Persatuan Mahasiswa Sejarah & Tamadun Islam Unisza

Persatuan Mahasiswa Sejarah & Tamadun Islam Unisza Persatuan Mahasiswa Sejarah Dan Tamadun Islam merupakan Persatuan yang mewakili Pelajar Diploma Seja

06/10/2014

Turkish archaeologists say they have discovered dungeons that once held Vlad the Impaler, the real-life inspiration for Bram Stoker’s Dracula.

Ketika kita sedang hangat memperkatakan berkenaan Gaza jangan lupa juga dengan saudara kita di Syria. Gambar sebatang ja...
20/07/2014

Ketika kita sedang hangat memperkatakan berkenaan Gaza jangan lupa juga dengan saudara kita di Syria. Gambar sebatang jalan dengan deretan kedai di kota Aleppo, Syria di zaman Uthmaniyah di sebelah atas dan kini di sebelah bawah.



Sumber: Sejarah Islam - Dulu & Kini

Pray for MH17 and also continue pray for Palestin, they need it :') "Setiap perkara yg blaku pasti ada hikmahnya"
18/07/2014

Pray for MH17 and also continue pray for Palestin, they need it :')
"Setiap perkara yg blaku pasti ada hikmahnya"

Mayat Mustafa Kemal Artaturk yang tidak DITERIMA BUMIDi saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kep...
22/06/2014

Mayat Mustafa Kemal Artaturk yang tidak DITERIMA BUMI

Di saat kematiannya, Allah telah mendatangkan beberapa penyakit kepada dia sehingga dia rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
Sakit jantung.
Penyakit darah tinggi.
Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam.

Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak pendingin-pendingin air di dalam selimut untuk menyejukkan dia. Maha Suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, dia menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu.

Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar dia ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan dia akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi dia hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, dia pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu dia meninggal, tidak seorang pun yang memandikan, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan dia datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953. Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa p**a ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atatürk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atatürk.

Sesungguhnya pembubaran Sistem Khilafah Islamiah merupakan titik tolak dalam urutan strategi yang didokong oleh Atatürk demi untuk memisahkan agama Islam daripada sistem pemerintahan di Turki dan meminggirkan Islam daripada aspek kehidupan.

Atatürk melarang pakaian-pakaian Islam sebaliknya mewajibkan pemakaian fesyen-fesyen Barat. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah berjaya menghapuskan perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil-adha serta melarang orang Islam mengerjakan Ibadah Haji.

Beliau turut menutup beberapa buah masjid , umpamanya, mengubah Masjid Besar Aya Sofea menjadi sebuah gereja dan selepas itu mendirikan sebuah gedung. Dalam urusan munakahat, beliau melarang poligami dan membenarkan perkahwinan wanita Islam dengan bukan Islam. Beliau membatalkan cuti hari Jumaat, melarangkan azan dalam Bahasa Arab dengan menukarkannya kepada Bahasa Turki.

Disamping itu, belau turut menghapuskan penggunaan huruf-huruf Arab dalam penulisan dan menukarkannya kepada huruf Latin.

Tindakan yang dilakukan oleh Atatürk ini nyata sekali telah memisahkan budaya Turki daripada akar umbi agama Islam dan menghapuskan satu peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Turki iaitu agama Islam sebagai agama rasmi negara Turki. Atatürk berusaha dan bekerja keras untuk menghapuskan para penentangnya. Beliau membakar akhbar-akhbar, menangkap ketua-ketua pengarang akhbar dan juga mengawasi para ulama. Atatürk juga telah mengasaskan Parti rakyat Republikan pada tahun 1342H (1923M) dan menjadikan presidennya sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1357H (1938M).

