A231 Mpu1022 E Penghayatan Etika Dan Peradaban Kump 5

A231 Mpu1022 E Penghayatan Etika Dan Peradaban Kump 5 Hi semua, kami pelajar Universiti Utara Malaysia dari subjek MPU1022 Penghayatan Etika & Peradaban

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam biru warna🩵🩵page ini dicipta untuk kursus MPU 1022 Penghayatan Etika...
08/12/2023

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam biru warna🩵🩵

page ini dicipta untuk kursus MPU 1022 Penghayatan Etika dan Peradaban bagi sesi A231

Kami dari kump**an 5 telah bersepakat untuk memilih tema Krisis Alam sekitar🌍

Ahli kump**an:

1) 299137 - LIM CHIN JOE
2) 299209 - NURUL HADIRAH HANIM BINTI MOHD RASMI
3) 299002 - ADRIAN LOO LEE HENG
4) 299087 - NURUL FAHIRA SYAZWANIE BINTI KAMAL IZHAM
5) 299307 - KOK SHUQIN
6) 299030 - SYAFIYAH ADILA BINTI EFFENDY
7) 299340 - ANISAH BINTI MUHAMMAD ASHUR
8)298959 - AINI SOFIYA NAZIFA BINTI ARZEHAR
9) 299267 - MUHAMMAD IZAZUL IZWAN BIN BURHAN
10) 299346 - AIDA ADLINA BINTI MOHD RIDZUAN

Jemput melihat posting kami mengenai krisis alam sekitar🌍

*Posting 1*Nama: Lim Chin Joe (299137)Tema: Krisis Alam SekitarTajuk: Pendahuluan Krisis Alam Sekitar *PENDAHULUAN KRISI...
08/12/2023

*Posting 1*

Nama: Lim Chin Joe (299137)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Pendahuluan Krisis Alam Sekitar

*PENDAHULUAN KRISIS ALAM SEKITAR*

Pada era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda ini, krisis alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat dunia telah menjadi sesuatu isu semasa dan liputan utama akhbar. Kemerosotan alam sekitar boleh dianggap sebagai bencana dan hal ini telah mencapai krisis alam sekitar. Pembangunan yang pesat dan pertambahan penduduk yang semakin tinggi menyebabkan banyak sumber alam diperlukan untuk mengeluarkan hasil pengeluaran bagi menampung kehidupan dan keperluan penduduk. Sumber alam yang digunakan secara tidak terkawal dan sikap masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan berlakunya kemerosotan alam sekitar and akhirnya berlakunya krisis alam sekitar.

Pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak terkawal telah menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direslisasikan. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan yang pesat telah menimbul pelbagai isu alam sekitar dan juga telah merosot kualiti alam sekitar serta menimbul masalah tentang alam sekitar. Oleh itu, masyarakat menghadapi kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh beberapa punca dan telah membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat. Pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air, pencemaran udara, pencemaran bunyi dan pencemaran tanah.

Isu-isu ini akan memberi kesan negatif kepada masyarakat seperti menjejaskan kesihatan mereka dan mengancam keseimbangan ekosistem. Oleh hal yang demikian, krisis alam sekitar tidak boleh diabaikan oleh setiap maysarakat. Semua pihak perlu bekerjasama untuk berbincang tentang isu-isu tersebut dan menangani masalah ini agar usaha-usaha objektif kelestarian dan penjagaan alam sekitar dapat mencapai kejayaan.

*Posting 2*Nama: Nurul Hadirah Hanim Binti Mohd Rasmi (299209)Tema: krisis Alam SekitarTajuk: Pencemaran Air dan Punca P...
08/12/2023

*Posting 2*

Nama: Nurul Hadirah Hanim Binti Mohd Rasmi (299209)
Tema: krisis Alam Sekitar
Tajuk: Pencemaran Air dan Punca Pencemaran Air 💧💧

Salam biru warna 🩵🩵

Sebanyak 97% bekalan air Malaysia berasal dari sungai ‼️

💧💧Pencemaran air💧💧
Dalam meniti arus kemodenan ini krisis alam sekitar semakin pesat berlaku tidak kira kegiatan manusia mahupun alam. Antara krisis alam ialah pencemaran air. Pencemaran air ialah perubahan berlaku dari segi kandungan, keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan. Air sungai yang bersih membantu meningkatkan kualiti alam sekitar. Sebanyak 97% bekalan air Malaysia berasal dari sungai. Oleh itu, tindakan awal diperlukan untuk melindungi sungai, mencegah pencemaran dan memastikan kualiti air berada pada tahap bersih.

