19/05/2023
Adakah anda masih keliru dengan jurusan mana yang patut anda pilih bagi kerjaya anda di masa hadapan dan masih bertanya2 apakah jurusan dan institut terbaik bagi kelayakan yang anda pegang?
Nantikan sesi Jom Masuk U 2023 yang bakal dianjurkan pada 20 Mei hingga 5 Jun 2023 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di 6 lokasi berbeza di seluruh Malaysia.
Para pengunjung seperti lepasan sekolah, terutamanya yang mempunyai pegangan IGCSE dan O-Level, ibu bapa, dan juga pendidik akan diberi khidmat nasihat yang teliti berkaitan segala program yang disediakan oleh institut tersebut, menjawab segala persoalan yang dikemukakan oleh para pengunjung berkaitan Institut Pengajian Tinggi seperti cara permohonan dan juga sesi bual bicara. Terdapat juga pameran yang memaparkan pelbagai IPT awam dan juga swasta di seluruh negara.
Terdapat juga aktiviti lain yang akan menaikkan suasana kepada lebih baik seperti cabutan bertuah, sesi ramah mesra dengan para alumni dari pelbagai institut, persembahan seni, dan banyak lagi.
Tunggu apa lagi? Temui kami, IIUM ACADEMY pada tarikh dan di lokasi yang berikut:
ZON SELATAN
20 & 21 Mei 2023
β’ Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru, Johor
ZON SARAWAK
20 & 21 Mei 2023
β’ Time Square Megamall, Bintulu, Sarawak
Untuk maklumat lanjut, hubungi kami:
Pejabat: +603 6421 5000 / 6617
Whatsapp: +6011 6353 3055,
E-mail: [email protected]