05/06/2026
ππ€ MAJLIS JALINAN MESRA BELIA CHINA β MALAYSIA π¨π³π²πΎ
Pelajar Newton International College berbesar hati menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Jalinan Mesra Belia ChinaβMalaysia yang telah berlangsung di Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Malaysia.
Program ini memberikan peluang berharga kepada para pelajar untuk memperluaskan perspektif global melalui perkongsian ilmu, pertukaran budaya serta pembinaan jaringan antarabangsa bersama belia dari China dan Malaysia. πβ¨
π Antara pengisian menarik program:
β
Kepentingan penguasaan bahasa ketiga dalam dunia global
β
Sesi perkongsian pengalaman bersama pelajar dari Hunan University dan Guangdong University
β
Persembahan kebudayaan Malaysia seperti Silat, Wau Bulan dan Dikir Barat
β
Sesi ramah mesra dan pembinaan jaringan kerjasama antarabangsa
Program ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara, malah membantu memupuk semangat perpaduan, toleransi serta kefahaman antara budaya dalam kalangan generasi muda. π€π
Newton International College sentiasa komited dalam melahirkan graduan yang berdaya saing, berfikiran global dan bersedia menghadapi cabaran dunia antarabangsa. πβ¨