💧Punca Pencemaran Air💧

➡️ Perbuatan manusia yang tidak bermoral🙅🏻‍♀️🙅🏻

Punca pencemaran air boleh disebabkan pelbagai faktor iaitu berasal dari kegiatan manusia maupun alam. Berikut adalah punca-punca pencemaran air. Punca utama pencemaran air yang dapat dilihat secara zahir adalah berlakunya pembuangan sampah sarap oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalam sungai. Perbuatan yang tidak bermoral ini menjadi penyumbang kepada pembuangan sampah sarap yang berleluasa ke dalam sungai sehingga permukaan air dapat dilihat dipenuhi dengan plastik-plastik sampah dan bahan-bahan terbuang yang terapung. Sebagai contoh yang dapat kita lihat, sungai dimalaysia tidak kira dibandar mahupun kampung air sungai yang dipenuhi sampah sarap sehingga menyebabkan air sungai dari jernih ke kehitam-hitaman atau hijau-kehijauan. Air yang tercemar akan mengakibatkan penyakit kepada invididu yang mengunakan air sungai tersebut.

➡️ Pembuangan sisa-sisa kimia dari kilang🏭🏭

Selain itu, kegiatan industri juga menjadi salah satu punca berlakunya pencemaran air sebagai contoh pembuangan sisa-sisa kimia dari kilang-kilang juga menyebabkan berlakunya pencemaran Sungai. Kilang-kilang yang dibina ditepi sungai bertujuan untuk memudahkan proses pelupusan sisa kimia dari dalam kilang. Sekiranya sisa kimia ini dialirkan ke sungai, pihak pengurusan kilang dapat menjimatkan kos pelupusan sisa kimia. Kesan dari pencemaran ini menyebabkan sungai akan dicemari dengan sisa sisa kimia yang merbahaya dan merendahkan kualiti air. Justeru itu, kualiti air yang rendah menjadi tidak sesuai untuk kehidupan akuatik dan memberi kesan buruk kepada sungai.

➡️ Bahan kimia dari pertanian yang berlebihan mengalir ke sungai👨🏻‍🌾👨🏻‍🌾

Daripada perspektif yang berbeza, pencemaran air juga boleh berlaku di kawasan yang melakukan pertanian. Hal ini terjadi kerana, aktiviti pertanian perlu berdekatan dengan sumber air yang banyak bagi mengurangkan kos pengusaha petani. Jelaslah bahawa, terdapat aktiviti pertanian seperti membaja terlalu banyak sehingga menyebabkan bahan kimia tersebut mengalir ke sungai berdekatan dan mencemarinya. Petani hendaklah menggunakan teknik pembajaan yang betul iaitu mengunakan baja pada kadar sedehana dan memastikan dapat diserap ke dalam tanah serta tidak mengalir ke dalam sungai sekiranya berlaku hujan.

Sumber:
1. https://bisnisrumahq.blogspot.com/2017/09/pencemaran-air-dan-cara-mengatasinya.html

2. https://karangan.net/contoh-karangan-punca-punca-pencemaran-sungai/

* Posting 3Nama: Adrian Loo Lee Heng (299002)Tema: Krisis Alam SekitarTajuk: Kesan dan Langkah mengatasi pencemaran airP...
08/12/2023

* Posting 3

Nama: Adrian Loo Lee Heng (299002)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Kesan dan Langkah mengatasi pencemaran air

Pencemaran air telah menjadi isu yang semakin mendapat perhatian di seluruh dunia kerana impaknya yang serius terhadap ekosistem akuatik dan kesihatan manusia. Ia berlaku apabila bahan pencemar seperti bahan kimia, limbah industri, sisa pertanian dimasukkan ke dalam sumber air termasuk sungai, tasik, dan lautan. Pencemaran ini boleh berlaku melalui pelbagai cara, termasuk pembuangan sisa industri dan domestik secara langsung ke badan air, aliran air larian dari ladang yang mengandungi baja dan racun serangga, serta kebocoran dari tangki penyimpanan bawah tanah.

