Pusat Pengurusan Siswazah Unishams

Pusat Pengurusan Siswazah Unishams Ini adalah Page rasmi Pusat Pengajian Siswazah UniSHAMS (UGS)

19/03/2026

Check out UniSHAMS Graduate School’s video.

Hooding Ceremony UniSHAMS 2025 31 Oktober 2025
04/11/2025

Hooding Ceremony UniSHAMS 2025 31 Oktober 2025

Tahniah Ust Yaakub Yusra kerana berjaya dalam Viva Voce program Master in Management pada 3.9.2025
03/09/2025

Tahniah Ust Yaakub Yusra kerana berjaya dalam Viva Voce program Master in Management pada 3.9.2025

18/08/2025
Dua Pelajar Pascasiswazah Tamat Sesi Viva Voce2 Julai 2025 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam S...
02/07/2025

Dua Pelajar Pascasiswazah Tamat Sesi Viva Voce

2 Julai 2025 - Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Uni SHAMS) hari ini mencatatkan satu lagi detik bersejarah apabila dua calon pascasiswazah, SP Dt Marajo Mahyeldi Ansharullah dan Encik Hafes Renaldo, telah berjaya menyelesaikan sesi viva voce masing-masing dalam sesi yang berasingan.

SP Dt Marajo Mahyeldi, yang kini memegang jawatan sebagai Gabenor Sumatera Barat, Indonesia mempersembahkan kajian ilmiah beliau di hadapan panel pemeriksa dengan penuh yakin dan berwibawa. Meskipun memikul tanggungjawab besar dalam pentadbiran negeri, beliau tetap komited terhadap pengajian dan penyelidikan ilmiah di peringkat tinggi.

Panel pemeriksa memuji struktur penyampaian dan tahap analisis yang dipersembahkan beliau, yang menggabungkan aspek teori dan amalan dalam bidang kepimpinanan dan pembangunan wilayah iaitu pengembangan wakaf produktif dalam pembasmian kemiskinan di Suamtera Barat, Indonesia. Beliau turut menunjukkan keupayaan tinggi dalam mempertahankan hujah berdasarkan dapatan penyelidikan.

Dalam sesi berasingan, Dt. Hafes Renaldo turut menunjukkan kecemerlangan akademik melalui pembentangan yang tersusun dan penguasaan mendalam terhadap bidang kajiannya. Penyelidikan beliau yang menumpukan dalam meneroka pengaruh kewangan, kemudahan dan sumber manusia terhadap strategi pengembangan makanan halal di Sumatera Barat, Indonesia dipuji kerana pendekatannya yang inovatif serta sumbangannya terhadap pemahaman isu-isu semasa.

Dekan kulliyyah juga menyatakan rasa bangga atas pencapaian kedua-dua calon, dan menyifatkannya sebagai contoh teladan dalam membudayakan kecemerlangan ilmu.

Pencapaian ini menunjukkan bahawa komitmen terhadap ilmu pengetahuan tidak mengenal batas – baik dalam bidang pentadbiran mahupun akademik. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain.

Kedua-dua pelajar kini berada di fasa akhir proses pengajian mereka dan akan bergraduat sikit masa lagi dan seterusnya akan menyambung ke peringkat yang lebih tinggi di UniSHAMS.

Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.

Alhamdulillah selesai urusan promosi UniSHAMS di Satun, Yala, dan Chennak, Thailand.
20/06/2025

Alhamdulillah selesai urusan promosi UniSHAMS di Satun, Yala, dan Chennak, Thailand.

Lawatan UniSHAMS Graduate School ke Muslim Suksa School Eratkan Jalinan KerjasamaSatun, 17 Jun 2025 – Satu lawatan rasmi...
18/06/2025

Lawatan UniSHAMS Graduate School ke Muslim Suksa School Eratkan Jalinan Kerjasama

Satun, 17 Jun 2025 – Satu lawatan rasmi daripada UniSHAMS Graduate School telah diadakan ke Muslim Suksa School hari ini dalam usaha memperkukuhkan hubungan kerjasama akademik dan kebudayaan antara kedua-dua institusi pendidikan.

Rombongan dari UniSHAMS disambut mesra oleh pihak pengurusan Muslim Suksa School dalam satu majlis ringkas tetapi penuh bermakna yang berlangsung di dewan sekolah tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dan taklimat ringkas mengenai sekolah sebelum diteruskan dengan sesi pertukaran cenderamata sebagai tanda penghargaan dan persahabatan.

Majlis ini turut menyaksikan perbincangan mengenai peluang kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk akademik, penyelidikan dan pembangunan modal insan. Lawatan ini diharapkan dapat membuka peluang kepada warga Muslim Suksa School untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di UniSHAMS serta memperkukuh jaringan kerjasama serantau.

