Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI)

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI), College & University, Kubang Lembek, Manir, Kuala.

🌙 REBUT PAHALA INFAQ PADA MALAM KE-27 RAMADAN 🌙Malam-malam terakhir Ramadan adalah peluang yang sangat berharga. Di anta...
16/03/2026

🌙 REBUT PAHALA INFAQ PADA MALAM KE-27 RAMADAN 🌙

Malam-malam terakhir Ramadan adalah peluang yang sangat berharga. Di antara malam tersebut terdapat Lailatul Qadr, malam yang Allah sebut dalam al-Quran sebagai malam yang lebih baik daripada 1000 bulan.

✨ Sempena malam ke-27 Ramadan, kami mengajak tuan/puan untuk bersama-sama menyumbang dalam Dana Infaq Ramadan KUDQI bagi menyokong usaha pendidikan, kebajikan dan pembangunan di Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah (KUDQI).

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Barangsiapa yang mendirikan malam Lailatul Qadr dengan penuh iman dan mengharap pahala, diampunkan baginya dosa-dosa yang telah lalu.”
(HR al-Bukhari & Muslim)

💛 Ayuh rebut peluang berinfaq pada malam yang penuh keberkatan ini.
Semoga setiap sumbangan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

📍 Salurkan sumbangan ke:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
13017010081023
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah
Ref: Infaqramadankudqi

MAYBANK BERHAD
563064112037
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah
Ref: Infaqramadankudqi

📲 Pertanyaan:
Us Saifuddin – 0199823551
Cik Nur – 01112977321

🤲 Semoga Allah menerima amal kita dan mengurniakan keberkatan Lailatul Qadr kepada kita semua.




🌙✨ MALAM KE-25 RAMADAN – REBUT PELUANG BERINFAQ ✨🌙Malam ini kita berada pada malam ke-25 Ramadan, salah satu malam ganji...
14/03/2026

🌙✨ MALAM KE-25 RAMADAN – REBUT PELUANG BERINFAQ ✨🌙

Malam ini kita berada pada malam ke-25 Ramadan, salah satu malam ganjil dalam 10 malam terakhir yang sangat diharapkan berlakunya Lailatul Qadr.

Firman Allah:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan.”
(Surah al-Qadr: 3)

Bayangkan…
Jika sedekah kita bertepatan dengan malam Lailatul Qadr, pahalanya seolah-olah beribadah lebih 83 tahun.

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ أَجْوَدَ النَّاسِ، وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ
“Rasulullah adalah manusia paling pemurah, dan Baginda paling pemurah pada bulan Ramadan.”

✨ Jom hidupkan malam ini dengan infaq untuk Dana Pendidikan KUDQI demi menyokong usaha pendidikan, tarbiyah dan dakwah.

Setiap sumbangan tuan/puan insya-Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan.

📍 Salurkan sumbangan ke:

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
13017010081023
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah
Ref: Infaqramadankudqi

MAYBANK BERHAD
563064112037
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah
Ref: Infaqramadankudqi

📲 Pertanyaan:
Us Saifuddin – 0199823551
Cik Nur – 01112977321

💝 Setiap ringgit yang diinfaqkan menjadi saham akhirat yang berkekalan.

Jangan lepaskan peluang malam yang mulia ini.


📚 JUALAN BUKU ISTIMEWA KUDQI 📚Sempena Majlis Sumbangan Dana Pendidikan, pihak KUDQI menyediakan jualan buku dengan diska...
14/03/2026

📚 JUALAN BUKU ISTIMEWA KUDQI 📚

Sempena Majlis Sumbangan Dana Pendidikan, pihak KUDQI menyediakan jualan buku dengan diskaun sehingga 50% kepada para hadirin dan pencinta ilmu.

Antara buku yang ditawarkan:
📖 Surah Al-Kahfi (Jawi)
📖 Tadabbur al-Muzzammil
📖 Mutiara Ramadan

📌 Buku-buku ini akan dilancarkan secara rasmi oleh:
Dato’ Ustaz Husin Awang
Pesuruhjaya PAS Terengganu

🤲 Marilah kita bersama menyokong usaha pembangunan pendidikan dengan mendapatkan buku-buku ilmiah ini. Setiap pembelian anda turut menyumbang kepada Dana Pendidikan KUDQI.

