Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam

Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam Diploma
Bachelor
Master's
Ph.D

Centre for Education, Dakwah and Islamic Civilization, Faculty of Contemporary Islamic Studies, University of Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Fadzli bin Adam atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Sult...
01/03/2022

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Dr. Fadzli bin Adam atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang ke-5 berkuat kuasa 1 Mac 2022.

02/02/2022

Kita sibuk mengukur

-Dosa orang lain
-Nikmat orang lain

Kita adalah manusia tidak bersyukur.

31/01/2022

Majlis Idul Ilmi Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin Ke-12 telah melabuhkan tirai pada Khamis lalu, 27 Januari 2022.

Jutaan terima kasih buat semua para petugas yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan majlis yang penuh bermakna ini.

Berkat komitmen dan kesungguhan semua para petugas, majlis ini telah berjalan dengan lancar bagi meraikan semua graduan serta ibu bapa yang hadir.

Tahniah semua graduan! Semoga maju jaya.

31/01/2022

إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Hadith ini sangat masyhur kerana ia selalu mengawali kitab hadith tertentu dan dipelajari seawal peringkat tadika lagi.

Hadith ini adalah antara hadith yang diriwayatkan Sayyidina 'Umar al Khattab. Menerusi hadith ini, ada poin yang boleh diambil

1. Niat menentukan ganjaran di sisi Allah SWT.
2. Niat merupakan asas dalam setiap perbuatan.

Justeru, renungkan,

apa NIAT kita
-Berkongsi sesuatu di media sosial -baik makanan, jalan-jalan, cerita diri sendiri dan apa sahaja. Apa niat kita?
-Mengucapkan sesuatu. Baik dalam bentuk teguran, pujian dan lain-lain. Apa niat kita?
-Melakukan sesuatu. Perbuatan baik, buruk dan lain-lain. Apa niat kita?

Kesimpulannya, sebelum buat sesuatu, fikir semula, APA NIAT KITA?

Niat kita berada di dada kita, hanya kita dan Allah SWT mengetahuinya.

30/01/2022

Selamat menduduki peperiksaan akhir kepada mahasiswa UniSZA. Semoga beroleh kejayaan dan mendapat keputusan yang cemerlang.


30/01/2022

Antara Penasihat dan PUNAHsihat

Kita sering menjadi tempat untuk bertanya, mendapatkan pandangan dan lain-lain.

Ada dua prinsip dalam memberikan nasihat menurut al Quran

1. Kebenaran
2. Kesabaran

Jika kita tidak mampu menjadi penasihat, cukuplah sekadar menjadi pendengar sahaja.

30/01/2022

Jadilah seperti seperti sebuah pohon, dibaling dengan batu, tetapi dibalas dengan buah.

30/01/2022

Prinsip Kehidupan adalah persoalan bagaimana sudut pandang kita terhadap sesuatu perkara.

Hidup dengan prinsip tidak bermakna kita tidak berubah atau kekal dengan satu sudut pandangan.

Prinsip adalah kita menaakulkan dan menilai sesuatu berasaskan kebenaran.

Kebenaran tidak datang dari logik akal, tetapi datang sumbernya.

Justeru, prinsip kehidupan adalah tepat apabila datang dari sumber yang benar. Oleh itu, prinsip manusia boleh berubah, dan kebenaran tetap kekal menjadi benar.

31/12/2021

2021, bakal berlalu pergi.
Sebuah perjalanan yang mencabar serta penuh dengan kenangan, kejayaan dan pengajaran.

2022, kedatanganmu dinanti.
Sebuah perjalanan baharu yang bakal ditempuh bersama.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2022.

Semoga tahun baharu ini bakal memberikan lebih banyak kejayaan dan kegemilangan khususnya buat UniSZA.

Ikhlas daripada :
Naib Canselor, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh warga UniSZA

22/01/2021

Panggilan Kertas Kerja untuk diterbitkan tahun 2021

Tuan, puan dan para pensyarah yang dihormati,

TIJIEBE Journal (www.tijarijournal.com) mencari artikel untuk diterbitkan pada tahun ini. Jika ada artikel yang pernah dibentang di mana-mana seminar yang belum diterbitkan, boleh di hantar ke email [email protected] untuk diterbitkan. Jurnal TIJIEBE merupakan jurnal berwasit dan berindeks. TIJIEBE menerima artikel yang ditulis dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Proses penerbitan artikel biasanya dalam tempoh 2-4 minggu. Penerbitan Volume 1 issue 1 ini adalah PERCUMA (terhad kepada 10 artikel terpilih sahaja). Semua artikel yang diterbitkan dalam www.tijarijournal.com boleh dijadikan sebagai syarat penerbitan LNPT dan syarat penerbitan bergraduasi.

Terima kasih.

Sebarang pertanyaan atau penghantaran boleh berhubung di:

🖥 EMAIL: [email protected]
📲 Hashim Ahmad Shiyuti (FPP, UniSZA): 019-239 1201

tijarijournal

Tahniah Dr. Noorsafuan Che Noh
26/07/2020

Tahniah Dr. Noorsafuan Che Noh

Address

UniSZA Kampus Gong Badak
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pusat Pengajian Pendidikan, Dakwah & Peradaban Islam:

Share