03/04/2026
Polis Diraja Malaysia (PDRM) ingin menegaskan bahawa video tular yang memaparkan maklumat pengambilan anggota baru di media sosial adalah PALSU dan TIDAK BENAR. Pihak PDRM tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman pengambilan melalui saluran pihak ketiga atau individu yang tidak dikenali.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya dan berhenti menyebarkan kandungan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan. Sebarang maklumat rasmi mengenai pengambilan jawatan dalam PDRM hanya akan diumumkan melalui:
Portal Rasmi Sistem e-Pengambilan PDRM
Facebook Rasmi: Unit Pengambilan Polis Diraja Malaysia
Telegram Rasmi : Unit Pengambilan PDRM
Instagram Rasmi : unitpengambilanpdrm