Masjid UTM Kuala Lumpur

Masjid UTM Kuala Lumpur Pusat Islam UTM Kuala Lumpur
www.facebook.com/PusatIslamUTMKL

Pusat Islam UTM Kuala Lumpur,
Jalan Maktab,
Off Jalan Sultan Yahya Petra,
54100 Kuala Lumpur,
Malaysia

Satu-satunya masjid di Malaysia yang ada taklimat keselamatan HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL (HI...
29/05/2026

Satu-satunya masjid di Malaysia yang ada taklimat keselamatan HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL (HIRARC) OSHE

Ibadah korban bukan setakat pilih lembu sado, tapi keselamatan kru dan peserta juga wajib. Syabas diucapkan kepada Masjid UTM Kuala Lumpur kerana mengambil inisiatif luar biasa dengan menganjurkan taklimat ringkas keselamatan HIRARC sepanjang Program Ibadah Korban Masjid UTMKL 2026/1447H.

Pelaksanaan taklimat keselamatan dan HIRARC (Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko) amat penting bagi memastikan program ibadah korban di masjid berjalan lancar, mematuhi garis panduan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), serta mengelakkan sebarang kemalangan.

Langkah keselamatan yang sangat profesional dan patut dicontohi oleh semua masjid di seluruh Malaysia. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Patuhi SOP, gunakan PPE, dan cegah kemalangan.

Video taklimat keselamatan di ruang komen
fans

29/05/2026

Satu-satunya masjid di Malaysia yang ada taklimat keselamatan HAZARD IDENTIFICATION RISK ASSESSMENT AND RISK CONTROL (HIRARC) OSHE

Disampaikan oleh :

Prof. Madya Ts. Dr. Sa'ardin bin Abdul Aziz
Timbalan Pengarah,
Occupational Safety Health & Environment (OSHE),
UTMKL

Ibadah korban bukan setakat pilih lembu sado, tapi keselamatan kru dan peserta juga wajib. Syabas diucapkan kepada Masjid UTM Kuala Lumpur kerana mengambil inisiatif luar biasa dengan menganjurkan taklimat ringkas keselamatan HIRARC sepanjang Program Ibadah Korban Masjid UTMKL 2026/1447H.

Pelaksanaan taklimat keselamatan dan HIRARC (Pengenalpastian Bahaya, Penaksiran Risiko, dan Kawalan Risiko) amat penting bagi memastikan program ibadah korban di masjid berjalan lancar, mematuhi garis panduan Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP), serta mengelakkan sebarang kemalangan.

Langkah keselamatan yang sangat profesional dan patut dicontohi oleh semua masjid di seluruh Malaysia. Keselamatan adalah tanggungjawab bersama. Patuhi SOP, gunakan PPE, dan cegah kemalangan.

fans

Alhamdulillah ๐ŸคProgram Ibadah Korban Masjid UTMKL telah berlangsung dengan lancar pada:๐Ÿ“… Rabu | 27 Mei 2026 | 10 Zulhijj...
29/05/2026

Alhamdulillah ๐Ÿค
Program Ibadah Korban Masjid UTMKL telah berlangsung dengan lancar pada:

๐Ÿ“… Rabu | 27 Mei 2026 | 10 Zulhijjah 1447H

Tahun ni sebanyak 7 ekor lembu korban berjaya dilaksanakan ๐Ÿ„
๐Ÿ‘‰ 5 biasa, 2 sado
dan salah seekor adalah sumbangan daripada YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan

Terima kasih juga kepada semua peserta korban, sukarelawan, penyumbang dan warga yang turun padang dari awal pagi sampai selesai. Memang letih, tapi semangat gotong-royong dan ukhuwah tu yang paling bermakna

Semoga setiap amal, tenaga dan rezeki yang dikongsi diterima Allah SWT
Jumpa lagi tahun depan insya-Allah


fans

AIDILADHA 1447HAidiladha bukan sekadar hari raya,tapi hari untuk belajar erti taat, reda dan berkorban.Kadang-kadang yan...
27/05/2026

AIDILADHA 1447H

Aidiladha bukan sekadar hari raya,
tapi hari untuk belajar erti taat, reda dan berkorban.

Kadang-kadang yang Allah minta bukan harta yang banyak,
tapi hati yang sanggup melepaskan sesuatu kerana-Nya.

Semoga ibadah korban kita diterima Allah SWT,
dan semoga setiap pengorbanan kecil dalam hidup kita
menjadi jalan menuju reda-Nya.

*Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H*
Ikhlas daripada Masjid UTM Kuala Lumpur.

๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ Hari Arafah bukan hari biasa.Ia hari penuh keampunan, hari doa diangkat, dan hari hati k...
26/05/2026

๐‰๐€๐Œ๐”๐€๐ ๐๐„๐๐”๐Š๐€ ๐๐”๐€๐’๐€ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡

Hari Arafah bukan hari biasa.
Ia hari penuh keampunan, hari doa diangkat, dan hari hati kembali dekat kepada Allah.

Buat yang berpuasa, jangan berbuka seorang diri.
Mari kita raikan keberkatan ini dalam suasana berjemaah, penuh ukhuwah dan rasa syukur di Masjid UTM Kuala Lumpur.

