Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin

Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin Laman Sosial Rasmi Kolej Kediaman Pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin

Pihak KKP telah menambah sebanyak 10 buah gazebo baharu untuk kegunaan pelajar di Blok M, Khindi, Khawarizmi dan Khansa....
18/05/2026

Pihak KKP telah menambah sebanyak 10 buah gazebo baharu untuk kegunaan pelajar di Blok M, Khindi, Khawarizmi dan Khansa.

Kemudahan ini disediakan bagi mewujudkan ruang santai dan perbincangan yang lebih selesa untuk warga kolej kediaman.

Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan kemudahan ini dengan sebaiknya serta bersama-sama menjaga kebersihan dan kemudahan yang disediakan.

Tinjauan Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam ke  Kolej Kediaman Pelajar yang akan menempatkan para atlet dan pegawai kon...
14/05/2026

Tinjauan Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam ke Kolej Kediaman Pelajar yang akan menempatkan para atlet dan pegawai kontinjen dari universiti awam seluruh negara.

Sesi lawatan ini turut memberi peluang kepada pihak urus setia berkongsi perancangan serta tahap kesiapsiagaan UniSZA selaku tuan rumah SUKUM 2026.

πŸ“† 7 Mei 2026 | Khamis
πŸ•™ 2.30 petang
🏫 Blok J, Kolej Kediaman Pelajar

Mesyuarat Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar Bil. 2/2026πŸ“† 13 Mei 2026 | RabuπŸ•™ 10.00 pagi🏫 Bilik Mesyuarat, Kolej Kediaman...
13/05/2026

Mesyuarat Pengurusan Kolej Kediaman Pelajar Bil. 2/2026

πŸ“† 13 Mei 2026 | Rabu
πŸ•™ 10.00 pagi
🏫 Bilik Mesyuarat, Kolej Kediaman Pelajar

KUALA NERUS, 18 April 2026 – Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JPLK) dengan kerjasama Seksyen Kediaman Luar Kampus (SKLK...
13/05/2026

KUALA NERUS, 18 April 2026 – Jawatankuasa Pelajar Luar Kampus (JPLK) dengan kerjasama Seksyen Kediaman Luar Kampus (SKLK), Kolej Kediaman Pelajar (KKP) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) telah menganjurkan Program Kunjungan Muhibbah ke Rumah Sewa Pelajar Luar Kampus di sekitar Daerah Kuala Nerus pada 17 dan 18 April 2026.

Inisiatif kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara universiti dan pelajar luar kampus di samping memastikan kebajikan serta pembangunan sahsiah pelajar terus diberi perhatian.

Selain menjadi medium mendekati pelajar, program ini turut dirangka bagi memperkukuh pelaksanaan program pembangunan sahsiah dan kepimpinan selaras dengan aspirasi Pelan Strategik UniSZA melalui agenda Khalifah Masa Hadapan (Future Caliph). Program ini juga menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), khususnya SDG 16 iaitu Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh.

Sepanjang program berlangsung, setiap rumah sewa yang dikunjungi turut menerima sumbangan barangan keperluan dapur bagi membantu meringankan beban kewangan pelajar luar kampus yang disampaikan oleh Encik Cairul Anwar bin Mohamed, Ketua Seksyen Kediaman Luar Kampus dan Cik Asma’ binti Md. Jaafar, Penolong Pegawai Tadbir SKLK.

KUALA NERUS, 18 April 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan se...
06/05/2026

KUALA NERUS, 18 April 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan sebuah seminar akademik bertajuk Mastering Academic Research: Dari Pencarian Sumber ke Penulisan Berkualiti yang berlangsung di Aras 2, Makmal Komputer, Perpustakaan Al-Wathiq Billah (PWB), Kampus Gong Badak.

Penganjuran seminar ini dengan peserta seramai 40 orang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran penyelidikan akademik serta memperkukuh keupayaan pelajar dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti dan berimpak tinggi.

Sepanjang seminar, para peserta telah mengikuti tiga slot utama iaitu Smart Academic Search, Effective Academic Writing dan Referencing and Academic Integrity. Ketiga-tiga slot ini memberi penekanan kepada kaedah pencarian sumber rujukan akademik yang sahih melalui platform yang tepat, teknik penulisan akademik yang sistematik, serta kaedah penyediaan rujukan yang betul bagi mengelakkan isu plagiarisme.

Lawatan tapak pihak PPIR dan kontraktor bagi kerja-kerja penambahbaikkan kualiti perkhidmatan wifi percuma kepada penghu...
04/05/2026

Lawatan tapak pihak PPIR dan kontraktor bagi kerja-kerja penambahbaikkan kualiti perkhidmatan wifi percuma kepada penghuni kolej kediaman.

πŸ“† 3 Mei 2026 | Rabu
πŸ•™ 2.30 petang
🏫 Kolej Kediaman Pelajar, Kampus Gong Badak

21/04/2026

Get more website visits

KUALA NERUS, 16 Mac 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Prog...
21/04/2026

KUALA NERUS, 16 Mac 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Program Ayyaman Ma’dudat sebagai inisiatif memperkasa pengisian kerohanian dalam kalangan mahasiswa sepanjang bulan Ramadan.

Program yang berlangsung dari 9 hingga 16 Mac 2026 ini dilaksanakan secara hibrid, merangkumi platform dalam talian seperti Google Meet, Quizizz dan Google Form, selain pengisian secara fizikal di Surau Thoriq dan Surau Farabi. Pendekatan pelaksanaan yang fleksibel ini berjaya menarik penyertaan seramai 203 mahasiswa yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti berteraskan pembangunan rohani dan intelektual.

Antara pengisian utama program termasuk Bicara Wahyu, Kapsul Nafahat, Kuiz Ramadan, pertandingan mencipta poster serta penganjuran solat sunat Tarawih secara berjemaah. Kesemua aktiviti ini dirangka bagi mewujudkan keseimbangan antara pengukuhan ilmu, penghayatan ibadah serta pembinaan sahsiah mahasiswa.

KUALA NERUS, 4 April 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjung...
19/04/2026

KUALA NERUS, 4 April 2026 – Majlis Kolej Kediaman (MKK), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menerima kunjungan daripada Majlis Kepimpinan Pelajar (MKP), Kolej Kediaman Kampus Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sempena penganjuran Program The Nexus: β€œLeaderspire”, yang bertujuan memperkasa kemahiran kepimpinan dalam kalangan mahasiswa.

Program yang berlangsung pada Sabtu, 4 April 2026 ini telah diadakan di Dewan Ibnu Khaldun UniSZA serta sekitar kawasan Kolej Kediaman. Seramai 45 orang peserta daripada MKP UTHM dan 17 orang wakil MKK UniSZA telah mengambil bahagian dalam program ini. Penganjuran program ini menekankan penglibatan aktif mahasiswa melalui pelbagai pengisian berteraskan pembangunan diri dan kepimpinan.

Antara pengisian utama program termasuk sesi perkongsian berkaitan pengurusan organisasi yang melibatkan MKK UniSZA dan MKP UTHM, lawatan ke fasiliti sekitar Kolej Kediaman UniSZA, serta slot cabaran berkumpulan dikenali sebagai The Nexus Challenge. Dalam slot tersebut, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan tugasan berasaskan situasi kepimpinan, yang memerlukan ketua kumpulan menyampaikan arahan serta mengurus pelaksanaan tugasan secara efektif.

Address

Pejabat Kolej Kediaman UniSZA
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Kediaman Pelajar - Universiti Sultan Zainal Abidin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share