09/09/2026
27 Ogos 2026
Program Mobiliti Inbound Pelajar Chattogram Veterinary And Animal Sciences University (CVASU) ke UMT bermula pada 26 Ogos sehingga 24 September 2026.
Pada 27 Ogos 2026, telah diadakan Opening Ceremony bagi meraikan pelajar-pelajar tersebut seramai 56 orang yang terdiri daripada 22 pelajar lelaki dan 34 pelajar perempuan dan turut disertai oleh seorang pensyarah pengiring, Prof. Ayesha Begum.
Majlis ini turut dihadiri oleh Dekan FSMA dan Pengarah Pusat Antarabangsa UMT selaku tetamu kehormat majlis.
Program Mobiliti Inbound pelajar CVASU ini merupakan salah satu daripada program bersama rakan MoU UMT yang diadakan secara tahunan bagi memperkukuhkan jaringan kerjasama antarabangsa antara UMT dengan CVASU, Bangladesh.