Penulisan Kreatif Aswara

Penulisan Kreatif Aswara Laman Rasmi bagi Program Penulisan Kreatif, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem , Akademi Seni Buday

Laman Rasmi bagi Program Penulisan Kreatif, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem , Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan. Program Penulisan Kreatif bermatlamat memberikan peluang kepada mereka yang berminat, berbakat dan berpengalaman dalam bidang penulisan untuk mempelajari dan mendalami ilmu penulisan dalam suasana yang formal, berlandaskan teori, kaedah, pendekatan dan praktik yang lebih be

rsistematik. Para pelajar diperkenalkan, diberikan kefahaman dan dibimbing dalam disiplin penulisan oleh para pensyarah yang benar-benar berpengetahuan, berpengalaman dan berkelayakan dalam bidang masing-masing. Tumpuan atau kursus teras Program Penulisan lebih kepada penulisan dramatik (drama pentas, drama televisyen dan lakon layar), meskipun kursus-kursus penulisan cereka, biografi, penulisan lirik dan non-kreatif turut ditawarkan. Orientasi pengajaran dan pembelajaran memberat kepada kerja-kerja praktikal (penghasilan naskhah/karya) di samping mendedahkan pelajar kepada ilmu-ilmu teori, sejarah, psikologi, apresiasi dan kritikan dalam penulisan. Kursus-kursus Program Penulisan di susun sedemikian rupa bagi di sesuaikan dengan keperluan dan permintaan industri seni persembahan dan seni layar (televisyen dan filem). Dibawah sistem modul, terdapat tiga bidang pengajian yang ditawarkan oleh Program Penulisan.

Pernah kenal seseorang yang s**a menulis, s**a bercerita, minat skrip, filem, novel, puisi, teater, kandungan digital at...
05/05/2026

Pernah kenal seseorang yang s**a menulis, s**a bercerita, minat skrip, filem, novel, puisi, teater, kandungan digital atau dunia seni kreatif?

Mungkin inilah peluang yang mereka sedang tunggu.

ASWARA membuka peluang kepada calon pelajar baharu Sesi Akademik 2026/2027 melalui Sesi Temuduga Terbuka & Ujibakat sempena ARTSKAP ASWARA.

Ini peluang untuk anak muda yang mahu membawa bakat kreatif mereka ke peringkat lebih serius, khususnya dalam bidang PENULISAN KREATIF DAN FILEM.

Butiran program:

Tarikh: 9 Mei 2026, Sabtu
Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
Tempat: Bilik Kuliah 1–6, ASWARA

Calon wajib membawa sijil akademik asal dan salinan dokumen yang telah disahkan. Calon juga digalakkan membawa portfolio hasil kreativiti masing-masing semasa sesi temuduga.

Maklumat lanjut dan pendaftaran boleh dibuat melalui kod QR pada poster.

Jumpa hujung minggu ini!

18/04/2026
MULAKAN LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PENULIS BERSAMA KAMI DI ASWARAMinat bidang penulisan kreatif?Peluang keemasan kini terbu...
18/04/2026

MULAKAN LANGKAH PERTAMA SEBAGAI PENULIS BERSAMA KAMI DI ASWARA

Minat bidang penulisan kreatif?

Peluang keemasan kini terbuka kepada anda yang berminat untuk menjadi penulis kreatif.

Kemas**an ke Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem kini dibuka.

Teroka peluang menimba ilmu, pengalaman dan kemahiran menerusi program-program pengajian berikut:

🔵 Diploma Penulisan Kreatif
🟢 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Kreatif)
🟡 Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian (Penulisan Filem dan Televisyen)
-
📅 Tarikh Permohonan:
🟢 Fasa 1: 24 Februari – 13 Mei 2026
🟡 Fasa 2: 22 Jun – 21 Julai 2026

💡Dengan akreditasi penuh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
💡Kurikulum terkini berteraskan keperluan industri semasa
💡 Pembiayaan juga disediakan melalui pinjaman pendidikan ASWARA dan Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK).

Mohon sekarang menerusi pautan berikut:
https://admission.aswara.edu.my/

Ada soalan? DM kami di:
Instagram

atau

☎️ 03-2778 5971/6094/5960
📞Whatsapp : +6010-5816971

Sudilah kiranya berkongsi dengan mereka yang berminat dan berbakat dalam bidang penulisan kreatif.