Kesan pencemaran air

Kesan pencemaran air terhadap ekosistem akuatik sangat serius. Hal ini kerana ia boleh mengakibatkan kematian ikan dan organisma akuatik lain, mengganggu kitaran makanan, dan mengurangkan kepelbagaian hidupan. Pencemaran air juga boleh menyebabkan berlakunya fenomena eutrofikasi, di mana pertumbuhan tumbuhan air dan alga meningkat secara dramatik, mengakibatkan kekurangan oksigen dalam air dan membahayakan kehidupan akuatik.

Di samping itu, pencemaran air juga mempunyai kesan langsung terhadap kesihatan manusia. kehidupan laut seperti ikan dan kerang yang ada di dalam laut dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan penyakit berjangkit. Pembuangan sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air. Contohnya, yang belaku di teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksik menyebabka nmanusia menjadi sakit kepala, kebas-kebas dan jarak penglihatan menjadi kabur.

Langkah-langkah mengatasi pencemaran air

Untuk mengatasi masalah ini, langkah-langkah perlindungan dan pemuliharaan sumber air perlu diambil. Antara langkah yang boleh dilakukan termasuk menguatkuasakan perundangan yang ketat berkaitan pembuangan sisa, mempromosikan teknologi rawatan air yang lebih canggih, dan menggalakkan penggunaan amalan pertanian yang mampan yang mengurangkan penggunaan baja dan racun serangga. Kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga sumber air juga perlu ditingkatkan.

Selain itu, menyediakan tangki takungan bawah tanah yang dirawat. Untuk mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke dalam sistem perparitan maka adalah perlu menyediakan tangki takungan bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi. Malah, pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang untuk sistem perparitan di kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai makanan supaya dapat dibina saluran paip khas dan air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.

Akhir sekali, langkah pencegahan dan pendidikan adalah penting untuk memastikan sumber air kita bersih dan selamat untuk generasi akan datang. Melalui kerjasama antara pemerintah, industri, dan masyarakat, kita boleh mengurangkan pencemaran air dan melindungi ekosistem serta kesihatan manusia.

*posting 4* Nama : Nurul Fahira Syazwanie Binti Kamal Izham (299087) Tema : Krisis Alam Sekitar Tajuk : Pencemaran Udara...
08/12/2023

*posting 4*

Nama : Nurul Fahira Syazwanie Binti Kamal Izham (299087)
Tema : Krisis Alam Sekitar
Tajuk : Pencemaran Udara dan Punca-Punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara

Pada mayapada yang mendepani ombak globalisasi ini, pencemaran udara merupakan antara pencemaran yang memberi impak paling besar kepada alam sekitar. Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam, mari kita fahamkan apa maksud pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan dimana melibatkan sebarang bahan kimia yang boleh menyebabkan kemudaratan, ketidakselesaan kepada manusia, haiwan serta merosakkan alam sekitar apabila dibebaskan ke dalam atmosfera. Antara contoh bahan pencemaran udara adalah gas karbon dioksida, kloroflurokarbon, sulfur dioksida, bau-bauan logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Punca-Punca Pencemaran udara