1. Dasar-Dasar Sekular Semasa Pemerintahan
2. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
3. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
4. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
5. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden.”
6. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
7. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
8. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
9.Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
10.Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
11. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
12. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
13. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
14.Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
15. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
16.Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
17Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.
18.Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
20. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Arkip : Sejarah runtuh Khilafah Malaysia

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)Khalid bin Walid, adalah ...
02/05/2014

9 Jeneral Perang Terhebat Dalam Sejarah Islam

1. Khalid Bin WalidKhalid ibn al-Walid (584 - 642)

Khalid bin Walid, adalah seorang panglima perang pada masa pemerintahan Khulafa ArRasyidin yang termahsyur dan ditakuti di medan perang serta dikenali sebagai Saifullah Al-Maslul (pedang Allah yang terhunus). Dia adalah salah satu dari panglima-pangli­­ma perang penting yang tidak terkalahkan sepanjang hidupnya.

2. Muhammad Al-Fatih ( Mehmed II )

Sultan Mehmed II atau juga dikenal sebagai Muhammad Al-Fatih juga dikenali sebagai el-Fatih, "Sang Penakluk". Kejaya­­annya dalam menaklukkan Konstantinopel menyebabkan banyak kawan dan lawan kagum dengan kepimpinannya serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Ia merupakan anak didik Syekh Syamsuddin yang merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

3. Salahuddin Ayyubi ( Saladin ) Salahuddin Ayyubi atau Saladin atau Salah ad-Din (1138 - 4 Mac 1193)

beliau merupakan seorang jeneral dan pejuang muslim Kurdi dari Tikrit (daerah utara Iraq sekarang). Ia mendirikan Dinasti Ayyubiyyah di Mesir, Syria, sebahagian Yaman, Iraq, Mekah Hijaz dan Diyar Bakr. Salahuddin terkenal di dunia Islam dan Kristian kerana kepemimpinannya, kekuatan tentera, dan sifatnya yang gagah dan pengampun pada saat ia berperang melawan tentera salib. Sultan Salahuddin Al Ayyubi juga adalah seorang ulama. Ia memberikan catatan dan berbagai macam penjelasan dalam kitab hadith Abu Daud

4. Abu Ubaidah bin al-Jarrah.

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekah yang termasuk antara yang paling awal memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (Ethiopia) dan kemudian, beliau berhijrah ke Madinah. Ia mengikut setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad saw, beliau merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, beliau dilantik menjadi panglima perang memimpin pasukan Islam untuk berperang melawan kerajaan Rom. Beliau meninggal disebabkan oleh wabak penyakit.

5.Sa'ad bin Abi Waqqas.

Sa`ad bin Abī Waqqās merupakan salah seorang yang awal masuk Islam dan salah satu sahabat penting Muhammad. Kepahlawanan Sa'ad bin Abi Waqqas tertulis saat memimpin pasukan Islam melawan tentara Persia di Qadissyah. Peperangan ini merupakan salah satu peperangan terbesar umat Islam.

6. Tariq Bin Ziyad.

Tariq bin Ziyad, dikenali dalam sejarah Sepanyol sebagai legenda dengan sebutan Taric el Tuerto (Taric yang memiliki satu mata), merupakan seorang jeneral dari dinasti Umayyah yang memimpin penaklukan muslim atas wilayah Al-Andalus (Spanyol, Portugal, Andorra, Gibraltar dan sekitarnya) pada tahun 711 M

7. Syurahbil bin Hasanah (583-639)

merupakan sahabat Muhammad saw. Dia merupakan salah satu komander terbaik dalam pasukan Rasyidin, bertugas di bawah Khalifah Rasyidin Abu Bakar dan Umar bin Khattab. Dia merupakan salah satu komander lapangan utama selama penaklukan Muslim di Syria, bertugas sejak tahun 634 hingga kematiannya pada tahun 639 akibat wabak.

8. Abdullah bin Aamir.

Abdullah bin Aamir adalah gabenor Busrha (647–656) dan merupakan jeneral tentera yang sangat berjaya pada masa pemerintahan Khalifah Rasyidin Othman bin Affan. Dia terkenal atas kehebatannya dalam pengurusan ketenteraan.

