam UniSHAMS.

Diharapkan agar semua mahasiswa dapat mengaplikasikan cara pemakaian seperti yang telah digariskan di dalam buku peraturan tatatertib pelajar UniSHAMS.

Untuk info-info terkini, ikuti kami di:
Facebook: https://bit.ly/FB_MPMUniSHAMS
Instagram: https://bit.ly/IG_MPMUniSHAMS
Telegram: https://bit.ly/TELE_MPMUniSHAMS
TikTok: https://bit.ly/TT_MPMUniSHAMS
YouTube: https://bit.ly/YT_MPMUniSHAMS

"Kepimpinan Berintelektual,
Revolusi Mahasiswa Bersama"
____________
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH
TAHUN 2022

Alhamdulillah..Pengalaman yang tak dapat dilupakanDiharap kasih sayang dan ikatan silatulrahmi akan terus berpanjangan a...
04/12/2022

Alhamdulillah..
Pengalaman yang tak dapat dilupakan
Diharap kasih sayang dan ikatan silatulrahmi akan terus berpanjangan antara anak dan keluarga angkat di Kampung Batu Besar S*k.
Terima kasih kerana sudi menerima kami, berkongsi cara hidup, memberi pengalaman pahit manis kaedah tradisi buat generasi baru ini. Terima kasih ayah, terima kasih ibu.. terima kasih penaja... terima kasih penceramah dan yb Wakil Rakyat.. atas sokongan dan kerjasama anda..

Jom belajar balut ketupat...
04/12/2022

Jom belajar balut ketupat...

"Meh pak cik ajar cara nak dapatkan santan..  Kena buang dulu sabut nyior, Bersihkan, BelahKukur..."Ok jom kita bertandi...
04/12/2022

"Meh pak cik ajar cara nak dapatkan santan..
Kena buang dulu sabut nyior, Bersihkan, Belah
Kukur..."

Ok jom kita bertanding sapa cepat, sapa hebat...

"Gini cara bakar lemang anak2.... siap sat gi kita buat kenduri. Makan ramai2"Terima kasih ayah angkat...
04/12/2022

"Gini cara bakar lemang anak2.... siap sat gi kita buat kenduri. Makan ramai2"
Terima kasih ayah angkat...

Alhamdulillah... belajar cara hidup kampung bersama keluarga angkat di Daerah S*k...
04/12/2022

Alhamdulillah... belajar cara hidup kampung bersama keluarga angkat di Daerah S*k...

1-3 Disember 2022 :PROGRAM BAKTI SISWA Kariah Kampung Batu Besar S*k Kedah,Pusat Kokurikulum Unishams."Tuan ,kalau nak t...
04/12/2022

1-3 Disember 2022 :PROGRAM BAKTI SISWA Kariah Kampung Batu Besar S*k Kedah,Pusat Kokurikulum Unishams.

"Tuan ,kalau nak tambah hari lagi untuk depa ni (pelajar unishams) duduk dengan kami lagi pun boleh, kami sanggup jaga depa ni, seronok sungguh depa ni mai ke kampung kami disini, bejuruih sungguh anak-anak unishams ni" respon dari penduduk disini.

Alhamdulillah bersyukur tak terkira kehadrat ilahi satu program cukup bermakna telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan pelajar seramai 120 orang mahasiawa/wi Ijazah Sarjana Muda dari Kursus Pembimbing Rakan Sebaya menjadi anak angkat kepada 56 keluarga angkat daripada penduduk kariah yang terdiri daripada empat buah kampung sekitar kariah Batu Besar S*k kedah

Banyak program dijalankan bagi meningkatkan kemahiran dan sofskill para pelajar antaranya menyampaikan khutbah jumaat ,imam bilal, menyampaikan kuliah dan tazkirah, disamping itu juga para pelajar turut berkhidmat memasak ,gotong- royong beramai-ramai dengan penduduk disini.

Diantara pengalaman istimewa buat mahasiswa dan mahasiswi ialah mereka dapat belajar Cara membakar lemang, mengayam ketupat dan parut kelapa. Sebagai riadah pelbagai sukan rakyat dan tradisional di pertandingan kan dan di dedahkan kepda generasi baru ini.

Semoga ukhuwah yang terbina ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sekian Terima Kasih Untuk Semuanya✅

AlhamdulillahBersyukur kehadrat AllahPercapaian ini juga khas buat semua staf pusat kok, jurulatih pusat dan pelajar2 ya...
04/12/2022

Alhamdulillah
Bersyukur kehadrat Allah
Percapaian ini juga khas buat semua staf pusat kok, jurulatih pusat dan pelajar2 yang sama2 menyumbang tenaga sepanjang tahun 2021.. tanpa anda siapalah kami.
Tahniah buat semua yg menyumbang secara langsung dan tidak langsung. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 anda.

D'Puncak Beris Lake Resort, 24 - 26 November 2022 - Pusat Ko-Kurikulum dengan kerjasama Pelajar Kelas Kepimpinan Tahap 2...
27/11/2022

D'Puncak Beris Lake Resort, 24 - 26 November 2022 - Pusat Ko-Kurikulum dengan kerjasama Pelajar Kelas Kepimpinan Tahap 2 telah menjayakan Kem Kepimpinan Mahasiswa UniSHAMS 2022.

*24 November 2022* - Pelajar terlibat dengan sesi taklimat yang disampaikan dan dirasmikan oleh Puan Rafidah, Pengarah Pusat Ko-Kurikulum. Puan Rafidah memberi ucapan dan nasihat kepada peserta agar menjaga nama baik UniSHAMS dan berkelakuan baik sepanjang berada di kem.

Sesi petang & malam
1) Slot Memupuk Pemikiran Kritis dan Kreatif, Encik Muhammad Hazwan bin Che Hussin
- Membawa input supaya pelajar didedahkan dengan cara pemikiran luar kotak untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2) Slot Pengucapan Memukau disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd Fairus bin Abd Majid.
- Pelajar memperoleh cara untuk berkomunikasi dengan orang luar sehingga orang tersebut terpukau dengan percakapan seseorang.

*25 November 2022* - Pelajar didatangi seorang penceramah hebat, Tuan Hj. Muhammad Aminur Shafiq bin Mohamad Abduh di dalam slot Kerenah Organisasi yang berkongsi cara mengatasi kepelbagaian kerenah seseorang dalam organisasi.

Sesi petang & malam - Pelajar diberi peluang bermain rakit untuk menambah keyakinan diri di dalam air. Kemudian, pada waktu malam pelajar meneruskan dengan aktiviti BBQ bersama ahli kumpulan.

*26 November 2022* - Slot Khidmat Masyarakat iaitu gotong-royong membersihkan kawasan masjid dan kubur bersama Masjid Nurul Iman, Kg. Gulau dan sesi penyerahan sumbangan kepada asnaf serta menyampaikan cenderahati kepada YB. Ustaz Ahmad Tarmizi & kepada pihak masjid sebagai salam perkenalan antara pihak UniSHAMS dan Masjid Nurul Iman.

Pelajar turut dijemput untuk majlis rewang & jamuan kenduri kesyukuran di PASTI Kg. Gulau. Pelajar dihidangkan dengan lauk yang sinonim dengan Daerah S*k iaitu gulai daging “ghiyaih” pisang & ulam-ulaman kampung.

Pelajar selesai program pada pukul 1:30 petang dan meneruskan perjalanan pulang ke UniSHAMS. Semua pelajar selamat tiba di UniSHAMS pada jam 4:00 petang

Address

Kuala Ketil

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Ko-Kurikulum, Unishams posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Ko-Kurikulum, Unishams:

Share