Marilah kita capahkan lensa perbincangan kita dengan menghuraikan punca pencemaran udara yang dapat dikenalpasti. Salah satu punca pencemaran udara ialah pelepasan asap kenderaan. Asap yang dikeluarkan oleh kenderaan tersebut mengandungi pelbagai gas beracun seperti karbon monoksida yang akan mencemarkan kebersihan udara keseluruhannya. Pertambahan kenderaan di jalan raya seperti kereta, motosikal, van dan lori telah menyebabkan asap yang dikeluarkan ke udara melalui ekzos kenderaan-kenderaan tersebut bertambah.
Punca seterusnya ialah bencana alam dimana ia merupakan fenomena semulajadi yang mengakibatkan kemusnahan alam seperti kebakaran hutan yang disebabkan oleh kemarau yang berpanjangan dan letusan gunung berapi.
Selain itu, pembakaran sampah secara besar-besaran merupakan antara punca pencemaran udara. Sikap sesetengah masyarakat yang tidak mengambil berat tentang alam sekitar dimana mereka melakukan aktiviti pembakaran sampah secara besar-besaran di kawasan lapang hampir setiap hari tanpa rasa bersalah. Ini disebabkan mereka beranggapan bahawa ini adalah jalan yang paling mudah dan pantas untuk melupuskan semua sampah sarap sebelum bertambah banyak.
Di samping itu, industri perkilangan juga merupakan salah satu daripada punca pencemaran udara. Gas-gas seperti nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida yang dilepaskan oleh industri perkilangan telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Contohnya, industri perkilangan adalah seperti kilang kelapa sawit, kilang getah dan kilang baja .
Akhir sekali, debu-debu tanah dari pembinaan bangunan. Pembinaan bangunan merupakan lambang kemodenan sesuatu negara walaubagaimanapun ia memberi kesan sampingan kepada manusia, haiwan dan alam sekitar. Debu-debu dari tapak pembinaan dan penggunaan pengangkutan lori besar yang mengangkat tanah terutamanya pada waktu panas dan kering menyebabkan debu-debu naik dan bertebangan di udara. Ini akan menyebabkan pencemaran udara dan memberi kesan kepada kesihatan awam.

*Posting 5*Nama: Kok Shuqin (299307)Tema: Krisis Alam SekitarTajuk: Kesan & Langkah mengatasi pencemaran Udara*Kesan pen...
07/12/2023

*Posting 5*

Nama: Kok Shuqin (299307)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Kesan & Langkah mengatasi pencemaran Udara

*Kesan pencemaran udara*

Pencemaran udara telah menyebabkan banyak kesan kepada manusia dan alam sekitar. Terdapat beberapa kesan yang telah dihadapi oleh manusia dan alam sekitar dan antaranya adalah suhu meningkat. Pencemaran udara menyebabkan udara mengandungi karbon diokdsida yang lebih banyak daripada oksigen. Karbon dioksida yang banyak menyebabkan haba pendam yang dibebaskan dipantul semula. Selain itu, pencemaran udara telah menyebabkan kesihatan manusia terjejas. Manusia akan memgalami masalah kesihatan seperti asma. Ini kerana dalam udara ada banyak pratikal pratikal terampai dalam udara. Seterusnya, keseimbangan ekosistem akan terjejas. Pencemaran udara menyebabkan hujan asid berlaku dan hujan asid akan menyebabkan air sungai berasid. Ini akan menyebabkan bekalan air dan makanan terjejas. Akhir sekali, jerebu. Jerebu berlaku kerana udara mempunyai terlalu banyak asap yang mengandungi partikal - partikal terampai yang akan mengancamkan kesihatan manusia.

*Langkah mengatasi pencemaran udara*

Langkah - langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan kesan pencemaran udara ialah menggunakan teknologi mesra alam. Kenderaan boleh menggunakan teknologi mesra alam seperti tenaga elektrik untuk mengganti petroleum kerana petroleum akan membebaskan banyak asap yang akan menyebabkan pencemaran udara berlaku. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran. Kempen cinta akan alam sekitar boleh dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kesan pencemaran udara. Seterusnya, penguatkuasaan undang -undang. Pihak kerajaan haruslah menguatkuasakan undang - undang dengan mengadakan denda yang lebih berat. Contohnya, mengadakan kompaun sebanyak RM5000 kepada kilang yang membebaskan banyak asap. Akhir sekali, mewajibkan kilang memasang penapis asap. Kilang - kilang mestilah menggunakan penapis asap untuk menapiskan asap - asap yang mengandungi banyak bahan kimia sebelum dibebaskan.

