Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia

Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia Laman Rasmi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia l Telefon: 0322668441/42/45 l Faks: 0322668450 l Emel: [email protected]
(2)

11/05/2026
๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐€๐’๐˜๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Ahad | 10 Mei 2026Temasya Sukan 2 Piala Ketua Po...
11/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐€๐’๐˜๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Ahad | 10 Mei 2026

Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara Tahun 2026 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang selepas lima hari berlangsung, sekali gus meninggalkan seribu kenangan manis yang akan terus terpahat dalam ingatan seluruh kontinjen dan formasi.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Tan Sri Ayob Khan bin Mydin Pitchay merangkap Naib Yang Dipertua Majlis Sukan PDRM di Stadium Olahraga, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Dalam temasya kali ini, Kontinjen Kuala Lumpur berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan selepas mempamerkan prestasi cemerlang dalam semua acara yang disertai. Turut mencuri perhatian, Ketua Polis Pulau Pinang, CP Datoโ€™ Ts. Azizee bin Ismail yang menerima Anugerah Veteran Terbaik atas komitmen serta pencapaian memberangsangkan yang dipamerkan dalam acara disertai.

Penyampaian hadiah dan piala kejohanan kepada kontinjen serta atlet olahraga yang berjaya mencipta kemenangan telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara sebelum beliau menyampaikan ucapan perasmian penutupan temasya.

Majlis kemudiannya diakhiri dengan gimik penutupan yang berlangsung penuh simbolik sebagai tanda melabuhkan tirai Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 selepas lima hari penganjuran yang menyaksikan semangat juang, disiplin dan kesepaduan dipamerkan oleh seluruh kontinjen bertanding.

Turut hadir Naib Canselor USM, Profesor Dato' Seri Ir. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed; Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid merangkap Pengerusi Majlis Sukan PDRM; pengarah-pengarah jabatan PDRM; pesuruhjaya-pesuruhjaya polis dan ketua-ketua polis negeri; komander-komander dan komandan-komandan; dif-dif jemputan serta warga PDRM.

๐Ÿ“ธ Jurugambar

๐——๐Ÿฒ ๐—œ๐—ฃ๐—ž ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด : Sjn Zarina; Sjn Sjn Satahen & Konst Mohd Ashraf

๐—›๐—˜๐—”/๐—›๐—˜๐—ฃ๐—ฃ ๐—œ๐—ฃ๐—ž ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด : Kpl Amira Hanim & Kpl Mohd Zaidillah

TEMASYA SUKAN 2 PIALA KETUA POLIS NEGARA 2026: KEBERSAMAAN PIMPINAN SUNTIK SEMANGAT ATLETPulau Pinang, 10 Mei 2026 โ€” Sor...
10/05/2026

TEMASYA SUKAN 2 PIALA KETUA POLIS NEGARA 2026: KEBERSAMAAN PIMPINAN SUNTIK SEMANGAT ATLET

Pulau Pinang, 10 Mei 2026 โ€” Sorakan semangat, aksi penuh energi dan semangat berpasukan yang mewarnai Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 akhirnya melabuhkan tirainya hari ini. Dianjurkan dengan jayanya oleh Kontinjen Pulau Pinang selaku tuan rumah, temasya kali ini mempertandingkan empat acara sukan iaitu futsal, badminton, olahraga dan tarik tali yang menyaksikan persaingan sengit serta semangat kesukanan tinggi dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kehadiran Pengarah Pengurusan PDRM, YDH CP Datoโ€™ Sri Abdul Aziz bin Abdul Majid turut memberikan suntikan semangat dan motivasi kepada seluruh kontinjen yang bertanding. Sokongan serta kebersamaan pimpinan PDRM jelas menyemarakkan lagi semangat juang, disiplin dan ukhuwah dalam kalangan warga pasukan.

Menang atau kalah bukan ukuran utama, sebaliknya nilai setiakawan, semangat berpasukan dan kebersamaan menjadi kekuatan sebenar warga PDRM dalam terus memupuk gaya hidup sihat serta budaya kerja cemerlang.


