Asasi STEM - UMT

Call Directions Website Contact the university

Asasi STEM - UMT Asasi STEM bermatlamat melahirkan graduan UMT dengan pengetahuan serta kemahiran yang secukupnya dalam STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik)

*Projek Robocode A.I (Pulau Pinang)*23 & 24 Okt 2026Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau PinangPulau Pinang menjadi desti...
27/10/2026

*Projek Robocode A.I (Pulau Pinang)*
23 & 24 Okt 2026
Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang menjadi destinasi ke-5 pasukan Robocode A.I dari Pusat Asasi STEM bagi menjalankan sesi bengkel pengaturcaraan dan A.I bagi Fasa 1 & Fasa 2 projek ini.

Sebanyak 6 buah sekolah pendidikan khas dan Unit PPKI telah menyertai program yang dijalankan di Dewan Syarahan, Masjid Negeri Pulau Pinang.

Program selama 2 hari ini dijalankan dengan Fasa1 pada hari pertama, bengkel pengaturcaraan dan A,.I bagi guru dan Fasa 2, bengkel pengaturcaraan dan inovasi bagi guru dan murid.

Semoga usaha ini dapat menarik minat murid berkeperluan khas untuk mendalami dan terus cemerlang dalm bidang sains, teknologi dan A.I.



21/10/2026

Live@UMT 21 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 7)






19/10/2026

Live@UMT 19 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 4)






18/10/2026

Live@UMT 18 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 2)






17/10/2026

Live@UMT 18 OKTOBER 2026 : ISTIADAT KONVOKESYEN UMT KE 24 (SIDANG 1)




🎓💜 TAHNIAH GRADUAN ALUMNI ASASI STEM UMT! 💜🎓Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Alumni Asasi STEM UMT...
13/10/2026

🎓💜 TAHNIAH GRADUAN ALUMNI ASASI STEM UMT! 💜🎓

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua graduan Alumni Asasi STEM UMT Kohort 4 dan Kohort 5 yang bakal bergraduat dalam Majlis Konvokesyen UMT Kali Ke-24 Tahun 2026 pada 18-21 Okt 2026 nanti.

Kejayaan ini merupakan bukti usaha, pengorbanan, doa dan kesungguhan yang akhirnya membuahkan hasil. Semoga ilmu yang diperoleh menjadi bekalan untuk terus melangkah maju, mencipta kecemerlangan dan menyumbang kepada agama, bangsa serta negara.

Teruskan melakar kejayaan, mengharumkan nama keluarga, Asasi STEM UMT dan universiti tercinta. Walau sejauh mana melangkah, ingatlah bahawa kalian pernah dan sentiasa menjadi sebahagian daripada Keluarga Asasi STEM UMT.

Ibu bangga dengan kejayaan kalian. Semoga perjalanan selepas ini terus dipenuhi peluang, keberkatan dan kejayaan yang lebih gemilang.

Daripada:
Profesor Madya Dr Laili Che Rose
Pengarah
Pusat Asasi STEM UMT

PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027Tiba jua hari terakhir peperiksaan akhir! Hari ini merupakan perjuangan bagi pape...
10/10/2026

PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027

Tiba jua hari terakhir peperiksaan akhir! Hari ini merupakan perjuangan bagi paper terakhir iaitu Fizik (ASP1214) di Kompleks Kuliah Berpusat, UMT - Universiti Malaysia Terengganu
Selangkah lagi untuk menamatkan Semester I ini. Buat yang terbaik, kekalkan fokus, dan gempur sampai habis, anak-anak PASTEM! Semoga Allah permudahkan segalanya hari ini 🤲♥️



Projek Robocode A.I bagi Fasa 1 & Fasa 2 diteruskan lagi di negeri Kelantan dengan penglibatan guru dan murid sekolah re...
08/10/2026

Projek Robocode A.I bagi Fasa 1 & Fasa 2 diteruskan lagi di negeri Kelantan dengan penglibatan guru dan murid sekolah rendah dan menengah dari daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok. Seramai 20 orang guru dan 50 orang murid berkeperluan khas (Autisme, Learning Disability, Deaf) telah menyertai program ini. Program ini telah dijalankan pada 5 & & Oktober 2026 di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan

Sepanjang 2 hari program ini dijalankan, peserta telah mengikuti 3 modul secari teori dan praktikal :

1) Pengenalan ESP32 & sensor
2) IoT control using cloud & MQTT
3) Prompt A.I using Gesture

Setiap sekolah diberikan 2 kit Tinkercode ESP32 untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di sekolah nanti. Terima kasih diucapkan kepada Sektor Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan di atas kerjasama dalam menjayakan program ini.






PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027Sedang berlangsung peperiksaan akhir bagi subjek Kimia I (ASC1314: 8 Oktober 2026...
08/10/2026

PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027

Sedang berlangsung peperiksaan akhir bagi subjek Kimia I (ASC1314: 8 Oktober 2026 di Kompleks Kuliah Berpusat, UMT - Universiti Malaysia Terengganu. Hanya tinggal satu sahaja lagi paper terakhir bagi semester I ini iaitu Fizik pada 10 Oktober nanti. Teruskan usaha,anak-anak PASTEM! Semoga dipermudahkan urusan 🤲♥️



PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027Gambar sekitar peperiksaan akhir bagi subjek Matematik I (AMM1114): 4 Oktober 202...
04/10/2026

PEPERIKSAAN AKHIR SEM. I SESI 2026/2027

Gambar sekitar peperiksaan akhir bagi subjek Matematik I (AMM1114): 4 Oktober 2026 di Kompleks Kuliah Berpusat, UMT - Universiti Malaysia Terengganu Ini merupakan kertas peperiksaan pertama buat anak-anak Asasi STEM - UMT Kohort 9. Semoga dipermudahkan urusan anak-anak PASTEM! 🤲♥️



Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+6096683454

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Asasi STEM - UMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Asasi STEM - UMT:

Shortcuts

Share