Rombongan UniSHAMS juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah untuk melihat lebih dekat kemudahan yang disediakan kepada para pelajar.

💥KINI DI BUKA UNTUK PERMOHONAN💥🔊Permohonan Bantuan Pengajian UniSHAMS 2025🔊TARIKH PERMOHONAN:03-16  Jun 2025SYARAT-SYARA...
12/06/2025

💥KINI DI BUKA UNTUK PERMOHONAN💥

🔊Permohonan Bantuan Pengajian UniSHAMS 2025🔊

TARIKH PERMOHONAN:
03-16 Jun 2025

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN:
➡️ Mahasiswa UniSHAMS yang berstatus aktif bagi semester semasa.
➡️ Terbuka kepada pelajar prasiswazah dan pascasiswazah.
➡️ Pelajar dalam kategori asnaf.
➡️ CGPA pelajar tidak kurang daripada 2.50 (pra siswazah) & 3.00 ATAU laporan kemajuan penulisan (pasca siswazah)
➡️ Bukan penerima biasiswa mana-mana penaja.
➡️ Markah merit program TIDAK KURANG dari 55 (pra siswazah)
Nota :
➡️ Dana ini bertujuan untuk mengurangkan tunggakan yuran pengajian.
➡️ Sila gunakan komputer untuk mengisi permohonan.

LAYARI:
🌐biaya.unishams.edu.my/login

🔥JANGAN LEPASKAN PELUANG ANDA🔥

Seramai lebih 40 calon pelajar yang menyertai taklimat perjalanan pendaftaran bagi sesi ogos/oktober 2025. Alhamdullilla...
26/05/2025

Seramai lebih 40 calon pelajar yang menyertai taklimat perjalanan pendaftaran bagi sesi ogos/oktober 2025.

Alhamdullillah banyak masalah dapat dirungkaikan dengan taklimat ini yg disampaikan oleh Prof Dekan UniSHAMS Graduate School (UGS). Banyak persoalan daripada calon pelajar berkaitan proses kemasukan pelajar pada ogos/oktober nanti dapat diselesaikan. Turut hadir juga Penolong Pendaftar Kanan dan juga team unit kemasukan UGS di dalam taklimat tersebut.

Semoga proses kemasukan pelajar daripada Sumatera Barat dapat berjalan dengan lancar…

Kunjungan Pihak UGS UniSHAMS oleh Prof. Dr. Yahya bin Don, Dekan UGS dan En. Mohd Nurulhisyam bin Mustapa, Penolong Pend...
21/05/2025

Kunjungan Pihak UGS UniSHAMS oleh Prof. Dr. Yahya bin Don, Dekan UGS dan En. Mohd Nurulhisyam bin Mustapa, Penolong Pendaftar Kanan ke Padang, Sumatera Barat Indonesia bagi Sesi Permohonan pelajar Pascasiswazah.

Sesi ini dipengerusikan oleh Pak Mahyeldi Ansharullah Gabenor Sumatera Barat Indonesia dan dihadiri oleh ketua-ketua kantor Sumatera Barat dan merupakan calon pelajar Sarjana dan PhD.

Seramai 90 orang calon akan mendaftar di UniSHAMS untuk sesi Ogos 2025. Ahlan Wa Sahlan

Semoga ketua-ketua kantor ini dapat memberi inspirasi kepada pekerja-pekerja mereka dalam penambahan ilmu duniawi dan ukhrawi.

20 Mei 2025 (Selasa) - Pihak UniSHAMS Graduate School (UGS) menerima kunjungan daripada pihak KIAS Kelantan bagi Lawatan...
20/05/2025

20 Mei 2025 (Selasa) - Pihak UniSHAMS Graduate School (UGS) menerima kunjungan daripada pihak KIAS Kelantan bagi Lawatan Penanda Aras Pascasiswazah.

Kunjungan tersebut disantuni oleh Dekan UGS Prof. Dr. Yahya bin Don, Timbalan Dekan UGS Dr. Nur Zuhairatun binti Md Radzi, Pengurus-pengurus Program Pascasiswazah dan Penolong Pendaftar Kanan UGS.

Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pusat Pengajian Siswazah Prof. Madya Dr. Mohd Ramizu bin Abdullah @ Zakaria dan En Wan Asyraaf bin Wan Yahya.

Lawatan ini juga membincangkan berkaitan jalinan kerjasama antara UniSHAMS dan KIAS dalam usaha mempertingkatkan pengurusan pasca siswazah.

Semoga perbincangan ini dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dan khususnya kepada sistem pangajian peringkat pascasiswazah.




Address

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kuala Ketil
76100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 15:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6044155599

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengurusan Siswazah Unishams posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengurusan Siswazah Unishams:

Share