Jamuan Berbuka Puasa Hari Arafah
๐Ÿ“… 26 Mei 2026
๐Ÿ•Œ Masjid UTM Kuala Lumpur

Semoga puasa kita diterima, dosa kita diampunkan, dan doa-doa kita dimakbulkan Allah SWT.

Jom hadir. Bawa keluarga, ajak sahabat.
Satu hari kita berpuasa, semoga seumur hidup kita dirahmati. ๐Ÿค

๐๐”๐€๐’๐€ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ— ๐™๐”๐‹๐‡๐ˆ๐‰๐‰๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡1 hari sahajaโ€ฆ tapi nilainya luar biasa.Kadang kita sanggup kejar dunia be...
25/05/2026

๐๐”๐€๐’๐€ ๐€๐‘๐€๐…๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Ÿ— ๐™๐”๐‹๐‡๐ˆ๐‰๐‰๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐‡

1 hari sahajaโ€ฆ tapi nilainya luar biasa.
Kadang kita sanggup kejar dunia berhari-hari,
tapi peluang Allah bagi untuk hapuskan dosa setahun lalu dan setahun akan datangโ€ฆ jangan kita pandang biasa.

Puasa Arafah bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,
tapi tanda kita masih mahu kembali, masih mahu diampunkan, dan masih berharap rahmat Allah.

Esok belum tentu milik kita.
Tapi hari ini, Allah masih buka peluang untuk kita berubah.

Jom niat Puasa Arafah.
Semoga Allah ampunkan dosa kita, lembutkan hati kita, dan terima setiap amal kita. ๐Ÿคฒ

@topfans

22/05/2026

Kuliah Jumaat | Prof. Madya Dr. Mohd Al'ikhsan Ghazali | Lambaian Baitullah Siri 5 | Masjid UTM Kuala Lumpur

๐–๐ฎ๐ค๐ฎ๐Ÿ ๐›๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ข ๐Ÿ‘ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ ๐ขโ€ฆJom sama-sama kita hidupkan hari-hari menuju Arafah dengan doa, istighfar, zikir dan amal keba...
22/05/2026

๐–๐ฎ๐ค๐ฎ๐Ÿ ๐›๐ž๐ซ๐›๐š๐ค๐ข ๐Ÿ‘ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ฅ๐š๐ ๐ขโ€ฆ
Jom sama-sama kita hidupkan hari-hari menuju Arafah dengan doa, istighfar, zikir dan amal kebaikan.

Mungkin kita belum sampai ke Padang Arafah,
tapi jangan biarkan hati kita jauh daripada Allah.

Perbanyakkan doa.
Perbaiki niat.
Minta ampun sungguh-sungguh.
Semoga Allah menerima taubat kita, melapangkan urusan kita dan mengurniakan rahmat-Nya kepada seluruh umat Islam. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

@topfans

Ada yang pergi haji sebab sudah dipanggil Allahโ€ฆAda p**a yang belum sampai ke sana, tapi hatinya sudah lama merindui Bai...
22/05/2026

Ada yang pergi haji sebab sudah dipanggil Allahโ€ฆ
Ada p**a yang belum sampai ke sana, tapi hatinya sudah lama merindui Baitullah.

Jom hadir ke Kuliah Jumaat: Lambaian Baitullah Siri 5 bersama
Prof. Madya Dr. Mohd Alโ€™Ikhsan Ghazali.

Moga perkongsian ini membuka hati kita untuk lebih memahami erti perjalanan haji, bukan sekadar perjalanan jasad ke Tanah Suci, tapi perjalanan hati menuju reda Ilahi.

๐Ÿ“… 22 Mei 2026 | Jumaat
๐Ÿ•ง 12.30 tengah hari
๐Ÿ“ Masjid UTM Kuala Lumpur
๐ŸŽฅ Live Facebook Masjid UTM Kuala Lumpur

Jemput hadir, ajak sahabat sekali.
Moga Allah jemput kita semua menjadi tetamu-Nya satu hari nanti. ๐Ÿคฒ

@topfans

๐‰๐จ๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข.Kadang-kadang hati rasa serabut bukan sebab masalah terlalu besarโ€ฆtapi sebab jiwa kita...
22/05/2026

๐‰๐จ๐ฆ ๐ฉ๐ž๐ซ๐›๐š๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ค๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ญ ๐ก๐š๐ซ๐ข ๐ข๐ง๐ข.
Kadang-kadang hati rasa serabut bukan sebab masalah terlalu besarโ€ฆ
tapi sebab jiwa kita terlalu jauh daripada mengingati Rasulullah ๏ทบ.

Selawat bukan sekadar bacaan di bibir,
tetapi tanda cinta, rindu dan harapan untuk mendapat syafaat Baginda di akhirat nanti.

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ
ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู…

Semoga dengan selawat, hati kita lebih tenang, hidup lebih diberkati dan langkah kita sentiasa dipandu ke jalan yang Allah reda.

Jangan tunggu lapang baru berselawat.
Selawatlah, supaya hati kita dilapangkan.

@topfans

Address

UTM Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60189291266

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Masjid UTM Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Masjid UTM Kuala Lumpur:

Share