Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah This is the official Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah page. Our website is at http://psnz.umt.edu.my

The history of University Malaysia Terengganu (UMT) library started with the establishment of UPM Fisheries and Maritime Science Centre (Pusat Perikanan dan Sains Samudera UPM) in May 1979. On 5th May 1999, UPM Terengganu (UPMT) ceased to exist and was replaced Kolej Universiti Terengganu (K*T). K*T attained its autonomy as a university college on 1st May 2001. K*T was officially renamed as Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) on 1st July 2001.

MAKLUMAN KEMATIAN MANTAN STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ)Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Kamarun bin Juso...
10/09/2026

MAKLUMAN KEMATIAN MANTAN STAF PERPUSTAKAAN SULTANAH NUR ZAHIRAH (PSNZ)

Dukacita dimaklumkan bahawa Encik Kamarun bin Jusoh, mantan staf Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), telah kembali ke Rahmatullah pada 10 September 2026 (Khamis), jam 8.30 pagi. Warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham atas pemergian insan yang disayangi. Marilah kita bersama-sama sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah buat Allahyarham. Semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas roh Allahyarham serta ditempatkan dalam kalangan para hamba-Nya yang beramal soleh.

Al-Fatihah.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

PROGRAM@PSNZ : MINI JUALAN & VENDOR MAKANANJom singgah dan meriahkan Mini Jualan & Vendor Makanan yang sedang berlangsun...
09/09/2026

PROGRAM@PSNZ : MINI JUALAN & VENDOR MAKANAN

Jom singgah dan meriahkan Mini Jualan & Vendor Makanan yang sedang berlangsung!

πŸ“… 9 – 10 September 2026
πŸ“ Laluan Ilmu, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ)

Pelbagai pilihan makanan yang menarik menanti anda! πŸ˜‹

Semua warga UMT dijemput hadir untuk menyokong para peniaga dan memeriahkan lagi suasana.

Jangan lupa singgah di Laluan Ilmu PSNZ!

UMT - Universiti Malaysia Terengganu



PROGRAM@PSNZ: 8 SEPTEMBER 2026 - LESTARI STAF BERSAMA BUKU Program Lestari Staf Bersama Buku telah diadakan secara hybri...
08/09/2026

PROGRAM@PSNZ: 8 SEPTEMBER 2026 - LESTARI STAF BERSAMA BUKU

Program Lestari Staf Bersama Buku telah diadakan secara hybrid dan dipengerusikan oleh Puan Harisom Anida Musa, Ketua Pustakawan, Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ).

Sesi ulasan buku telah disampaikan oleh Cik Alyana Nazirah binti Saiful Bahari, pelatih praktikal PSNZ, yang mengulas buku bertajuk "I Decided to Live As Me" karya Kim Suhyun, terjemahan oleh Aishah Omar.

Buku ini mengetengahkan tema motivasi dan inspirasi, dengan memberi penekanan kepada kepentingan untuk menjalani kehidupan sebagai diri sendiri tanpa terlalu memikirkan pandangan, persepsi dan penilaian orang lain. Perkongsian ini diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada warga PSNZ untuk lebih menghargai diri, membina keyakinan serta menjalani kehidupan dengan lebih positif dan bermakna.

Turut dikongsikan dalam sesi ini ialah beberapa makluman terkini berkaitan aktiviti dan program yang sedang berlangsung serta yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat, di samping perkongsian isu-isu semasa untuk perhatian dan makluman warga PSNZ.

Semoga segala ilmu, perkongsian dan pengisian yang disampaikan melalui Program Lestari Staf Bersama Buku dapat memberikan manfaat, inspirasi dan nilai tambah kepada seluruh warga PSNZ.

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

INFO@PSNZ : 4 SEPTEMBER 2026 - SELAMAT BERSARA EN. MUSTAFA RANI πŸ’πŸ’πŸ’Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih d...
04/09/2026

INFO@PSNZ : 4 SEPTEMBER 2026 - SELAMAT BERSARA EN. MUSTAFA RANI πŸ’πŸ’πŸ’

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diabadikan buat Encik Mustafa bin Rani, Pembantu Pustakawan (S2), atas segala jasa, bakti, komitmen dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang berkhidmat di Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ), Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Setiap usaha, pengalaman dan kebaikan yang dicurahkan menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kenangan warga PSNZ yang akan sentiasa dikenang.

Semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang penuh dengan ketenangan, kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan, serta memberi ruang untuk menikmati hari-hari mendatang bersama insan tersayang.

Selamat bersara, Encik Mustafa bin Rani.

Terima kasih atas segala jasa dan bakti yang tidak ternilai.
Jasamu dikenang, baktimu disanjung.

Ikhlas daripada,
Warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah
Universiti Malaysia Terengganu


INFO@PSNZ : πŸ“’ Terokai khazanah ilmu di hujung jari anda bersama PSNZ πŸ“šπŸ”ŽPerpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) menyedia...
03/09/2026

INFO@PSNZ : πŸ“’ Terokai khazanah ilmu di hujung jari anda bersama PSNZ πŸ“šπŸ”Ž

Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) menyediakan akses kepada sumber maklumat berkualiti bagi menyokong pembelajaran, penyelidikan dan inovasi anda.

πŸ”Ή Portal Pengurusan Strategik & Kelestarian Ilmu
Mengandungi sumber maklumat berkaitan SDG, aktiviti USR/Kolaborasi PSNZ serta aktiviti Telaah@UMT.

πŸ”Ή Pangkalan Data ProQuest ASFA
Akses kepada lebih 4 juta rekod abstrak dalam bidang sains marin, perikanan, akuakultur dan sains akuatik, termasuk lebih 3,000 penerbitan bersiri serta pelbagai bahan ilmiah.

πŸ’‘ Manfaatkan sumber ini untuk:
βœ… Menyokong penulisan dan penyelidikan
βœ… Mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini
βœ… Memperkaya rujukan akademik
βœ… Memperluas penerokaan ilmu berkaitan kelestarian dan sains akuatik

πŸ“² Akses sekarang dan mulakan penerokaan ilmu bersama PSNZ!

UMT - Universiti Malaysia Terengganu


Assalamualaikum WBT dan Salam SejahteraMerdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 buat seluruh r...
31/08/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69 buat seluruh rakyat Malaysia!

Bersempena dengan tarikh keramat 31 Ogos 2026 ini, marilah kita bersama-sama menyemarakkan lagi semangat patriotisme, mensyukuri nikmat kemerdekaan, dan terus memelihara perpaduan yang menjadi tunjang kekuatan negara kita. Semoga Malaysia terus maju, makmur, dan sejahtera di bawah payung keharmonian.

Ikhlas daripada,
Warga Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT

UMT - Universiti Malaysia Terengganu

INFO@PSNZ: 5 AUGUST 2026 - RECOMMENDED ARTICLE FOR READINGUMT - Universiti Malaysia Terengganu
27/08/2026

INFO@PSNZ: 5 AUGUST 2026 - RECOMMENDED ARTICLE FOR READING

UMT - Universiti Malaysia Terengganu


Address

Universiti Malaysia
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

6096684116

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah:

Shortcuts

Share