25/05/2026
Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
YBhg. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan,
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PENERIMA GERAN KTAGS TAHUN 2026
Pusat Pemindahan Ilmu, Jaringan Industri dan Masyarakat (PPIJIM) merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para penyelidik yang berjaya menerima dana di bawah Knowledge and Technology Assimilation Grant Scheme (KTAGS) Tahun 2026.
Semoga geran yang diperoleh ini menjadi pemangkin kepada usaha pemindahan ilmu dan teknologi yang memberi manfaat kepada komuniti serta industri sasaran. Diharapkan juga pelaksanaan projek yang dirancang akan berjalan lancar dan berjaya menghasilkan impak yang signifikan selaras dengan aspirasi inovasi sosial dan pembangunan mampan.
Sekalung penghargaan dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua penerima dana KTAGS Tahun 2026.
Sekian, terima kasih.