*POSTING 6*NAMA: SYAFIYAH ADILA BINTI EFFENDY (299030)TEMA: KRISIS ALAM SEKITARTAJUK: PENCEMARAN BUNYI DAN PUNCA*PENCEMA...
07/12/2023

*POSTING 6*

NAMA: SYAFIYAH ADILA BINTI EFFENDY (299030)
TEMA: KRISIS ALAM SEKITAR
TAJUK: PENCEMARAN BUNYI DAN PUNCA

*PENCEMARAN BUNYI*
Kebelakangan ini, pencemaran bunyi menjadi salah satu masalah yang besar kepada masyarakat di negara kita disebabkan kesannya ke atas kesihatan mula terasa. Hal ini kerana sesetengah individu mengabaikan dan meremeh-temehkan pencemaran bunyi yang menjadi ketidakselesaan kepada sesetengah masyarakat. Pencamaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Pencemaran bunyi berlaku apabila kita mendengar sesuatu bunyi yang sangat bising dan tidak menyenangkan. Ianya juga berkemungkinan untuk menjadikan seseorang itu menjadi stress. Pencamaran bunyi bermaksud bunyi bising yang keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya. Kebelakangan ini, pencemaran bunyi menjadi salah satu masalah yang besar kepada masyarakat di negara kita disebabkan kesannya ke atas kesihatan mula terasa. Hal ini kerana sesetengah individu mengabaikan dan meremeh-temehkan pencemaran bunyi yang menjadiketidakselesaan kepada sesetengah masyarakat.

*PUNCA PENCEMARAN BUNYI*
Salah satu punca utama pencemaran bunyi adalah kenderaan. Bunyi bising yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor seperti kereta, truk, dan motosikal mencipta gangguan yang signifikan, terutamanya di kawasan bandar dan laluan utama. Ianya seringkali berlaku apabila pemandu membunyikan hon, menghidupkan kenderaan atau bunyi yang datang dari ekzos kenderaan tersebut. Hal ini menyebabkan pencemaran bunyi yang melampau dan menjejaskan kesihatan masyarakat.
Selain itu, punca pencemaran bunyi ialah daripada aktiviti di tapak pembinaan dan operasi kilang. Ini disebabkan oleh projek pembinaan yang mencipta bunyi-bunyi, terutamanya dari jentera dan mesin besar seperti mesin gerudi yang mengeluarkan bunyi yang nyaring dan kuat. Pencemaran bunyi juga berlaku di kilang disebabkan oleh penggunaan mesin berkuasa tinggi dan bunyi jentera pendingin, melebihi had pendengaran manusia yang ditetapkan pada 80 desibel.
Punca yang terakhir ialah, tempat-tempat hiburan seperti kelab malam, konsert, dan stadium sering menjadi penyumbang utama kepada pencemaran bunyi. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila aktiviti-aktiviti ini tidak diawasi atau dihadkan dengan sewajarnya. Akibatnya, pencemaran bunyi daripada tempat hiburan ini dapat menyebabkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat, mengganggu keselesaan hidup mereka, dan mempengaruhi kualiti persekitaran tempat itu secara keseluruhan. Oleh itu, pengurusan dan kawalan terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh tempat hiburan dan aktiviti rekreasi menjadi penting untuk memastikan keharmonian dan keamanan dalam komuniti.

*posting 7*Nama: Anisah Binti Muhammad Ashur (299340)Tema: Krisis Alam SekitarTajuk: Kesan dan Langkah Mengatasi Pencema...
07/12/2023

*posting 7*

Nama: Anisah Binti Muhammad Ashur (299340)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Kesan dan Langkah Mengatasi Pencemaran Bunyi

*KESAN PENCEMARAN BUNYI*

Pencemaran bunyi telah mengakibatkan banyak kesan negatif kepada manusia mahupun haiwan. Terdapat beberapa kesan yang perlu dititikberatkan dan perlu diambil tindakan yang segera supaya kesan ini tidak berlarutan dan menjadi semakin buruk. Antara kesan pencemaran bunyi ialah menyebabkan gangguan ketika tidur, hal ini kerana bunyi yang terlalu bising dan berpanjangan dapat membuatkan sesetengah individu merasa terganggu pada waktu mereka ingin berehat daripada aktiviti seharian.

Selain itu, pencemaran bunyi juga dapat menyumbang kepada tekanan emosi dan gangguan psikologi. Hal ini berlaku ketika kebanyakkan individu merasa rimas akan bunyi yang bising yang nyaring sehingga memberikan mereka tekanan yang berterusan sehinggakan secara tidak langsung membuatkan emosi mereka terganggu.Hal ini juga berlaku kepada haiwan seperti paus kerana dengan bunyi yang bising, ia akan memberikan tekanan kepada paus dan akan menyebabkan kematian.

