Jabatan Syariah Kolej Islam Darul Ulum

Jabatan Syariah Kolej Islam Darul Ulum "Melahirkan Ulama' Amilin" Matlamat KAMI: "Membina kekuatan syakhsiah pelajar dari sudut akidah, ibadah dan akhlak"

11/05/2026

Assalamua'laikum warahmatullah, Pengajian Kitab TANBIIH AL-MUGHTARIIN oleh TUAN GURU USTAZ AHMAD ABDULLAH mukasurat 337

KUNJUNGAN MA'AHAD DARUSSALAM LILTADRIB ALISLAMI, VIETNAM KE KIDU4 Mei 2026 l Kolej Islam Darul Ulum Original Alhamdulill...
05/05/2026

KUNJUNGAN MA'AHAD DARUSSALAM LILTADRIB ALISLAMI, VIETNAM KE KIDU

4 Mei 2026 l Kolej Islam Darul Ulum Original

Alhamdulillah, Jabatan Syariah berbesar hati menerima kunjungan daripada wakil Ma'ahad Darussalam Liltadrib Alislami, Vietnam, iaitu Ustaz Abdul Rashid Bin Ali.

Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menghantar tiga orang pelajar dari maahad berkenaan untuk menyambung pengajian di Jabatan Syariah dalam program Syahadah 'Aliyah Pengajian Syariah.

Semoga jalinan ini terus diberkati dan memberi manfaat dalam usaha memperkasa ilmu serta pendidikan Islam.




04/05/2026

Assalamua'laikum warahmatullah, Pengajian Kitab TANBIIH AL-MUGHTARIIN oleh TUAN GURU USTAZ AHMAD ABDULLAH mukasurat 334 : MURAH Hati

SEMINAR BEDAH KITAB TURATH 20261 & 2 Mei 2026 l Bilik seminar Kolej Islam Darul UlumAlhamdulillah, dengan izin-Nya telah...
03/05/2026

SEMINAR BEDAH KITAB TURATH 2026

1 & 2 Mei 2026 l Bilik seminar Kolej Islam Darul Ulum

Alhamdulillah, dengan izin-Nya telah berlangsung dengan jayanya Seminar Daurah yang membincangkan kitab Tauhid: ‘Aqidatun Najin.

Seminar ini telah disampaikan oleh Ustazah Miah Binti Hj Saad, Mantan AJK Panel Tauliah Jabatan M***i Negeri Kedah.

Pada minggu lalu (24 & 25 April) telah berlangsung Daurah melibatkan dua buah kitab dalam bidang Tasawwuf dan Fekah. Manakala pada minggu ini diteruskan dengan kitab Tauhid, iaitu ‘Aqidatun Najin.

Dengan ini, lengkaplah Daurah bagi tiga buah kitab utama yang menjadi rujukan oleh Jabatan M***i Negeri Kedah dalam peperiksaan Tauliah Mengajar di negeri Kedah.

Semoga segala pengisian yang disampaikan memberikan manfaat serta meningkatkan kefahaman para peserta dalam aspek ilmu dan amalan, di samping membantu para peserta yang akan menduduki Ujian Tauliah pada tahun ini dalam menjawab soalan dengan baik.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Daurah ini memberi impak yang besar serta membantu para peserta mencapai kejayaan.




27/04/2026

Assalamua'laikum warahmatullah, Pengajian Kitab TANBIIH AL-MUGHTARIIN oleh TUAN GURU USTAZ AHMAD ABDULLAH mukasurat 332

SEMINAR BEDAH KITAB TURATH 202624 & 25 April 2026 l Bilik seminar Kolej Islam Darul Ulum OriginalALHAMDULILLAH, dengan i...
25/04/2026

SEMINAR BEDAH KITAB TURATH 2026

24 & 25 April 2026 l Bilik seminar Kolej Islam Darul Ulum Original

ALHAMDULILLAH, dengan izin-Nya telah berlangsung dengan jayanya Seminar Daurah yang membincangkan dua buah kitab, iaitu kitab Tasawwuf : Minhajul ‘Abidin dan kitab Feqah : Matla’ al-Badrain.

Seminar ini telah disampaikan oleh Ustaz Zakir Abdul Majid, AJK Panel Tauliah Jabatan M***i Negeri Kedah.

Semoga segala pengisian yang disampaikan memberikan manfaat serta meningkatkan kefahaman para peserta dalam aspek ilmu dan amalan, di samping membantu para peserta yang akan menduduki Ujian Tauliah pada tahun ini dalam menjawab soalan dengan baik.

InsyaALLAH pada minggu hadapan, iaitu pada 1 & 2 Mei 2026, akan diadakan Seminar Daurah yang seterusnya melibatkan kitab Tauhid : ‘Aqidatun Najin, yang akan disampaikan oleh Ustazah Miah Hj Saad, Mantan AJK Panel Tauliah Jabatan M***i Negeri Kedah.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Ucapan terima kasih tidak terhingga juga dirakamkan kepada Dewan Ulama' PAS Kawasan Pokok Sena yang telah menaja penyertaan pelajar-pelajar dari Jabatan Syariah, Kolej Islam Darul Ulum untuk mengikuti seminar ini. جزاكم الله خير الجزاء.




21/04/2026

Sambutan Jamuan Raya 1447H

20/04/2026

Assalamua'laikum warahmatullah, Pengajian Kitab TANBIIH AL-MUGHTARIIN oleh TUAN GURU USTAZ AHMAD ABDULLAH mukasurat 331 : Membiasakan Diri Lapar dan Diam

21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir & Batin





21/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Maaf Zahir & Batin
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال




Address

KM. 23, Jalan Kuala Nerang
Kuala Nerang
06300KEDAH

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:00
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+601155565754

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Syariah Kolej Islam Darul Ulum posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Jabatan Syariah Kolej Islam Darul Ulum:

Share