Terima kasih!

CITRA SENI RAI SUARA DALAM FILEM GADOH14 April 2026Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA telah menganjurkan ...
15/04/2026

CITRA SENI RAI SUARA DALAM FILEM GADOH
14 April 2026

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA telah menganjurkan Citra Seni: Apresiasi Filem Gadoh oleh Namron bertempat di Pawagam Jalan Ampas, ASWARA.

Sesi dimulakan dengan tayangan Filem Gadoh (2009) arahan Namron yang mengisahkan perihal permasalahan perkauman di sebuah sekolah yang cuba dileraikan menerusi penubuhan kelab Teater.

Sesi apresiasi dan diskusi menyusul selesai tayangan dengan menampilkan panel-panel pembicara termasuklah:
a) Tuan Namron, Pelakon dan Pengarah
b) Dr. Fatimah Tajuddin, Pensyarah Jabatan Komunikasi Massa, Fakulti Sains Sosial dan Seni Liberal UCSI
c) Puan Divya Devi, Ketua Unit Program Pembangunan Belia dan Mahasiswa Merdeka Centre

Sesi ini berlangsung dengan perbincangan yang berteraskan keberanian bersuara menerusi karya kreatif seperti penulisan skrip, penghasilan filem, pementasan teater dan seni visual. Dalam perbincangan ini juga, barisan panel turut berkongsi bagaimana realiti sosial yang dekat dengan masyarakat wajar diangkat sebagai persoalan dalam sesebuah karya.

Pihak FPKF mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

Semoga kita terus berkarya dengan melontarkan suara-suara yang jujur dan berjiwa.






✨ Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak anjuran Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA ✨Dalam dunia kecil yang penuh...
08/04/2026

✨ Bengkel Penulisan Cerita Kanak-Kanak anjuran Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA ✨

Dalam dunia kecil yang penuh warna dan imaginasi, setiap cerita bermula dengan satu percikan idea. Bengkel ini membuka ruang untuk peserta menyulam kisah, menghidupkan watak, dan mencipta dunia kanak-kanak yang sarat dengan keajaiban serta nilai yang menyentuh hati.

🗓️ Tarikh: Sabtu, 11 April 2026
🕘 Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
📍 Tempat: Bilik Mesyuarat Anak Alam

🎤 Pembimbing Bengkel
Encik Azalan Hussain (Sinaganaga)
Penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2019/2020
(Kategori Buku Bergambar Kanak-Kanak)

🧭 Penyelaras
Encik Mohd Ridzuan Harun
Pensyarah, Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA

🌟 Bengkel ini akan memberi pendedahan praktikal kepada peserta tentang teknik membina naratif, penciptaan watak, serta pendekatan kreatif dalam penulisan cerita kanak-kanak yang berkesan dan relevan dengan pembaca masa kini.

⚠️ Penyertaan adalah terhad dan kini telah penuh.

Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar ASWARA. Semoga bengkel ini menjadi ruang yang bermakna dalam memperkaya pengalaman dan kemahiran penulisan kreatif peserta. ✨

Baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?Ini peluang untuk anda bina masa depan dalam industri kreatif.Sertai...
31/03/2026

Baru dapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)?

Ini peluang untuk anda bina masa depan dalam industri kreatif.
Sertai Diploma Penulisan Kreatif & Filem di
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

🔹 Pembelajaran praktikal yang diperlukan dalam industri
🔹 Bimbingan pensyarah berpengalaman
🔹 Peluang hasilkan karya sebenar

Tempat terhad.

Bakat anda tak sepatutnya disimpan tetapi perlu dipersembahkan.

📩 Mohon sekarang
https://admission.aswara.edu.my/

Dari pena lahir cerita,dari lensa terakam makna.Di Syawal yang mulia ini,warga Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF...
18/03/2026

Dari pena lahir cerita,
dari lensa terakam makna.

Di Syawal yang mulia ini,
warga Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF)
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri
serta memohon Maaf Zahir dan Batin

Semoga lebaran ini memberi makna buat kita semua.

