16/06/2026
๐SINERGI KECEMERLANGAN: KUNJUNGAN RASMI DAN LAWATAN PENANDA ARAS PENGURUSAN KUALITI KOLEJ KOMUNITI BANDAR TENGGARA KE KOLEJ KOMUNITI ROMPIN๐
Kolej Komuniti Rompin (KKRP) telah menerima kunjungan rasmi daripada delegasi Kolej Komuniti Bandar Tenggara (KKBT) bersempena dengan Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kualiti pada 15 Jun 2026 (Isnin).
Ketibaan delegasi yang diketuai oleh Yang Berusaha Encik Samsuri bin Aman, Pengarah Kolej Komuniti Bandar Tenggara, telah disambut secara rasmi oleh Yang Berusaha Ts. Haji Ahmad Muzaffar bin Abdul Aziz, Pengarah Kolej Komuniti Rompin, berserta barisan warga kerja institusi.
Sesi libat urus ini direalisasikan sebagai wacana strategik bagi kedua-dua institusi dalam usaha memperkasa dan memantapkan sistem pengurusan kualiti secara berterusan.
Bagi merealisasikan objektif penandaarasan tersebut, pelbagai pengisian yang komprehensif telah diatur sepanjang program berlangsung, antaranya termasuklah:
๐ Sesi taklimat dan perkongsian Amalan Baik Pengurusan Dokumen Kualiti yang telah disampaikan oleh Ts. Mohd Roslan bin Yussof, Ketua Unit Jaminan Kualiti KKRP
๐Pembentangan kepakaran mengenai Amalan Baik Pelaksanaan Industry On Campus (IOC) oleh Encik Mohd Juwahir bin Paโiman, Pengurus IOC KKRP
๐ Lawatan peninjauan ke kemudahan dan prasarana di bawah Program Kulinari
๐ Sesi semakan terperinci serta perkongsian amalan terbaik yang memfokuskan fail dokumen kualiti dan IOC
Pihak Pengurusan Kolej Komuniti Rompin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan kepimpinan serta delegasi Kolej Komuniti Bandar Tenggara atas komitmen jitu dan perkongsian idea sepanjang sesi lawatan ini dijalankan.
Sesungguhnya, jalinan kerjasama strategik seumpama ini diharap dapat terus memacu kecemerlangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di negara ini.