Semoga usaha ini menjadi amal jariah dan menyebarkan manfaat ilmu kepada masyarakat.



MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI 1447H KEPADA KAKITANGAN KUDQI & MADRASAH DARUL IHSANPada hari Selasa, 10 Mac 20...
14/03/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI 1447H KEPADA KAKITANGAN KUDQI & MADRASAH DARUL IHSAN

Pada hari Selasa, 10 Mac 2026 bersamaan 20 Ramadan 1447H, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sumbangan Aidil Fitri 1447H kepada kakitangan Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) dan Madrasah Darul Ihsan. Majlis ini diadakan pada jam 2.15 petang bertempat di Bilik Mesyuarat PKM ADUN Manir.

Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada para kakitangan sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan komitmen mereka dalam melaksanakan amanah pendidikan serta dakwah sepanjang tahun, di samping menyemarakkan semangat kebersamaan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri.

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan serta penyampaian sumbangan oleh YB Ustaz Haji Maliaman Kassim, Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu. Dalam ucapannya, beliau menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga KUDQI dan Madrasah Darul Ihsan atas usaha berterusan dalam mendidik generasi berteraskan al-Quran dan nilai-nilai Islam. Beliau juga berharap agar sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak membantu persiapan menyambut Aidil Fitri.

Majlis ini turut dihadiri oleh para staf, pensyarah dan guru yang bersama-sama memeriahkan program tersebut. Penyampaian sumbangan berjalan dengan lancar dan penuh suasana ukhhwwah serta penghargaan.

Semoga Allah memberkati usaha pihak pimpinan dalam membantu meringankan dan menyalurkan bantuan kepada para pendidik di setiap peringkat dalam mendidik ummah.

14/03/2026

Saya mewakili seluruh warga KUDQI ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua para dermawan yang telah menyumbang dan membantu pihak KUDQI.

Sesungguhnya sumbangan tuan-tuan dan puan-puan amat besar nilainya dalam membantu pembangunan dan kelangsungan usaha pendidikan ini.

Semoga Allah SWT memberkati setiap sumbangan yang diberikan.

Doa kami:

اللهم أكثر أموالكم وأحسن أعمالكم

“Ya Allah, tambahkanlah rezeki mereka dan perelokkanlah amalan mereka.”

Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.

Ustaz Abdul Fatah Zakaria
Timbalan Pengarah Pembangunan
KUDQI

Saya bertanya kepadanya: “Adakah kamu menghafaz al-Quran?”Dia menjawab: “Ya. Saya hafiz (tetapi tidak membuat murajaah)!...
08/03/2026

Saya bertanya kepadanya: “Adakah kamu menghafaz al-Quran?”

Dia menjawab: “Ya. Saya hafiz (tetapi tidak membuat murajaah)!”

Lalu saya berkata kepadanya:

“Sama ada kamu hafiz atau bukan hafiz. Tidak ada kedudukan di antara kedua-duanya.”

Kemudian saya bertanya lagi:

“Adakah kamu solat dengan apa yang kamu hafaz?”
Dia menjawab: “Tidak.”

Maka saya berkata:

“Kamu menghafaz seperti para ulama, tetapi solat seperti orang awam?”

Wahai saudaraku,

Apabila engkau telah menghafaz al-Quran, maka teruskanlah beribadah dengannya dalam solatmu dan qiyam malammu. Jadilah engkau sentiasa bersama al-Quran; selesai satu bahagian, berpindah ke bahagian yang lain.

Hal itu lebih membantu untuk:
• mengekalkan hafazan,
• menghadirkan tadabbur,
• dan berdiri di hadapan Allah dengan al-Quran.

Apalah nilai hafazan yang tidak dijadikan ibadah?

Apalah makna al-Quran di dalam dada jika tidak ditegakkan dengannya?

Apalah guna ijazah-ijazah yang bertimbun jika kesannya tidak kelihatan?