Seterusnya, pencemaran bunyi juga dapat menganggu sistem komunikasi seseorang, hal ini berlaku apabila bunyi sekeliling seperti bunyi daripada kenderaan dan kilang terlalu kuat sehingga pihak kedua tidak mendengar apa yang dikatakan atau pihak yang lain. Kesan yang terakhir ialah pencemaran bunyi yang teruk dan berlarutan dapat mengakibatkan kepekakan bagi seseorang individu. Hal ini terjadi kerana, bacaan kadar bunyi yang normal bagi untuk manusia ialah diantara 15db hingga 20db sahaja, sekirannya bunyi yang selalu didengari bacaannya melebihi 80db ia akan menyebabkan seseorang individu itu pekak dan berbahaya untuk kanak-kanak kerana akan menyebabkan mereka sehingga boleh hilang daya keupayaan untuk bercakap.

*LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN BUNYI*

Langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah pencemaran bunyi ialah dengan mengetatkan penguatkuasakan undang-undang. Hal ini kerana, dengan adannya undang-undang yang kuat seperti Akta kawalan Kebisingan, ini dapat membantu untuk mengurangkan kebisingan di kawasan perumahan.

Selain itu, kita juga digalakkan untuk menukar enjin motor atau kereta yang lama kepada yang baharu untuk mengurangkan tahap kebisingan yang dihasilkan daripada kenderaan bermotor kerana kebanyakkan kenderaan yang telah digunakan dalam tempoh masa yang lama iaitu bertahun-tahun akan menghasilkan bunyi yang kuat dan kasar, oleh itu digalakkan untuk menukar enjin yang Baharu untuk mengurangkan bunyi bising yang sedia ada.

Seterusnya, Langkah untuk mengatasi pencemaran bunyi ialah dengan membuat penebat bunyi dirumah seperti di bilik tidur dan bilik kerja. Hal ini kerana dengan adannya penebat bunyi ia akan menyebabkan bunyi yang sedia ada dapat diserap bagi mengurangkan kelantangan bunyi yang dihasilkan oleh sesetengah sumber. Contoh penebat yang dapat digunakan dirumah ialah karpet, permaidani atau penebat dinding. Oleh itu, kelantangan bunyi dapat dikurangkan dan ia dapat mengurangkan masalah pencemaran bunyi yang dapat mengganggu waktu berehat pada waktu malam.

SUMBER:

1. https://bmpk12.blogspot.com/2010/08/kesan-pencemaran-bunyi-pada-manusia.html

2. https://sayangialamsekitar.blogspot.com/2010/09/pencemaran-bunyi.html

3. https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/pencemaran-bunyi-gangguan-jiran-42257

4. https://bmpk12.blogspot.com/2010/08/langkah-mengatasi-pencemaran-bunyi.html

* posting 8 *Nama : Aini Sofiya Nazifa Binti Arzehar (298959)Tema : Krisis Alam Sekitar.Tajuk : Pencemaran tanah dan pun...
07/12/2023

* posting 8 *

Nama : Aini Sofiya Nazifa Binti Arzehar (298959)
Tema : Krisis Alam Sekitar.
Tajuk : Pencemaran tanah dan punca-punca pencemaran tanah.

Pencemaran Tanah.

