12/06/2026
Penghargaan Istimewa kepada Rakan Penaja UM iFest 2026
UM Giving merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Wyndham Grand Bangsar KL, Top Glove Corporation Bhd, dan Yayasan MR D.I.Y. atas sokongan serta sumbangan luar biasa yang telah diberikan sepanjang penganjuran UM iFest 2026.
Setiap bentuk tajaan dan kerjasama yang dihulurkan telah memainkan peranan yang sangat penting dalam memeriahkan festival ini. Ia sekali gus berjaya memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna kepada para pelajar, pengunjung, dan seluruh warga universiti.
Kejayaan cemerlang UM iFest 2026 pastinya tidak dapat dicapai tanpa kepercayaan dan komitmen berterusan daripada rakan-rakan strategik kami. Kita berkongsi aspirasi yang sama iaitu untuk memperkukuhkan budaya pemberian (philanthropy), kebersamaan, dan penglibatan komuniti secara proaktif.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar UM iFest pada tahun ini! Semoga jalinan kerjasama kukuh yang terjalin ini akan terus berkembang dan membawa impak serta manfaat yang lebih besar kepada masyarakat di masa hadapan.