KEPUTUSAN HARI KETIGA KEJOHANAN FUTSAL TEMASYA SUKAN PIALA KPN 2026KATEGORI LELAKIKEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULANKumpulan A...
08/05/2026

KEPUTUSAN HARI KETIGA KEJOHANAN FUTSAL TEMASYA SUKAN PIALA KPN 2026

KATEGORI LELAKI

KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN
Kumpulan A
Kedah (2) vs (1) Negeri Sembilan
Johor (1) vs (1) Pulau Pinang

Kumpulan B
Kelantan (1) vs (3) Bukit Aman
Sabah (0) vs (4) Perlis

Kumpulan C
Kuala Lumpur (1) vs (3) Sarawak
Bde. Tengah PGA (3) vs (5) PULAPOL KL

Kumpulan D
Perak (1) vs (2) Bde. Utara PGA
PSP (0) vs (3) Melaka

PERINGKAT SUKU AKHIR
Pulau Pinang (2) vs (0) PULAPOL KL
Melaka (5) vs (0) Perlis
Selangor (4) vs (0) Bde. Utara PGA
Sarawak (4) vs (3) Johor

PERINGKAT SEPARUH AKHIR
09 Mei 2026
Jam 10.00 pagi

Pulau Pinang vs Melaka
Sarawak vs Selangor

KATEGORI WANITA

KEPUTUSAN PERINGKAT KUMPULAN

Kumpulan A
Kuala Lumpur (3) vs (0) Johor
Perak (1) vs (1) Pulau Pinang

Kumpulan B
Bukit Aman (3) vs (0) Selangor
PULAPOL KL (2) vs (0) Kelantan

PERINGKAT SEPARUH AKHIR
PULAPOL KL (1) vs (5) Kuala Lumpur
Johor (0) vs (6) Bukit Aman

PERLAWANAN TEMPAT KE-3/ KE-4
09 Mei 2026
Jam 10.00 pagi

PULAPOL KL vs Johor

Keputusan Hari Kedua Temasya Sukan 2 Piala KPN 2026 - Futsal
07/05/2026

Keputusan Hari Kedua Temasya Sukan 2 Piala KPN 2026 - Futsal

๐“๐„๐Œ๐€๐’๐˜๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Rabu | 6 Mei 2026Tirai Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 rasmi ...
07/05/2026

๐“๐„๐Œ๐€๐’๐˜๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Rabu | 6 Mei 2026

Tirai Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 rasmi bermula pada hari ini melibatkan acara futsal, olahraga, tarik tali dan badminton dengan penyertaan kontinjen dari seluruh Polis Diraja Malaysia.

Kejohanan yang berlangsung mulai 6 hingga 10 Mei 2026 ini bukan sahaja menjadi medan persaingan sihat dalam kalangan warga pasukan, malah berperanan memperkukuh semangat kesukanan, disiplin, kerjasama berpasukan serta hubungan silaturahim antara kontinjen.

Temasya sukan ini turut mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam membudayakan gaya hidup sihat di samping memupuk semangat esprit de corps dalam kalangan warga pasukan.

Orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan serta bersama-sama memeriahkan temasya sukan ini. โšฝ๐Ÿธ๐Ÿƒ๐Ÿ”ฅ

๐ƒ๐€๐˜ ๐ŸSorotan sekitar hari pertama Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 yang berlangsung di semua venue kejohana...
07/05/2026

๐ƒ๐€๐˜ ๐Ÿ

Sorotan sekitar hari pertama Temasya Sukan 2 Piala Ketua Polis Negara 2026 yang berlangsung di semua venue kejohanan dengan penuh semangat kesukanan dan kebersamaan warga pasukan.

07/05/2026

๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ ๐€๐˜๐”๐‡ ๐Œ๐„๐‘๐ˆ๐€๐‡๐Š๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐€๐’๐˜๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐Ÿ ๐๐ˆ๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™€๏ธ

Warga PDRM Pulau Pinang dan seluruh masyarakat dijemput hadir memeriahkan dan menyaksikan program yang menghimpunkan semangat kesukanan di antara kontinjen PDRM seluruh Malaysia

๐Ÿ“… Tarikh: 6 Mei โ€“ 10 Mei 2026
๐Ÿ“ Tempat: Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang

Acara Sukan Dipertandingkan:
๐Ÿธ Badminton
๐Ÿค Tarik Tali
โšฝ Futsal
๐Ÿƒโ€โ™‚๏ธ Olahraga

