Universiti Malaya

Universiti Malaya This is the official Universiti Malaya page. Our website is at https://www.um.edu.my/ Come and join us!

www.um.edu.my
study.um.edu.my (for prospective students and admissions inquiry)

Universiti Malaya (UM) is the foremost and premier Research University in Malaysia. It is a multidisciplinary RU that has more than 23,000 students and 2,000 academic staff with 17 faculties and research centres that covers the whole spectrum of learning from the Arts, Sciences and Humanities. The university's beginni

ng at the Kuala Lumpur campus dates back to 1959 and thus far has a huge alumni of over 100,000, among them renowned and illustrious personalities and leaders in various fields. We are the first choice of Malaysia's top students and our international student population comes from more than 80 different countries.

Japan's festival spirit is returning to UM and it's bigger than ever.Hanabi Taikai 2026 returns for its fourth edition, ...
04/06/2026

Japan's festival spirit is returning to UM and it's bigger than ever.

Hanabi Taikai 2026 returns for its fourth edition, bringing together the vibrant sights, sounds, and flavours of Japan in a one-day cultural celebration.

Organised by the Japanese Club of Universiti Malaya with the support of the Faculty of Languages and Linguistics, the festival offers visitors an immersive experience featuring cultural activities, Japanese street food, exciting performances, and a fireworks display.

Hanabi Taikai at UM serves as a platform for cultural exchange, fostering stronger ties between Malaysia and Japan through language, culture, and community.

See you on 13th June!


Hanabi Taikai 2026 kembali lagi! 🇯🇵✨Jangan lepaskan peluang menyaksikan perkongsian menarik mengenai festival kebudayaan...
04/06/2026

Hanabi Taikai 2026 kembali lagi! 🇯🇵✨

Jangan lepaskan peluang menyaksikan perkongsian menarik mengenai festival kebudayaan Jepun anjuran pelajar Universiti Malaya, Hanabi Taikai 2026, menerusi program Apa Khabar Malaysia di Bernama TV.

Alami keunikan budaya Jepun, pengalaman penganjuran serta tarikan yang menanti pengunjung Hanabi Taikai 2026.


03/06/2026
03/06/2026
  Episod 3: Saat UM Memilih Dua Haluan Tahun 1962 menjadi titik perubahan yang besar dalam sejarah Universiti Malaya (UM...
03/06/2026

Episod 3: Saat UM Memilih Dua Haluan

Tahun 1962 menjadi titik perubahan yang besar dalam sejarah Universiti Malaya (UM). Selepas beberapa tahun beroperasi sebagai sebuah universiti dengan dua kampus autonomi di Singapura dan Kuala Lumpur, UM memasuki lembaran baharu apabila kedua-dua kampus itu secara rasmi berpisah menjadi dua institusi yang berasingan.

Pada 1 Januari 1962, kampus Kuala Lumpur kekal menggunakan nama Universiti Malaya, manakala kampus Singapura ditubuhkan sebagai University of Singapore.

Pemisahan tersebut membolehkan setiap institusi menentukan haluan dan keutamaannya sendiri dalam memenuhi keperluan masyarakat yang diwakilinya.

Bagi UM, tahun 1962 menandakan permulaan peranannya sebagai universiti kebangsaan yang menjadi tonggak pembangunan ilmu, penyelidikan dan modal insan negara. Dari kampus inilah lahir pemimpin, cendekiawan, profesional dan tokoh masyarakat yang membantu membentuk Malaysia moden.

Walaupun berpisah sebagai dua institusi, kedua-duanya berkongsi akar sejarah yang sama. Mereka lahir daripada sebuah universiti yang ditubuhkan pada tahun 1949 dan pernah membawa satu nama.




Sumber keratan akhbar: https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/digitised/article/beritaharian19600519-1.2.45

People@UM – Muhamad Badry AzaharDi tengah-tengah ketidaktentuan pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, ketika ramai raky...
03/06/2026

People@UM – Muhamad Badry Azahar

Di tengah-tengah ketidaktentuan pandemik COVID-19 beberapa tahun lalu, ketika ramai rakyat Malaysia terpaksa berjauhan daripada keluarga dan hidup dalam kebimbangan, Muhamad Badry Azahar berpeluang menyaksikan sesuatu yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Bukan dalam pejabat. Bukan juga di bilik mesyuarat.

Tetapi melalui ribuan sumbangan yang tiba saban hari daripada masyarakat luar untuk petugas barisan hadapan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Yang paling saya ingat adalah bagaimana rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang bersatu hati membantu ‘frontliners’. Saya dapat lihat sendiri semangat kekitaan yang sangat luar biasa,” ujarnya.

Sebagai Pembantu Tadbir Kanan di Jabatan Sumber Manusia PPUM, Muhamad Badry telah berkhidmat selama 14 tahun. Sepanjang tempoh tersebut, beliau menyaksikan pelbagai perubahan, namun tiada yang benar-benar menguji ketahanannya seperti pandemik yang melanda dunia pada tahun 2020.

Ketika itu, operasi kerja berubah sepenuhnya. Ada jabatan yang terpaksa ditutup sementara bagi memberi laluan kepada proses penjejakan kontak, manakala pelbagai prosedur baharu perlu dilaksanakan dalam tempoh yang singkat. Dalam keadaan yang serba mencabar itu, setiap warga PPUM memainkan peranan masing-masing untuk memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diteruskan.