9. Amru Bin Ash.

Pada awalnya beliau pernah mengambil bahagian dalam peperangan menentang Nabi Muhammad SAW dan kaum Muslim namun masuk Islam bersama Khalid bin Walid. Enam bulan setelah memeluk Islam, beliau bersama Rasulullah SAW menakluk Mekah dalam peristiwa Fathul Mekkah. Ia adalah panglima perang yang bijak dalam mengatur strategi perang.Beliau adalah panglima perang yang menaklukan Baitul Maqdis dan Mesir dari cengkaman Romawi. Ia kemudian dilantik sebagai gabenor Mesir oleh Umar bin Khattab, tetapi kemudian dipecat oleh Khalifah Usman bin Affan. Selepas itu, Muawiyah bin Abu Sufyan melantik kembali beliau menjadi gabenor Mesir. Panglima Amru mengerahkan tentera agar menjujung Al Quran dihujung tombak, ia menggunakan cara ini dalam pertempuran dengan Ali bin Abi Thalib agar Ali bin Abi Thalib menghentikan serangan.

02/05/2014

Jom rakan2 like page Sejarah Islam - Dulu & Kini..pelbagai lagi info yang menarik boleh kita dapatkan disini... ^____^

Dua orang tentera Uthmaniyah berdiri di kawasan yang di penuhi oleh kelongsong peluru meriam yang ditembak oleh pihak Br...
01/05/2014

Dua orang tentera Uthmaniyah berdiri di kawasan yang di penuhi oleh kelongsong peluru meriam yang ditembak oleh pihak Britain, Perancis, Australia dan New Zealand setelah pasukan berikat berundur dari Gallipoli.

Percaya atau tidak ini merupakan angkatan bomba Empayar Uthmaniyah...
01/05/2014

Percaya atau tidak ini merupakan angkatan bomba Empayar Uthmaniyah...

30/04/2014

A CONFERENCE LIKE NO OTHER!

Malaysia Conference 2014: The Festival of Knowledge

Dates: 17 & 18 May 2014 (Saturday & Sunday)
Location: Putrajaya International Convention Centre (PICC), Malaysia... See more
IlmFest Malaysia Conference 2014 | Official Trailer [HD]
A CONFERENCE LIKE NO OTHER!

Malaysia Conference 2014: The Festival of Knowledge

Dates: 17 & 18 May 2014 (Saturday & Sunday)
Location: Putrajaya International Convention Centre (PICC), Malaysia
Time: 9:00am - 10:00pm

CONFIRMED SPEAKERS:
Shaykh Muhammad Alshareef
Shaykh Dr. Waleed Basyouni
Shaykh Dr. Yasir Qadhi
Shaykh Abu Eesa Niamatullah
Shaykh Abdullah Hakim Quick
Shaykh Omar Suleiman
Shaykh AbdulBary Yahya
Shaykh Dr. Reda Bedeir
Shaykh Kamal El Mekki
Shaykh Mohammed Faqih
Shaykh Navaid Aziz
Shaykh Ahsan Hanif
Shaykh Saad Tasleem

HOSTED BY:
Boonaa Mohammed

MORE INFO & PURCHASE E-TICKET:
http://ilmfest.com/

Sebuah meriam berbilang laras yang berasal daripada Uthmaniyah. Meriam ini dibuat pada abad ke 16 dan sangat efektif di ...
30/04/2014

Sebuah meriam berbilang laras yang berasal daripada Uthmaniyah. Meriam ini dibuat pada abad ke 16 dan sangat efektif di dalam menyerang tentera infantri mahupun berkuda. Ia umpama "machine gun" di zaman itu.

Address

Kuala

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Mahasiswa Sejarah & Tamadun Islam Unisza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Persatuan Mahasiswa Sejarah & Tamadun Islam Unisza:

Share