03/06/2026
PERHIMPUNAN BULANAN PELAJAR BIL. 2/2026
3 JUN 2026 | DEWAN SERBAGUNA
Perhimpunan Bulanan Pelajar Bil. 2/2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 3 Jun 2026 bertempat di Dewan Serbaguna ADTEC JTM Kampus Kuala Terengganu. Program kali ini dikendalikan oleh Bahagian Teknologi Binaan Paip dan Sanitari (TBPS).
Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan lafaz ikrar pelajar, diikuti ucapan alu-aluan oleh Ketua Bahagian TBPS. Seterusnya, para pelajar telah mengikuti sesi perkongsian maklumat yang disampaikan oleh En. Nik Mohd Syahiruddin, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Latihan (BKKL), yang memberikan penerangan berkaitan peperiksaan akhir serta perkara-perkara penting yang perlu diberi perhatian oleh pelajar.
Perhimpunan turut menyaksikan sesi penyampaian watikah pelantikan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tahun 2026 sebagai simbolik pelantikan rasmi barisan kepimpinan pelajar yang akan memainkan peranan penting dalam mewakili suara dan kebajikan pelajar di kampus.
Majlis diteruskan dengan amanat daripada Ts. Wan Ahmad Jailani Bin Wan Ngah, Pengarah ADTEC JTM Kampus Kuala Terengganu yang menyampaikan pesanan, nasihat dan kata-kata semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada minggu hadapan. Beliau turut mengingatkan pelajar agar membuat persediaan rapi, menjaga disiplin serta sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.
Perhimpunan berakhir pada jam 10.00 pagi dengan lancar dan penuh pengisian yang bermanfaat.
www.ilpkt.gov.myโ ๏ฟฝ
Adtec JTM Kampus Kuala Terengganu
"๐ฌ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐, ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ญ๐๐๐๐๐๐"
"๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ฒ๐๐๐๐๐๐๐๐,
๐ด๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐ ๐ฏ๐๐
๐๐๐๐"
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ฆ๐๐๐ง๐๐ง๐ข๐๐ข๐๐๐๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐ง๐ฒ๐ #๐๐๐๐
#๐ง๐ฉ๐๐ง #๐ง๐ฉ๐๐ง๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ
#๐๐ง๐ #๐๐๐๐ง๐ #๐๐ฆ๐
#๐๐๐ฃ #๐๐๐ง๐๐ #๐๐ ๐ง๐
#๐น๐ถ๐ณ๐ฒ๐น๐ผ๐ป๐ด๐น๐ฒ๐ฎ๐ฟ๐ป๐ถ๐ป๐ด
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ ๐ฎ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ฎ๐ฎ.๐ฌ
#๐ฆ๐ธ๐ถ๐น๐น๐๐ฐ๐๐น๐น