Tanah yang dikatakan tercemar dalam erti kata biasa merujuk keadaan tanah yang mendatangkan bahaya kepada keadaan persekitarannya kerana kehadiran bahan tercemar di atas tanah berkenaan. Pengertian pencemaran tanah secara ringkas bermakna apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat fizikal, haba, kimia atau biologi mana- mana bahagian alam sekeliling amnya dan secara khususnya menjejaskan apa-apa kegunaan berfaedah tanah tersebut yang menyebabkan suatu keadaan yang berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam. Tumpuan diberikan terhadap suatu kawasan tanah iaitu permukaan dan bawah tanah. Pencemaran tanah merujuk hubungan antara tanah dengan kegunaannya atau melihat kepada kesesuaian tanah dengan tujuannya digunakan. Maksudnya, jika suatu kawasan tanah lapang kemudiannya dilonggokan dengan sampah sarap atau sisa pepejal atau buangan, ini tidak bermakna kawasan tersebut tercemar jika kawasan tersebut merupakan suatu kawasan tapak pelupusan sisa pepejal. Harus juga di fahami bahawa apabila kawasan tanah atau tanah-tanih sesuatu kawasan berkenaan hilang kepentingannya untuk sesuatu kegunaan tertentu, ini tidak bererti tanah tersebut tidak boleh digunakan langsung. Tanah itu masih boleh digunakan bagi
tujuan yang lain p**a dan kepentingannya mungkin berubah mengikut kesesuiannya. Tanah yang tercemar menurut pengertian perundangan merujuk bahaya yang ada di kawasan tersebut yang dikaitkan dengan persekitaran. Sekiranya memudaratkan, maka tanah tersebut dianggap sebagai tercemar.

Punca - punca pencemaran tanah.

1.Aktiviti perlombongan.

Kegiatan perlombongan berskala kecil juga boleh mengakibatkan masalah pemendapan yang teruk di bahagian hilir lalu menyebabkan saliran lombong berasid. Gejala sedemikian paling teruk di Lembah Klang pada suatu ketika dahulu. Selain kegiatan perlombongan emas, kegiatan perlombongan pasir dan penebus guna tanah serta pembangunan-pembangunan lain disepanjang pantai meningkatkan ancaman kepada ekologi hidupan akuatik. Masalah akan merungsing selagi pH air tidak berada pada paras neutral, iaitu pada pH-7. Seandainya habitat hidupan akuatik sudah dicerobohi oleh sisa-sisa dan tumpuhan minyak, keseimbangan ekosistem akan terancam. Ini akan menyebabkan sumber protein akan susah diperolehi jikalau hidupan akuatik seperti ikan, udang dan hidupan laut lain mati.

2.Tebus guna tanah yang mengorbankan kawasan terumbu karang.

Pencemaran tanah juga boleh mengakibatkan pelbagai hidupan akuatik pupus. Sebagai contoh, perlakuan tebus guna tanah telah mengorbankan kawasan terumbu karang. Lebih membimbangkan lagi apabila kajian oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mendapati bahawa ekosistem terumbu karang telah menyusut lebih pantas daripada jangkaan saintis akibat pelbagai faktor yang salah satunya disebabkan oleh pencemaran.Kemerosotan ekosistem ini pastinya turut akan menjejaskan sektor pelancongan yang sangat bergantung kepada keseimbangan dan keindahan ekologi. Malah, lebih menggerunkan lagi apabila ia memungkinkan kita kehilangan sumber protein utama (ikan) jika tiada langkah proaktif bagi menyelamatkan ekosistem unik ini. Seterusnya apabila sektor perikanan terjejas, pastinya ia akan memberi implikasi yang besar ke atas ekonomi negara.

3.Penebangan hutan.

Penebangan hutan juga akan menyebabkan pencemaran tanah berlaku. Kawasan hutan yang ditebang untuk mendapatkan hasil balak yang mempunyai keutungan yang lumayan. Penebangan hutan ini akan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar. Hal ini disebabkan ketiadaan akar pokok untuk mencengkam tanah. Kesannya tanah runtuh akan terjadi dan menyebabkan nyawa penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan penebangan hutan dalam keadaan yang berbahaya.

*Posting 9*Nama: Muhammad Izazul Izwan Bin Burhan(299267)Tema : Krisis Alam SekitarTajuk : Kesan dan Langkah Pencemaran ...
07/12/2023

*Posting 9*

Nama: Muhammad Izazul Izwan Bin Burhan(299267)
Tema : Krisis Alam Sekitar
Tajuk : Kesan dan Langkah Pencemaran Tanah

