Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU Hal Ehwal Pelajar

Alhamdulillah dalam 2-3 hari kontraktor siap pasang bumbung. Semoga segera siap untuk kegunaan para pelajar Asrama Kolej...
15/04/2026

Alhamdulillah dalam 2-3 hari kontraktor siap pasang bumbung. Semoga segera siap untuk kegunaan para pelajar Asrama Kolej Islam Darul Ulum.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
15 April 2026

12/04/2026
Ijtima' Syahri KIDU 1.0 2026
09/04/2026

Ijtima' Syahri KIDU 1.0 2026

102 likes, 2 comments. “5 April 2026, Dataran Kolej Islam Darul Ulum - Alhamdulillah telah berlangsung Ijtima' Syahri (Perhimpunan Bulanan) Semua Warga KIDU Kali Pertama bagi Tahun 2026. Ijtima' dimulai dengan nasyid Asma' Allah Al Husna dan nyanyian Lagu Rasmi KIDU. Kemudian para pelajar mendenga...

Assalamualaikum warahmatullah..✨📜MAKLUMAN📜Kuliah Tafaqquh :*(07/04/2026-Selasa)👳🏻‍♂️USTAZ ABU BAKAR BIN RAZAK📕Kitab     ...
07/04/2026

Assalamualaikum warahmatullah..✨

📜MAKLUMAN📜

Kuliah Tafaqquh :*
(07/04/2026-Selasa)

👳🏻‍♂️USTAZ ABU BAKAR BIN RAZAK
📕Kitab : Al-Kharidah Al-Bahiyyah
⏰Masa : 8:30-9:30 Pagi
🕌Tempat : MASJID MDU

"Kearah Melahirkan Ulamak Amilin"

ExcoIlmiah&Multimedia25/26

Jom Masuk KIDU
05/04/2026

Jom Masuk KIDU

Tinjauan dan pantauan naik taraf tandas dan bilik air Asrama Ustaz Fadzil Noor, Kolej Islam Darul Ulum terus dibuat. Alh...
05/04/2026

Tinjauan dan pantauan naik taraf tandas dan bilik air Asrama Ustaz Fadzil Noor, Kolej Islam Darul Ulum terus dibuat. Alhamdulillah telah dipunggah atap lama dan akan dipasang atap baru. Proses seterusnya lantai dan wiring.

Semoga cepat siap dan segera dapat digunakan oleh para pelajar.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
05 April 2026M / 16 Syawal 1447H

5 April 2026, Dataran Kolej Islam Darul Ulum - Alhamdulillah telah berlangsung Ijtima' Syahri (Perhimpunan Bulanan) Semu...
05/04/2026

5 April 2026, Dataran Kolej Islam Darul Ulum - Alhamdulillah telah berlangsung Ijtima' Syahri (Perhimpunan Bulanan) Semua Warga KIDU Kali Pertama bagi Tahun 2026.

Ijtima' dimulai dengan nasyid Asma' Allah Al Husna dan nyanyian Lagu Rasmi KIDU. Kemudian para pelajar mendengar Ucapan Ustazah Nur Syamimi binti Abdul Latif selaku Penyelaras Pusat Asasi KIDU. Al-Fadhilah Ustazah menekankan keikhlasan dan pengajian sebagai asas seorang penubtut Ilmu.

Ucapan seterusnya disusuli oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar bin Razak selaku Penolong Pendaftar merangkap Hal Ehwal Pelajar (HEP) KIDU. Al Fadhil Ustaz menjelaskan tujuan diadakan Ijtima' Syahri ini agar sebulan sekali secara rasmi ada perhimpunan sesama warga KIDU bagi mengeratkan silaturrahim dan medan menyampaikan maklumat serta para pelajar dapat mendengar nasihat berharga daripada guru-guru dan pentadbiran. Al Fadhil Ustaz juga menasihati para pelajar agar sentiasa berdisiplin dan mengikut peraturan.

Ucapan terakhir sebagai perasmi dan penutup Ijtima' Syahri kali ini disempurnakan oleh Prof Madya Dr Muhamad Nor Habibi bin Haji Long, Pengarah KIDU. Al Fadhil Dr mengucapkan tahniah atas penganjuran Ijtima' Syahri ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kemudian Al Fadhil Dr menyebutkan antara kepentingan seorang pelajar kena sentiasa kemas dan penuh dengan keterampilan diri yang hebat. Di samping mengejar ilmu perlu juga menitikberatkan soal kebersihan dan kekemasan.

Ijtima' Syahri kemudiannnya menyaksikan para pelajar beriqrar dan berjanji. Iqrar dipimpin oleh Saudara Muhammad Hamzi Naim, Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa KIDU. Akhirnya disudahi dengan doa yang dibacakan oleh Saudara Ahmad Musyier Fidaie, Exco Tarbiyah MPM KIDU.




Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
05 April 2026M / 16 Syawal 1447H

03/04/2026
Alhamdulillah barangan kontraktor untuk naik taraf tandas dan bilik air Asrama Ustaz Fadzil Noor, Kolej Islam Darul dah ...
03/04/2026

Alhamdulillah barangan kontraktor untuk naik taraf tandas dan bilik air Asrama Ustaz Fadzil Noor, Kolej Islam Darul dah mula sampai.

Semoga para pelajar dapat manfaatkannya dengan penuh berhemah.


02 April 2026, Muassasah Darul Ulum - Alhamdulillah pagi ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pendaftar KIDU meninjau...
02/04/2026

02 April 2026, Muassasah Darul Ulum - Alhamdulillah pagi ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif dan Pendaftar KIDU meninjau Tapak boring air yang sedia ada dan perlu dibaikpulih dan naik taraf agar dapat dimanfaatkan. Turut bersama Ustaz Mohd Hatim bin Rosli, Pegawai Eksekutif Muassasah Darul Ulum.

InsyaAllah setelah dibaikpulih dan naik taraf nanti serta dapat digunakan akan mengurangkan bil air bahkan berpotensi untuk menjadi sumber pendapatan jika air dari boring ini lulus untuk dikomersialkan.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
2 April 2026

Syabas dan Tahniah
02/04/2026

Syabas dan Tahniah

Bersama Fadhilat al-Syeikh Dr Saad Gomaa Zaqlul, Pensyarah UNISHAMS mengiringi beliau menziarahi Kolej Islam Darul Ulum ...
31/03/2026

Bersama Fadhilat al-Syeikh Dr Saad Gomaa Zaqlul, Pensyarah UNISHAMS mengiringi beliau menziarahi Kolej Islam Darul Ulum dan Muassasah Darul Ulum.

Beliau juga Mantan Pensyarah KIDU dari tahun 1999 hingga 2008. Antara tenaga pengajar awal di Kolej Islam Darul Ulum. Beliau berkongsi pengalaman kepada para pelajar Diploma dan pelajar Pusat Asasi KIDU.

Jazakumullahu khairan kathira kepada Fadhilat al-Syeikh Dr Saad Gomaa Zaqlul atas ziarah dan pertemuan yang berharga ini.

Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU
31 Mac 2026

Address

Km 23 Jalan Kuala Nerang
Kuala Nerang

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Sunday 08:30 - 16:30

Telephone

+601156601749

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Hal Ehwal Pelajar KIDU:

Share