30/05/2026
💚🤝🏻PROGRAM ZIARAH KASIH: GOTONG-ROYONG & SANTUNAN KASIH🤝🏻💚
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.
Sukacita dimaklumkan bahawa Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya akan menganjurkan *Program Ziarah Kasih* yang merupakan satu inisiatif kebajikan dan khidmat masyarakat bagi menyantuni serta menyebarkan kasih sayang kepada warga emas.
Butiran program adalah seperti berikut:
📅 Tarikh: 30 Mei 2026 (Sabtu)
🕗 Masa: 8.00 pagi – 1.00 petang
📍 Tempat: Pusat Jagaan & Rawatan Orang Tua Al Ikhlas, Puchong, Selangor
Program ini bertujuan untuk memupuk nilai ihsan, empati dan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa melalui aktiviti gotong-royong serta sesi santunan bersama penghuni pusat jagaan.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia lain”