Berkata Ibnu ‘Atiyyah (w. 514H):

Seorang lelaki membaca al-Quran di hadapan sebahagian ulama. Setelah dia mengkhatamkannya, dia ingin mengulanginya semula dari awal.

Maka gurunya berkata kepadanya:

“Adakah kamu menjadikan bacaanmu di hadapanku sebagai suatu pekerjaan? Pergilah, bacalah al-Quran itu di hadapan Allah pada malam harimu, dan lihatlah apa yang Allah fahamkan kepadamu daripadanya, lalu amalkanlah ia.” (Al-Muharrar al-Wajiz, 1/153).

Ketika menafsirkan firman Allah:

“(Adakah sama) orang yang beribadah pada waktu malam, dengan sujud dan berdiri, dia takutkan akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”
(Az-Zumar: 9)

Az-Zamakhsyari (w. 538H) memberikan nasihat yang sangat mendalam. Beliau menyeru para penghafaz al-Quran dan para ulama supaya mengambil tempat mereka pada malam hari, mengangkat panji kesungguhan, dan menjauhi kelemahan serta kelalaian yang membawa kekalahan.

Beliau berkata:

“Yang dimaksudkan dengan ‘orang yang mengetahui’ ialah ulama agama yang beramal. Seolah-olah orang yang tidak beramal itu bukanlah orang yang berilmu.

Di dalam ayat ini terdapat celaan yang besar terhadap mereka yang mengumpulkan ilmu tetapi tidak beribadah pada malam hari. Mereka akhirnya terfitnah dengan dunia. Maka mereka di sisi Allah dianggap orang jahil, kerana Allah menjadikan orang yang qanit (beribadah pada malam hari) sebagai orang yang berilmu.”

Al-Hasan al-Basri (w. 110H) p**a menggambarkan seorang lelaki yang menghafaz al-Quran tetapi tidak beribadah dengannya sebagai:

“Seorang yang hanya menjadikan al-Quran sebagai bantalnya.”

Beliau juga memahami daripada firman Allah kepada hamba-Nya:

“Sesungguhnya dia mempunyai ilmu kerana apa yang Kami ajarkan kepadanya.”

… bahawa seseorang perlu menyedari kedudukannya dengan ilmu kitab Allah yang dibawanya.
(Tafsir Ibn Jarir, 23/396).

Maka manfaatkanlah hafazanmu.
Perbaikilah solatmu dengannya.
Hidupkan ibadahmu dengannya.

Jadilah engkau benar-benar seperti gambaran yang Allah sebutkan:

“Bahkan al-Quran itu adalah ayat-ayat yang jelas di dalam dada orang-orang yang diberi ilmu.”
(Al-‘Ankabut: 49)

Allah-lah yang memberi taufik.

Terjemahan daripada status Facebook — Dr. Al-Khadr Al-Yafi‘i.

Umat Islam Perlu Belajar: Rahsia Ketahanan IranIran tidak kuat kerana senjata.Tetapi kerana tiga rahsia utama:1️⃣ Wala’ ...
07/03/2026

Umat Islam Perlu Belajar: Rahsia Ketahanan Iran

Iran tidak kuat kerana senjata.
Tetapi kerana tiga rahsia utama:

1️⃣ Wala’ kepada kepimpinan – Kesetiaan rakyat dan tentera.
2️⃣ Kepimpinan yang konsisten – Visi jelas, berani hadapi tekanan.
3️⃣ Generasi pelapis – Pemimpin baru sentiasa disiapkan.

Pengajaran untuk umat Islam:
• Kesatuan di bawah kepimpinan yang jelas
• Sistem dan kesinambungan generasi
• Kekuatan bermula dari iman, disiplin dan kesetiaan

Kesimp**an:
Kekuatan sebenar umat Islam bukan senjata, tetapi kesetiaan, kepimpinan, dan pelapis masa depan.