Kesan pencemaran tanah

Pencemaran tanah dapat mengakibatkan kesan-kesan buruk seperti penyebaran kuman, bakteria, dan penyakit, kualiti tanah merudum, dan berlakunya hakisan tanah. Salah satu kesan pencemaran tanah adalah penyebaran kuman dan penyakit.Haiwan dan serangga perosak seperti tikus, lipas dan lalat akan berkerumun di tanah sekaligus menyebarkan penyakit dan virus di sekitar kawasan tersebut serta tempat lain.Antara kesan lain juga adalah penurunan kulaiti tanah ataupun kerosakan tanih. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kilangatau kenderaan motor akan menjadikantanah rosak dan kualitinya merudum. Selain itu,hakisan tanah merupakan suatu kejadian yang sering berlaku disebabkan aktiviti manusia seperti penebangan pokok dan pembalakan secara berleluasa.Ini menyebabkan tiada akar tumbuhan yang dapat mencengkam tanah dengan kuat sehingga berlakunya tanah runtuh.

Langkah mengatasi pencemaran tanah

Antara langkah-langkah untuk menangani pencemaran tanah adalah dengan pendidkan alam sekitar.Pendidikan alam sekitar merupakan salah satu kaedah yang dapat dilaksanakan untuk mengatasi masalah pencemaran tanah. Ia dapat membentuk sikap positif dalam diri dan menjadikan setiap orang sedar akan kepentingan menjaga alam sekitar dengan baik.

Selain itu, kempen kesedaran merupakan salah satu inisiatif yang dapat diambil bagi mengurangkan masalah pencemaran alam alam sekitar. Di dalam kempen tersebut masyarakat akan diajar tentang kepentingan menjaga dan menghargai alam sekitar.

Akhir sekali, media massa memainkan peranan yang amat penting bagi menyebarkan tentang pentingnya alam sekitar kepada masyarakat setempat. Semua mengetahui bahawa pada era moden ini, media massa mudah mempengaruhi dan membentuk cara pemikiran pengguna. Dengan ini, pendedahan dan penyebaran tentang isu pencemaran alam oleh media massa kepada masyarakat umum akan menyebabkan lebih ramai berhati-hati dalam menjaga alam sekitar.

Sumber: https://www.permohonan.my/pencemaran-alam-sekitar/

*Posting 10*Nama: Aida Adlina  Binti Mohd Ridzuan (299346)Tema: Krisis Alam SekitarTajuk: Penutup Krisis Alam SekitarHai...
07/12/2023

*Posting 10*

Nama: Aida Adlina Binti Mohd Ridzuan (299346)
Tema: Krisis Alam Sekitar
Tajuk: Penutup Krisis Alam Sekitar

Hai dan Assalamualaikum 💙💛

*PENUTUP KRISIS PENCEMARAN ALAM SEKITAR*

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa masalah pencemaran kepada alam sekitar telah menjadi tular di Malaysia. Terdapat banyak kerosakan yang berlaku terhadap ekosistem seperti pencemaran air, udara, bunyi, kepupusan flora dan fauna dan perkara lain yang disebutkan di atas. Hal ini disebabkan oleh tindakan manusia yang tidak bermoral juga pihak yang tidak bertanggungjwab yang telah memperlakukan alam sekitar sesuka hati mereka. Perihal demikian menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap isu ini masih berada dalam tahap rendah. Sebagai manusia, kita mestilah sedar bahawa pencemaran alam sekitar tidak sepatutnya berlaku kerana ianya penting untuk individu, haiwan mahupun tumbuh tumbuhan. Namun, perilaku kita tidak selari dengan pemikiran untuk menjaga persekitaran alam ini dengan baik.

Tuntasnya, sudah sampai masanya untuk kita menghentikan segala sikap yang akan mendatangkan keburukan kepada alam sekitar. Kerajaan dengan kerjasama rakyat perlu mengambil bahagian bersama dalam memelihara kelestarian alam bermula dengan sesuatu yang mudah seperti mengamalkan ‘Reduce, Reuse dan Recycle’. Setiap individu mesti sedar akan kepentingan menjaga alam semulajadi yang ada pada masa kini serta masa akan datang supaya dapat dinikmati oleh semua generasi dan masyarakat.

Sumber:

1. https://voize.my/pencemaran-alam-sekitar/

2. https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian-malaysia/20171122/282149291615863

Address

Kuala Lumpur
55100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when A231 Mpu1022 E Penghayatan Etika Dan Peradaban Kump 5 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share