07/09/2026
7 September 2026 (Isnin) | Putrajaya
Kunjungan Hormat GAKUM ke Pejabat YB Menteri Pendidikan Tinggi
Wakil daripada Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia Terengganu (KUAT) telah menyertai delegasi Gabungan Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaysia (GAKUM) dalam sesi kunjungan hormat ke Pejabat YB Menteri Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Putrajaya.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkenalkan GAKUM serta barisan kepimpinannya kepada YB Menteri Pendidikan Tinggi. Selain itu, sesi turut menjadi platform untuk pertukaran pandangan berkaitan perkembangan semasa pendidikan tinggi negara serta isu dan kepentingan warga pekerja di Universiti Awam.
KUAT bersama GAKUM akan terus komited memperjuangkan kepentingan serta kebajikan warga pekerja Universiti Awam, di samping menyokong usaha memperkukuh sektor pendidikan tinggi negara.