“Tempoh itu banyak mengajar saya tentang kesabaran, kerja berpasukan dan tanggungjawab. Walaupun berdepan pelbagai cabaran, tugas tetap perlu diteruskan,” ujarnya.

Bagi Muhamad Badry juga, antara kenangan bermakna sepanjang berkhidmat di PPUM sebenarnya berlaku jauh dari suasana hospital.

Ketika menyertai program jalinan komuniti bersama Jabatan Kerja Sosial Perubatan dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling Jaya, beliau berpeluang berinteraksi dengan sekumpulan pelajar sekolah rendah. Dalam pertemuan itu, seorang murid Tahun Lima menyatakan hasratnya untuk menjadi peguam dan melanjutkan pengajian di Universiti Malaya suatu hari nanti.

“Momen itu benar-benar memberi kesan kepada saya. Saya sedar bahawa UM bukan sekadar sebuah universiti. Ia adalah simbol harapan dan inspirasi kepada ramai anak muda di luar sana,” katanya.

Sebagai individu yang menguruskan hal ehwal sumber manusia, beliau percaya setiap tugas yang dilakukan, walau sekecil mana sekalipun, mempunyai kesan kepada keseluruhan organisasi. Itulah yang menjadi motivasi utamanya setiap hari; kepuasan apabila dapat membantu memudahkan urusan orang lain dan menyumbang kepada kelancaran operasi institusi yang amat disayanginya.

Universiti Malaya Medical Centre


03/06/2026
People@UM – Tc. Mohd Fauzie PamujiKetika kebanyakan warga Universiti Malaya masih lena diulit mimpi, ada masanya TC. Moh...
03/06/2026

People@UM – Tc. Mohd Fauzie Pamuji

Ketika kebanyakan warga Universiti Malaya masih lena diulit mimpi, ada masanya TC. Mohd Fauzie Pamuji sudah bersedia menghadapi kemungkinan yang paling tidak diingini oleh mana-mana pengguna teknologi; sistem tergendala.

Bagi ramai orang, internet yang berfungsi, sistem yang boleh diakses dan perkhidmatan digital yang berjalan lancar mungkin dianggap perkara biasa. Namun di sebalik kelancaran itu, ada individu yang bekerja tanpa banyak perhatian, memastikan segala-galanya terus beroperasi seperti sepatutnya.

Sudah lebih 20 tahun beliau berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Jabatan Teknologi Digital Universiti Malaya. Sepanjang tempoh itu, beliau menyaksikan sendiri bagaimana teknologi mengubah cara universiti beroperasi, daripada sistem yang asas sehinggalah kepada ekosistem digital yang menjadi nadi utama UM hari ini.

“Kakitangan sokongan sangat penting kerana kami ibarat tulang belakang yang membantu memastikan operasi universiti ini terus utuh dan berjalan lancar setiap hari,” katanya.

Tanggungjawab yang digalas bukanlah sesuatu yang boleh ditangguhkan ke hari esok. Setiap gangguan sistem, isu rangkaian atau cabaran teknikal memerlukan tindakan pantas kerana kesannya boleh dirasai oleh ribuan warga kampus. Itulah realiti yang dihadapi beliau hampir setiap hari.

Namun bagi Mohd Fauzie, cabaran itulah yang menjadikan kerjayanya sentiasa menarik. Dunia teknologi sentiasa berubah, memaksanya untuk terus belajar, menyesuaikan diri dan mencari penyelesaian kepada masalah yang kadangkala muncul tanpa diduga.

“Dalam bidang ini, kita memang tak boleh berhenti belajar. Teknologi sentiasa berkembang dan kita perlu sentiasa bersedia untuk mengikuti perubahan itu,” ujarnya.

Di sebalik tugas teknikal yang kompleks, kepuasan sebenar buat dirinya hadir apabila dapat membantu memudahkan urusan warga universiti. Sama ada menyelesaikan masalah sistem, memberikan sokongan teknikal atau memastikan sesebuah program besar berjalan lancar, semuanya memberi makna tersendiri dalam perjalanan kerjayanya.

Buat staf muda, pesannya cukup ringkas tetapi penuh makna.

“Sentiasalah rajin belajar, rajin bertanya, sentiasa bekerjasama dalam pasukan, dan jangan pernah berhenti menambah ilmu untuk terus berjaya.”

Mohd Fauzie Pamuji


Tahniah!
03/06/2026

Tahniah!

[SEKALUNG TAHNIAH TATI GELVIA VANESSA JENNY 💐]

🎶 Iziou noh ih Unduk Ngadau 🎶

Sekalung tahniah diucapkan kepada Gelvia Vanessa Jenny atas kejayaan merangkul gelaran UNDUK NGADAU KAAMATAN 2026 di pentas KDCA sempena Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2026.

Semoga dengan kejayaan ini, kita dapat menjadikan beliau sebagai inspirasi untuk menyemarakkan minat dan menanamkan sikap menghargai budaya yang terdapat di Sabah dalam diri kita agar tidak ditelan zaman.

Kounsikaan!

“Raikan Kepelbagaian, Eratkan Perpaduan”





Address

Kuala Lumpur
50603

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share