09/09/2026
“Apa guna ramai masuk universiti kalau akhirnya tak mampu bersaing?”
8 SEPTEMBER 2026 | KUALA LUMPUR: Naib Canselor UPNM, Lt Jen Datuk Wira Arman Rumaizi bin Hj Ahmad bersama barisan Timbalan Naib Canselor menghadiri Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, yang membincangkan antara isu besar masa depan pendidikan tinggi negara.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menggesa pendidikan Melayu dan Bumiputera beralih daripada soal akses kepada keupayaan, kompetensi dan daya saing.
AI, semikonduktor, robotik, aeroangkasa, bioteknologi dan keselamatan siber antara bidang yang perlu dikuasai generasi akan datang bukan hanya sebagai pengguna, tetapi sebagai pencipta, penyelidik dan peneraju.
Konvensyen turut menyentuh pembaharuan AUKU, tadbir urus universiti, kebebasan akademik, pengupayaan mahasiswa, autonomi institusi dan akauntabiliti.
“Survival yang sebenar ialah survival keupayaan.”
Bagi UPNM, mesej itu dekat dengan apa yang sedang dibina. Graduan yang bukan sekadar memiliki ijazah, tetapi mempunyai keupayaan untuk bersaing, memimpin dan menyelesaikan masalah sebenar negara.