Tiada dalam gambar tetapi turut meraikan : Sasterawan Negara Dato' Dr. Anwar Ridhwan & Dr. Azman Ismail






FakultiPenulisanKreatifdanFilem

BUKU BAHARU TULISAN DR. AZMAN ISMAILFakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA  merakamkan setinggi-tinggi pengha...
09/03/2026

BUKU BAHARU TULISAN DR. AZMAN ISMAIL

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Azman Ismail, Pensyarah FPKF ASWARA atas penerbitan Hegemoni Jurnalistik Novel-Novel Mutakhir Pramoedya Ananta Toer.

Hegemoni Jurnalistik dalam Novel-Novel Pramoedya Ananta Toer ini merupakan perbahasan tentang kedudukan novel-novel mutakhir Pramoedya iaitu tetralogi Bumi Manusia (Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca) serta Gadis Pantai, sebagai media kreatif.

Konsep ini dibangunkan berasaskan kepada pemahaman beliau dan kelima-lima novelnya memiliki persamaan fungsi seperti wartawan dan tulisan dalam akhbar atau majalah.

Semoga penerbitan ini memberi nilai tambah dalam kegiatan kajian kesusasteraan tempatan dan antarabangsa.

Tajamkan pena!






⚠️ PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)‼️👨🏻‍🎓 BERITA BAIK BUAT LEPASAN S...
24/02/2026

⚠️ PELUANG MELANJUTKAN PENGAJIAN DI AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)‼️

👨🏻‍🎓 BERITA BAIK BUAT LEPASAN SPM, STPM ATAU MEREKA YANG BERBAKAT DALAM BIDANG SENI DAN BUDAYA, PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR BAHARU KE ASWARA BAGI SESI AKADEMIK 2026/2027 TELAH DIBUKA!

📍 ASWARA menawarkan pengajian dalam pelbagai bidang berasaskan seni persembahan, seni visual dan multimedia kreatif yang diiktiraf oleh MQA di peringkat:
▪️Asasi Seni Kreatif
▪️Diploma
▪️Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian
📍 Lepasan SPM, STPM atau mereka yang berbakat boleh menyertai kami bagi menimba ilmu dan pengalaman di institusi pendidikan tinggi yang satu-satunya memfokuskan bidang seni dan budaya di Malaysia.

🎨🎨 Jangan tunggu lagi, rebutlah peluang melanjutkan pengajian di ASWARA!!
🔉 Permohonan Program Pengajian Asasi Seni Kreatif/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dibuka mengikut 2 fasa:
▪️Fasa 1 : 24 Februari 2026 hingga 13 Mei 2026
▪️Fasa 2 : 22 Jun 2026 hingga 21 Julai 2026
Mohon sekarang! Pautan seperti di bawah:
🔗 http://admission.aswara.edu.my/

Rebutlah peluang pengajian di ASWARA
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Unit Kemas**an Rekod dan Pengantarabangsaan:
☎️ 03-2778 5961/6094/5960
📞Whatsapp : +6010-5816971
📧 [email protected]
Atau layari platform sosial media rasmi ASWARA iaitu:
🖥 Laman Sesawang Rasmi ASWARA - https://www.aswara.edu.my
💻Facebook ASWARA - https://www.facebook.com/aswara.edu
📱Instagram ASWARA - https://www.instagram.com/aswara.official/
📲 Tiktok ASWARA
https://www.tiktok.com/.official





Kita jumpa petang ini!
24/01/2026

Kita jumpa petang ini!

PETA ACARA SEMPENA FESTIVAL TITIH PUSAKA : DARI GENERASI KE GENERASITak nak terlepas sebarang aktiviti menarik?Gunakan p...
22/01/2026

PETA ACARA SEMPENA FESTIVAL TITIH PUSAKA : DARI GENERASI KE GENERASI

Tak nak terlepas sebarang aktiviti menarik?

Gunakan peta ini sebagai panduan anda untuk menjelajah setiap ruang, pentas dan program sepanjang Festival Titih Pusaka.

🗓 23 – 25 Januari 2026 (Jumaat hingga Ahad)
⏰ 9.00 pagi – 10.30 malam
📌 Padang Merbok dan ASWARA, Kuala Lumpur

Datang, jalan-jalan, singgah setiap lokasi dan hayati keindahan seni, budaya dan warisan bersama kami ✨





Address

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), 464 , Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penulisan Kreatif Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Penulisan Kreatif Aswara:

Share