Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM)

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM) General Tun Ibrahim Library | Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim Perkhidmatan Perpustakaan di bangunan baharu telah mula beroperasi pada 10 Januari 2011.

Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perpustakaan UPNM telah ditubuhkan pada November 2006 selaras dengan penubuhan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia. Ia merupakan kesinambungan dari Perpustakaan Akademi Tentera Malaysia (ATMA) yang ditubuhkan pada Mei 1995 dengan keluasan 16,920 kaki persegi yang terletak

di Bangunan Bestari aras 4 & 5. Pada tahun Januari 2011, Perpustakaan UPNM telah berpindah ke bangunan baharu yang mempunyai 3 1/2 tingkat. Sehingga kini, jumlah kakitangan Perpustakaan adalah seramai 32 orang termasuk 7 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan selebihnya dari kumpulan sokongan. Tanggal 15 Disember 2011, Perpustakaan UPNM telah dinamakan Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim sempena nama mantan Panglima Angkatan Tentera yang ketiga dan juga penerima pertama Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengajian Strategik) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pada Konvokesyen Pertama UPNM yang telah berlangsung pada 10 Oktober 2010. Dalam memastikan pembentukan serta perkembangan ilmu pengetahuan di UPNM, pihak Perpustakaan telah membangunkan koleksinya yang tersendiri berdasarkan keperluan dan bidang pengajian yang terdapat di UPNM. Koleksi Perpustakaan sehingga Mei 2012 sebanyak 74,898 judul dengan bilangan 122,476 naskhah bahan monograf bercetak. Manakala bagi Koleksi Terbitan Bersiri berjumlah 123 judul iaitu 62 judul jurnal bercetak dan 61 judul majalah. Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim turut mempunyai Koleksi Digital iaitu e-Book berjumlah 588,4384 judul dan 18,098 judul e-Jurnal beserta 20 pangkalan data. Wacana perkembangan dan pembangunan dalam bidang pengetahuan harus selari dengan bidang keselamatan negara. Bersesuaian dengan falsafah Universiti sebagai sebuah institusi nasional primer berdedikasi dalam menghasilkan pemimpin berintelektual yang menyerlah serta bersifat terpuji dan komited untuk berbakti sepenuhnya kepada negara dalam menjayakan kelangsungan kepentingan strategik negara.

WAKTU OPERASI BAHARU PJTIBermula 4 Mei 2026, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim akan beroperasi mengikut ketetapan seperti...
04/05/2026

WAKTU OPERASI BAHARU PJTI

Bermula 4 Mei 2026, Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim akan beroperasi mengikut ketetapan seperti berikut:

✨ Ruang Utama Perpustakaan
πŸ—“ Isnin–Khamis: 8.00 pagi – 10.00 malam
πŸ—“ Jumaat: 8.00 pagi – 12.15 tengah hari | 2.45 petang – 5.00 petang
🚫 Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

✨ Ruang Belajar Masa Lanjutan (RBML)
πŸ—“ Isnin–Khamis: 8.00 pagi – 12.00 tengah malam
πŸ—“ Jumaat: 8.00 pagi – 12.00 tengah malam
🚫 Sabtu, Ahad & Cuti Umum: Tutup

πŸ“Œ Diluluskan melalui:
Mesyuarat JK EXCO Bil. 5/2024 (25 Nov 2024) &
Mesyuarat JK EXCO Khas Siri 1 (9 April 2026)

Selamat Hari Pekerja 2026 Di sebalik setiap peranan, ada pengorbanan.Di sebalik setiap tugas, ada dedikasi.Terima kasih ...
30/04/2026

Selamat Hari Pekerja 2026
Di sebalik setiap peranan, ada pengorbanan.
Di sebalik setiap tugas, ada dedikasi.

Terima kasih kepada semua wira pekerjaan yang terus berbakti tanpa mengira bidang.
Pekerja Madani, Kesuma Bangsa.

23/04/2026

Bila kali terakhir anda berhenti sekejap… dan membaca?

Tak perlu lama. Cukup 10 minit untuk recharge minda dan tenangkan jiwa.

Jom baca 10 minit hari ini ✨

Sikit-sikit, lama-lama jadi habit.




08/04/2026

Ada yang selesa belajar sendirian, ada yang lebih fokus bila berkumpulan.

Apa pun cara anda, matlamatnya tetap sama; ulang kaji dan buat yang terbaik πŸ’ͺπŸ“š

All the best untuk semua!

Peperiksaan bukanlah penentu segalanya, tapi peluang untuk buktikan sejauh mana usaha kita.Cuba yang terbaik, usaha seha...
05/04/2026

Peperiksaan bukanlah penentu segalanya, tapi peluang untuk buktikan sejauh mana usaha kita.

Cuba yang terbaik, usaha sehabis mungkin. Semoga dipermudahkan urusan.

Ketua Pustakawan dan seluruh warga PJTi mendoakan kejayaan semua pelajar Program Asasi Pertahanan UPNM yang akan mula menduduki Peperiksaan Akhir Semester 2 sesi akademik 2025/2026.

Selamat Maju Jaya πŸ’ͺπŸŽ’πŸ“š

31/03/2026

Mood raya masih terasa, tapi langkah kena terus ke depan πŸ’Όβœ¨
Kembali bekerja, kembali ke kampus, slow-slow kita catch up balik rentak harian. πŸ’ͺ

Yang dah selamat sampai ke kampus, welcome back! Semoga semangat baru lepas raya ni bawa lebih fokus dan produktiviti πŸ“š

Kalau rasa nak cari tempat tenang untuk sambung study, siapkan assignment atau sekadar recharge minda, jom singgah ke perpustakaan. Kami sentiasa ada untuk anda 🀍

Tahukah anda? Ruang Belajar Masa Lanjutan (RBML) di PJTI kini telah mula beroperasi! Jom lihat perkara penting yang anda...
30/03/2026

Tahukah anda? Ruang Belajar Masa Lanjutan (RBML) di PJTI kini telah mula beroperasi! Jom lihat perkara penting yang anda perlu tahu ✌️

Ketua Pustakawan & seluruh warga Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahimmengucapkan:πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™πŸ’› Maaf Zahi...
20/03/2026

Ketua Pustakawan & seluruh warga Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim
mengucapkan:

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri πŸŒ™
πŸ’› Maaf Zahir & Batin πŸ’›

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran,
eratkan silaturahim, hargai setiap detik bersama yang tersayang.

✨ Raya bukan sekadar perayaan, tapi tentang kembali kepada fitrah. ✨

18/03/2026

Raya Jumaat atau Sabtu? Apa pun harinya, yang penting raya itu tetap sama bila kita bersama dengan wajah-wajah yang kita sayang 😘 Hati-hati balik kampung. Yang nak exam lepas cuti, jangan lupa ulang kaji 🀭

17/03/2026

Library dah sunyi sebab students semua dah balik raya… Abang-abang, akak-akak, acik-acik (tak kiralah korang panggil apa), isi masa dengan menjawab soalan… tapi jawapan salah dengan penuh yakin. 🀭

Santai-santai je. Jangan serious sangat naaaa…

Address

Kem Perdana Sg Besi
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:00
Tuesday 08:00 - 23:00
Wednesday 08:00 - 23:00
Thursday 08:00 - 23:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 23:00

Telephone

+60390513400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Jeneral Tun Ibrahim (UPNM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share