Selain itu, jangan lepaskan peluang menyertai

๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐๐„๐๐‚๐„๐†๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐๐€๐˜๐€๐‡ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ & ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‹๐”๐๐‚๐”๐‘๐€๐ ๐“๐€๐Œ๐€๐ ๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐Œ๐€๐๐ˆ๐“๐€ ๐๐ƒ๐‘๐Œ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐”๐‹๐€๐” ๐๐ˆ๐๐€๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ“… Tarikh: 9 Mei โ€“ 10 Mei 2026
โฐ Masa: 7.00 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Lokasi: Padang Kawad, USM Pulau Pinang

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Bawa keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga!
Program santai, mesra rakyat dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Pelbagai Aktiviti Menarik Menanti Anda:
๐ŸŽ Cabutan Bertuah dengan hadiah menarik
๐ŸŽจ Pertandingan mewarna kanak-kanak
๐Ÿƒโ€โ™€๏ธ Sukan rakyat & sukaneka keluarga
๐Ÿ• Persembahan Unit K9 & T-Baton PDRM
๐Ÿ” Jualan makanan, minuman, food truck & Jualan Rahmah
๐Ÿ›๏ธ Pameran agensi seperti PDRM, JPJ, TLDM, JPAM, AADK dan lain-lain
๐Ÿš“ Semakan saman PDRM
๐Ÿฉบ Pemeriksaan kesihatan percuma
๐Ÿ’ƒ Senam Zumba
๐Ÿฅ Pertandingan Kawad Kaki KOR Kadet Polis

MASUK ADALAH PERCUMA!
๐Ÿ“ข Semua dijemput hadir bagi memeriahkan program ini. Kehadiran anda amat dialu-alukan sebagai tanda sokongan kepada usaha memperkukuh hubungan erat antara PDRM dan komuniti.

๐Ÿ“ Jumpa anda di USM Pulau Pinang!
Jangan datang seorangโ€ฆ ajak satu geng terus! ๐Ÿ”ฅ

Keputusan hari Pertama Futsal Piala KPN 2026KATEGORI LELAKIKUMPULAN A- Kedah (1) vs (3) Johor- Negeri Sembilan (4) vs (1...
07/05/2026

Keputusan hari Pertama Futsal Piala KPN 2026

KATEGORI LELAKI

KUMPULAN A
- Kedah (1) vs (3) Johor
- Negeri Sembilan (4) vs (1) Bde. Sarawak PGA
- Bde. Sarawak PGA (1) vs (3) Kedah
- Pulau Pinang (2) vs (1) Negeri Sembilan

KUMPULAN B
- Kelantan (2) vs (0) Sabah
- Bukit Aman (1) vs (3) Selangor
- Selangor (2) vs (2) Kelantan
- Perlis (4) vs (3) Bukit Aman

KUMPULAN C
- Kuala Lumpur (3) vs (0) Bde. Tengah PGA
- Sarawak (7) vs (3) PULAPOL Dungun
- PULAPOL Dungun (1) vs (5) Kuala Lumpur
- PULAPOL KL (4) vs (4) Sarawak

KUMPULAN D
- Perak (0) vs (1) PSP
- Bde. Utara PGA (2) vs (3) Terengganu
- Terengganu (2) vs (3) Perak
- Melaka (1) vs (7) Bde. Utara PGA

KATEGORI WANITA

KUMPULAN A
- Kuala Lumpur (6) vs (0) Perak
- Johor (2) vs (1) Sarawak
- Sarawak (0) vs (3) Kuala Lumpur
- Pulau Pinang (0) vs (6) Johor

KUMPULAN B
- Bukit Aman (4) vs (0) PULAPOL KL
- Selangor (1) vs (1) Melaka
- Melaka (0) vs (9) Bukit Aman
- Kelantan (1) vs (2) Selangor

MAKSAK GAMES 2026- SEPAK TAKRAWTahniah kepada yang berjaya
26/04/2026

MAKSAK GAMES 2026- SEPAK TAKRAW

Tahniah kepada yang berjaya

MAKSAK GAMES 2026 - SEPAK TAKRAWPerjalanan Pasukan PDRM berakhir dengan lebih awal. Segala usaha dan komitmen yang ditun...
25/04/2026

MAKSAK GAMES 2026 - SEPAK TAKRAW

Perjalanan Pasukan PDRM berakhir dengan lebih awal. Segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan amat dihargai. Teruskan perjuangan untuk kejayaan akan datang.



Address

Majlis Sukan PDRM, Bangunan Gimnasium, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Kuala Lumpur
50560

Telephone

0322668445

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share