Maktab Perguruan Kuantan terletak di Jalan Gambut ini pada awalnya menggunakan bangunan bekas Sekolah Lanjutan. Jumlah tenaga pengajar pada masa itu ialah seorang Pengetua dan 10 orang pensyarah den-gan169 orang guru pelatih. Oleh kerana pertambahan guru pelatih dan keperluan mendesak, beberapa bangunan tambahan seperti pejabat, dewan, surau, stor sukan dan garaj telah dibina pada sekitar tahun 19
77 hingga 1980. Pada 30 Mei 1978, Kerajaan Negeri Pahang telah menyerahkan satu kawasan tanah di Semambu kepada Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan sebuah maktab perguruan yang baru. Pembinaan maktab perguruan yang baru ini telah dimulakan pada bulan September 1978 dengan pembiayaan pinjaman Bank Dunia sebanyak RM 13.5 juta dan telah siap sepenuhnya pada tahun 1986. Mulai 1 Januari 1986, maktab perguruan yang baru dibina di Semambu dinamakan Maktab Perguruan Kuantan (Semambu), yang mana pentadbiran telah diasingkan daripada Maktab Perguruan Kuantan yang terletak di Jalan Gambut. Pada 23 Ogos 1986, Maktab Perguruan Kuantan (Semambu) telah dibuka dengan rasminya oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta‟in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri‟ayatuddin Al-Mu‟adzam Shah. Baginda telah memberi perkenan dengan mengisytiharkan nama baru bagi maktab ini sebagai Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan sempena nama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad. Selaras dengan perkembangan pendidikan perguruan, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) bermula dengan ambilan tahun 1996. Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan telah menerima kemasukan guru pelatih DPM pertamanya pada 19 Ogos 1996. Sehingga hari ini, institusi ini telah pun mengeluarkan hampir 10,000 orang guru terlatih peringkat sijil dan diploma dalam pelbagai bidang pengkhususan. Pada tahun 1999, maktab ini telah menerima perpindahan warga Maktab Perguruan Teruntum, Jalan Gambut, Kuantan setelah maktab berkenaan ditutup. Pada 15 November 2001, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia bersama-sama dengan pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan telah mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang bagi menyembah maklum pemindahan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dari Kuantan ke Kuala Lipis. Akhirnya pada 25 Mei 2002 maktab ini telah berpindah dengan rasminya ke kampus baru di Kuala Lipis yang melibatkan seorang Pengetua, seorang Timbalan Pengetua, 73 orang staf akademik, 74 orang staf sokongan dan 832 orang guru pelatih. Kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan dibina dibawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-7 dengan kos sebanyak kira-kira RM55.8 juta di atas tapak seluas 24.7 hektar (60 ekar) yang terletak di km 10 Jalan Padang Tengku, Kuala Lipis. Kampus ini mampu menampung seramai 1,200 orang guru pelatih pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana yang merangkumi kemudahan pentadbiran, akademik, kokurikulum, kediaman dan kemudahan staf sokongan yang lain sejajar dengan perkembangan dan keperluan pendidikan masa kini. Kini pentadbiran maktab ini diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh seorang Timbalan Pengarah serta 10 orang Ketua Jabatan yang diwujudkan bagi tujuan pengurusan akademik dan hal ehwal guru pelatih. Pentadbiran maktab juga turut disok-ong oleh kumpulan staf bukan akademik. Pada 17 Oktober 2002, maktab ini sekali lagi telah mencatat sejarah kerana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta‟in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri‟ayatuddin Al-Mu‟adzam Shah telah berk-enan mencemar duli untuk menyempurnakan majlis perasmian kampus baru Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis , Pahang. Pada 6 Mei 2006, maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai institut pergu-ruan dan dikenali sebagai Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan. Mulai 25 Ogos 2008 selaras dengan perkembangan pendidikan dan penstrukturan semula Kemente-rian Pelajaran Malaysia, sekali lagi institut perguruan dinaik taraf dan dikenali dengan nama Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA)