Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL

Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL Office of Deputy Vice-Chancellor (Research & Innovation) is a centre of administration and research

LAWATAN MUHIBBAH JAWATANKUASA HIJAU KE RUMAH KEBAJIKAN OKU AHSANA.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Green Committee PT...
08/05/2026

LAWATAN MUHIBBAH JAWATANKUASA HIJAU KE RUMAH KEBAJIKAN OKU AHSANA.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Green Committee PTNCPI KL atas kejayaan melaksanakan lawatan muhibbah ke Rumah Kebajikan Ahsana Kuala Lumpur pagi tadi. Inisiatif murni ini bukan sekadar lawatan biasa, malah merupakan langkah proaktif dalam mengenal pasti keperluan asnaf OKU bagi persediaan program bantuan yang dirancang pada Julai 2026 nanti.

Keprihatinan delegasi ini mencerminkan komitmen tinggi warga PTNCPI KL dalam menyokong SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 10 (Kurangkan Ketidaksamaan). Semoga usaha murni ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak program komuniti yang berimpak tinggi. Terima kasih Wira Hijau! 🌿✨

Sesi Penyerahan "Nota Serah Tugas" bagi staf yang ditempatkan di PTJ baharu sehingga 31 Disember 2027 : - Puan Amy Zuria...
08/05/2026

Sesi Penyerahan "Nota Serah Tugas" bagi staf yang ditempatkan di PTJ baharu sehingga 31 Disember 2027 :

- Puan Amy Zuria – Pengurus Makmal di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
- Encik Ikhwan Shahid bin Ibrahim – Eksekutif Fasiliti di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT)
- Encik Muhammad Hafiq bin Hamdan – Eksekutif Fasiliti di Fakulti Kecerdasan Buatan (FAI)
- Encik Nabeel Fakhrur Razy bin Jufri – Eksekutif Fasiliti di Azman Hashim International Business School (AHIBS)

Semoga dengan penempatan baharu ini, amanah dapat dipikul dengan penuh dedikasi demi kecemerlangan universiti. Selamat menjalankan tugas dan Selamat maju jaya semua. Semoga terus cemerlang dan membawa impak positif di PTJ baharu.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026Pekerjaan adalah amanah. Lakukan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Setiap kita...
01/05/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2026

Pekerjaan adalah amanah. Lakukan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Setiap kita saling memerlukan.


TRANSFORMASI DIGITAL: UNIT MEKANIKAL PPMU TERAJUI INOVASI AI 🤖🎨Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Kejuruteraan Mek...
30/04/2026

TRANSFORMASI DIGITAL: UNIT MEKANIKAL PPMU TERAJUI INOVASI AI 🤖🎨

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Unit Kejuruteraan Mekanikal, PPMU KL atas kejayaan penganjuran Kursus Visual Masa Hadapan: Strategi Infografik Pintar Berasaskan AI!

Inisiatif proaktif ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan staf dalam penghasilan visual yang berimpak tinggi, malah membuktikan komitmen warga PTNCPI KL dalam mengintegrasikan teknologi terkini demi kelestarian operasi makmal. Langkah memantapkan penyampaian maklumat keselamatan melalui infografik AI ini adalah selaras dengan aspirasi SDG 9 (Industri, Inovasi & Infrastruktur).

Semoga semangat upskilling ini terus menjadi inspirasi kepada unit-unit lain untuk terus berinovasi. Syabas warga Unit Mekanikal! 🌿✨

AUDIT AKKP PTNCPI KL 2025.Kuala Lumpur, 20 April 2026 - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Unive...
28/04/2026

AUDIT AKKP PTNCPI KL 2025.

Kuala Lumpur, 20 April 2026 - Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur telah selesai menjalani sesi Audit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP).

Audit ini bertujuan untuk pencalonan Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) Majlis Citra Karisma yang akan datang.

Kehadiran 5 orang panel auditor di Pejabat PTNCPI KL, serta 2 makmal yang terpilih iaitu Makmal Alam Sekitar, dan Makmal Digital bukan sekadar satu penilaian, tetapi merupakan manifestasi keprihatinan kita terhadap ruang kerja yang harmoni dan selamat buat semua.

"Keselamatan bukan sekadar peraturan, ia adalah budaya saling menjaga antara satu sama lain."

Terima Kasih, warga kerja PTNCPI KL❤️
Setinggi-tinggi penghargaan buat rakan-rakan di PTNCPI serta PIC makmal yang terlibat. Terima kasih atas dedikasi, kesabaran, dan semangat bantu-membantu yang ditunjukkan sepanjang persiapan dan hari audit berlangsung.

Tanpa komitmen anda semua, usaha ini tidak mungkin dapat dijayakan dengan lancar. Semoga usaha ikhlas kita dalam membudayakan keselamatan ini dirahmati dan membuahkan hasil yang manis buat PTNCPI KL.

Sama-sama kita teruskan kecemerlangan ini demi UTM yang lebih sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Muhammad Aizi bin Mat Salim atas pelantikan sebagai Pengurus Makmal di Pusa...
22/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Muhammad Aizi bin Mat Salim atas pelantikan sebagai Pengurus Makmal di Pusat Pengurusan Makmal Universiti, UTM Kuala Lumpur.

Warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM Kuala Lumpur (PTNCPI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah. Semoga terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

MAKLUMAT PENEMPATAN STAFSukacita dimaklumkan bahawa, terdapat pertukaran penempatan staf di Pejabat Timbalan Naib Cansel...
21/04/2026

MAKLUMAT PENEMPATAN STAF

Sukacita dimaklumkan bahawa, terdapat pertukaran penempatan staf di Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM Kuala Lumpur.

Warga PTNCPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:
• Encik Muhammad Fakhrurrazi bin Kamarulzaman, Pembantu Khidmat Am (Operasi) (Gred H1) atas segala sumbangan dan komitmen sepanjang berkhidmat di Institut Kebisingan dan Getaran (IKG), UTM Kuala Lumpur. Semoga beliau terus cemerlang di PTJ baharu.

Pada masa yang sama, warga PTNCPI dengan penuh sukacita mengalu-alukan kehadiran:
• Encik Muhammad Azri bin Ibrahim, Pembantu Khidmat Am (Operasi) (Gred H1) yang ditempatkan di Institut Kebisingan dan Getaran (IKG), UTM Kuala Lumpur. Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Azri.

Semoga kita sama-sama terus menyemarakkan kecemerlangan di UTM.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Amy Zuria binti Abdul Ajid atas pelantikan sebagai Pengurus Makmal di Mala...
21/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Amy Zuria binti Abdul Ajid atas pelantikan sebagai Pengurus Makmal di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala Lumpur.

Tahniah juga diucapkan atas pelantikan sebagai Eksekutif Fasiliti (EF) kepada :

• Encik Nabeel Fakrur Razy bin Jufry – Eksekutif Fasiliti, AHIBS
• Encik Muhammad Hafiq bin Hamdan – Eksekutif Fasiliti, FAI
• Encik Ikhwan Shahid bin Ibrahim – Eksekutif Fasiliti, MJIIT

Warga Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UTM Kuala Lumpur (PTNCPI) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengucapkan selamat bertugas di PTJ baharu.

Semoga semua terus cemerlang dan maju jaya dalam melaksanakan amanah yang diberikan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Ferdaos bin Md Sarif atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Latiha...
21/04/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Encik Mohd Ferdaos bin Md Sarif atas pelantikan sebagai Penolong Pegawai Latihan Vokasional (Gred DV5).

Semoga terus maju dengan kejayaan yang lebih cemerlang.

𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈 𝐊𝐋 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐋𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤KUALA LUMPU...
20/04/2026

𝐏𝐓𝐍𝐂𝐏𝐈 𝐊𝐋 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐮𝐤𝐮𝐡 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐛𝐢𝐥𝐢𝐭𝐲 𝐃𝐢𝐠𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐝𝐚𝐲𝐚 𝐋𝐞𝐬𝐭𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝐓𝐚𝐤𝐥𝐢𝐦𝐚𝐭 𝐒𝐭𝐫𝐚𝐭𝐞𝐠𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤

KUALA LUMPUR, 20 April 2026 – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) KL atau PTNCPI KL telah mengorak langkah proaktif dalam memantapkan komunikasi digital organisasi menerusi sesi "Taklimat Strategi Pemantapan Pengurusan Facebook Rasmi ODVCRI". Sesi yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Al-Azhar ini dihadiri oleh barisan pentadbir (admin) daripada pelbagai unit bagi menyelaraskan hala tuju penyampaian maklumat jabatan.

Pengerusi sesi, Ts. Mohd Hazri Bin Ishak, menekankan bahawa inisiatif ini merupakan mandat daripada Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif bagi mengatasi isu ketidakseragaman berita dan pertindihan maklumat. "Kita mahu memastikan setiap pengisian di Facebook PTNCPI KL mempunyai nilai impak yang tinggi dan imej korporat yang konsisten dan tidak berubah-ubah. Oleh itu, struktur pentadbiran kini perlu diperkukuh dengan pelantikan rasmi dan garis panduan tugas (TOR) yang lebih jelas," jelas beliau.

Antara intipati penting taklimat termasuklah pengenalan sistem penggiliran kandungan melibatkan 5 tonggak utama iaitu Penyelidikan dan Inovasi, Kesejahteraan, Budaya & Gaya Hidup, Pembangunan Bakat & Keraian Staf, Kelestarian dan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, dan Promosi, Agama, Motivasi. Penambahan kepakaran baharu dalam pasukan admin serta penglibatan wakil Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) dilihat bakal memperkayakan lagi variasi topik, merangkumi aspek pembangunan bakat sehinggalah budaya kelestarian.

Menariknya, sesi ini bukan sekadar bicara tentang dunia digital, malah mempraktikkan amalan hijau secara nyata. Selaras dengan dasar kelestarian universiti, mesyuarat dijalankan dalam suasana rendah karbon dengan memaksimumkan penggunaan cahaya semula jadi dari tingkap dan mengehadkan penggunaan penghawa dingin. Langkah penjimatan tenaga ini membuktikan komitmen PTNCPI KL dalam menerapkan budaya lestari bermula daripada pengurusan ruang kerja.

Inisiatif menyeluruh ini menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, antaranya: SDG 7 (Tenaga Bersih dan Berpatutan): Menerusi amalan penjimatan tenaga elektrik di pejabat; SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab): Memupuk budaya kerja cekap sumber dan lestari; dan SDG 16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kuat): Melalui tadbir urus komunikasi yang telus dan akauntabiliti dalam penyebaran maklumat rasmi.

Dengan penyelarasan strategik ini, PTNCPI KL optimis untuk meningkatkan capaian (reach) dan interaksi awam, sekali gus meletakkan jabatan sebagai institusi penyelidikan yang dinamik dan peka terhadap isu global.

Diari Hijau Jtncpi KL

INTER-UNIVERSITY SYNERGY: MENGGERAK AGENDA HIJAUPTNCPI KL menerusi Seksyen Strategik & Hubungan Luar serta Green Committ...
16/04/2026

INTER-UNIVERSITY SYNERGY: MENGGERAK AGENDA HIJAU

PTNCPI KL menerusi Seksyen Strategik & Hubungan Luar serta Green Committee membuktikan komitmen jitu dalam memperkukuh jaringan antara universiti melalui penganjuran Green Pep-Talk bertajuk "EV & SDG13: Memandu Tanpa Asap, Bernafas Tanpa Karbon".

Program hibrid hasil kolaborasi strategik bersama TAR UMT ini menjadi platform pertukaran ilmu kritikal mengenai peranan kenderaan elektrik dalam menangani perubahan iklim. Sinergi ini mencerminkan azam PTNCPI KL untuk terus menerajui kerjasama akademik berimpak tinggi demi kelestarian masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam melebarkan sayap kerjasama ini!

KUALA LUMPUR, 15 April – Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Kuala Lumpur melalui Seksyen Strategi & Hubungan Luar serta Green Committee terus komited mengukuhkan kedudukan sebagai pelopor agenda kelestarian kampus melalui penganjuran program Green Pep-Talk bertajuk

Address

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UTM Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
54100

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:45
Tuesday 08:30 - 16:45
Wednesday 08:15 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:45
Friday 08:30 - 12:00
14:45 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Office of Deputy Vice-Chancellor : Research & Innovation UTM KL:

Share