Ustaz Abdul fatah Zakaria
Pensyarah KUDQI

Pada 24 Februari yang lalu, satu rombongan daripada Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) telah mengadakan zia...
27/02/2026

Pada 24 Februari yang lalu, satu rombongan daripada Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) telah mengadakan ziarah ke rumah Us Zakaria sebagai tanda keprihatinan dan sokongan atas ujian kesihatan yang beliau hadapi. Rombongan tersebut diketuai oleh al-Fadhil Tuan Pengarah, Wan Abdullah, serta turut disertai oleh Ustaz Suhaimi, Ustaz Hafiz, Cik Nur dan Ustazah Syafiqah.

Ziarah ini bertujuan untuk bertanya khabar di samping menyampaikan kata-kata semangat kepada Us Zakaria. Pihak rombongan turut meluangkan masa mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang sempurna serta kekuatan dalam menghadapi ujian. Kehadiran mereka bersama buah tangan yang dibawa jelas mencerminkan ukhuwah dan kasih sayang yang erat dalam warga KUDQI.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera dan kesihatan yang berpanjangan kepada Us Zakaria, mengangkat segala kesakitan yang ditanggung serta menggantikannya dengan ganjaran pahala dan rahmat yang berlipat ganda. Didoakan juga agar segala kebaikan dan keprihatinan pihak rombongan diberi balasan terbaik oleh Allah SWT, khususnya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

⭐️🌙 *INFAQ RAMADAN KUDQI* ⭐️🌙Raikan Ramadan dengan penuh makna ✨ *Jom infaq ramadan bersama KUDQI.*🕌 Sempena Bulan Ramad...
27/02/2026

⭐️🌙 *INFAQ RAMADAN KUDQI* ⭐️🌙

Raikan Ramadan dengan penuh makna ✨ *Jom infaq ramadan bersama KUDQI.*

🕌 Sempena Bulan Ramadan,
bulan diberkati, *KUDQI dengan seluas-luasnya membuka ruang bagi tuan/puan menggandakan amalan sedekah online melalui Infaq Ramadan bagi aktiviti pendidikan dan tarbiyah demi kelangsungan dakwah dan pembangunan ummah.*

🌼 Rebut peluang untuk menyebarkan kebaikan dan meraih pahala berpanjangan.

📍*_Sumbangan boleh di salurkan kepada:_*

🔖*BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD*
*13017010081023*
*Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah*
*Ref : Infaqramadankudqi*

🔖*MAYBANK BERHAD*
*563064112037*
*Kolej Universiti Darul Quran Islamiyah*
*Ref : Infaqramadankudqi*

Layari media sosial kudqi
🖥️ https://www.facebook.com/kudqi2000

☎️Untuk pertanyaan boleh hubungi@WhatsApp:
*Us Saifuddin - 0199823551*
*Cik Nur - 01112977321*

💬Setiap ringgit yang diinfaqkan insya-Allah menjadi saham akhirat yang berpanjangan.Jom bersama menyemai kebaikan❗

#️⃣Infaqramadankudqi
#️⃣JomMasukKUDQI

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Makan Tengahari anjuran YB Maliaman bin Kassim, Pengerusi ...
05/02/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Jamuan Makan Tengahari anjuran YB Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu.

Majlis yang penuh bermakna ini telah menghimpunkan Guru-guru Madrasah Dar Ihsan, guru MDQ serta para pensyarah KUDQI dalam suasana mesra yang mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan. Pertemuan ini bukan sahaja menjadi platform untuk saling berkenalan dan bertukar pandangan, malah memperkukuh jaringan kerjasama demi kemajuan pendidikan Islam.

Turut diumumkan dalam majlis tersebut ialah sumbangan kepada setiap institusi, sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan YB terhadap usaha memperkasa pendidikan serta kebajikan warga pendidik.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB atas penganjuran majlis yang penuh makna ini. Semoga inisiatif seperti ini terus menyuburkan hubungan baik dan membawa keberkatan kepada semua.

“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”

03/02/2026

Santai. Pensyarah dan Staf yang bertugas sepanjang peperiksaan yang memasuki hari ketiga. ✌️😁

01/02/2026

Address

Kubang Lembek, Manir
Kuala
21200

Telephone

+601163262551

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI):

Share