Majlis Orator Universiti Malaya MORUM

Majlis Orator Universiti Malaya MORUM Laman rasmi Majlis Orator Universiti Malaya untuk menyampaikan makluman berkenaan program MORUM di samping berkongsi pandangan mengenai isu-isu semasa .

🎤 PENCARIAN BAKAT BARU MAJLIS ORATOR UNIVERSITI MALAYA (MORUM) 🪄Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pe...
14/12/2021

🎤 PENCARIAN BAKAT BARU MAJLIS ORATOR UNIVERSITI MALAYA (MORUM) 🪄

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pelajar yang berminat atau berbakat untuk menceburi bidang seni orator seperti debat dan pidato.

Bakat anda kebanggaan kami! 🤩 Minat anda kami hargai! Mari sertai program perintis kelab Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) bagi mengasah dan menggilap bakat anda.

Besar harapan kami untuk memiliki bakat baru seperti anda untuk menyertai Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM)!

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScw6moPeiIkRSZrAtrYWLQPb4cxgqdP5Nr7p3nyChtgLheqQw/viewform?usp=sf_link

Klik pautan link ini untuk mendaftar!

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Semoga ...
04/11/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia. Semoga perayaan pesta cahaya kali ini akan membawa seribu satu harapan dan sinar kepada kita semua .

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-64 yang bertemakan   yang melambangkan kepr...
31/08/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan ke-64 yang bertemakan yang melambangkan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk mengekang wabak Covid-19 yang menular di seluruh dunia serta menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang berkorban nyawa, masa dan tenaga menjaga kesihatan dan keselamatan rakyat ketika berhadapan dengan musuh yang tidak kelihatan ini.

Kibarkanlah Jalur Gemilang dengan megah. Hayatilah semangat kecintaan kepada negara Malaysia yang tercinta.

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2021 🇲🇾

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1443H kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia....
10/08/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah 1443H kepada umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia.

Manhaj Rabbani, Ummah Berkualiti.

Bersama kita mulakan tahun baru ini dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada-Nya. Semoga kehadiran tahun baharu Hijrah ini akan dapat meningkatkan keimanan kita kepada Allah SWT.

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh Umat Islam.Semoga ibadat ko...
20/07/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada seluruh Umat Islam.

Semoga ibadat korban kita diberkati agar AidilAdha kali ini lebih bermakna buat kita semua.

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.
20/06/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar bapa.

10/06/2021

[Artikel Edisi Jun 2021]
Feminisme : Normalisasi Membunuh Emansipasi
Ditulis oleh: Nur Zannah Ahmad & Anis Nadzirah Abd Halim

Di saat negara kita masih berperang dengan pandemik virus COVID-19 di mana hampir setiap hari kes COVID-19 ini menunjukkan angka yang tinggi dan tidak menunjukkan penurunan kadar kes harian, kita juga tidak terlepas daripada kebangkitan isu keganasan seksual yang semakin hangat berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Beberapa minggu lepas, kes di mana tularnya isu melibatkan seorang warga pendidik telah membuat jenaka berbaur lucah di hadapan para pelajarnya telah menerima perhatian serius oleh pelbagai pihak dan telah dilaporkan dalam pelbagai akhbar dan media sosial. Isu beberapa individu dan netizen yang memuat naik video dan komen berbentuk lucah dan tidak senonoh juga telah banyak berlaku di media sosial saban hari. Tidak dapat dinafikan bahawa fenomena keganasan seksual ini sebenarnya sudah lama berlaku namun perkara ini mula mendapat perhatian disebabkan oleh keterbukaan media pada era serba moden ini.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan fenomena dan isu-isu yang menjadi penyumbang kepada masalah gangguan seksual ini.

https://malayaorator.wordpress.com/2021/06/10/feminisme-normalisasi-membunuh-emansipasi/

‘ Objectifying women isn’t the worst part but normalizing the thoughts of objectifying is ’.Di saat negara kita masih be...
10/06/2021

‘ Objectifying women isn’t the worst part but normalizing the thoughts of objectifying is ’.

Di saat negara kita masih berperang dengan pandemik virus COVID-19 yang menunjukkan peningkatan saban hari, kita juga tidak terlepas daripada kebangkitan isu keganasan seksual yang semakin hangat berlaku dalam kalangan masyarakat kita.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat hari ini terutamanya generasi muda sudah mula cakna terhadap isu keganasan seksual ini, dalam masa yang sama, terdapat sesetengah masyarakat masih lagi menormalisasikan keganasan seksual ini untuk berlaku.

Oleh Nur Zannah Ahmad & Anis Nadzirah Abd Halim  – Jun 10, 2021 @ 3.40pm [email protected] Sumber : Just Associates Di saat negara kita masih berperang dengan pandemi…

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh komuniti Dayak di Sarawak....
01/06/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada seluruh komuniti Dayak di Sarawak.

Raikanlah perayaan ini secara sederhana dalam norma baharu bersama ahli keluarga di rumah.

Bersama kita patuhi SOP yang telah ditetapkan. Amal 3W, elak 3S. Ayuh bersama kita perangi dan putuskan rantaian COVID-19.

“Gayu Guru Gerai Nyamai”

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga Sabah.
31/05/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga Sabah.

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha seluruh negara.
26/05/2021

Majlis Orator Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha seluruh negara.

Address

Kuala Lumpur
50603

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Orator Universiti Malaya MORUM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Majlis Orator Universiti Malaya MORUM:

Share