08/05/2026
POLISAS-NMTAFE Transformation & Expertise Sharing Programme 🌏✨
📍 Malaysia Hall, Perth Australia
📅 3 May 2026 (9.30am - 12.15pm)
Telah berlangsung sesi forum Antarabangsa bertemakan:
"Tracing and Preserving Malaysian Architectural Heritage Community Knowledge Sharing Forum"
Forum ini menjadi platform perkongsian ilmu dan kepakaran berkaitan warisan seni bina Malaysia, di samping memperkukuh jaringan akademik serta kolaborasi antarabangsa.
Antara sesi forum yang telah berlangsung:
Forum 1 : Three Souls, One Identity – The Story of Malaysian Architecture
Speaker : Ar. Amalina Lily Khoo Binti Abdullah (Amalina Khoo Architect)
Input forum: Perkongsian ilmu oleh Ar. Amalina Lily Khoo Binti Abdullah menerusi forum bertajuk “Three Souls, One Identity: The Story of Malaysian Architecture” yang mengetengahkan keunikan seni bina Malaysia hasil gabungan pengaruh budaya Melayu, Cina dan India. Pembentangan ini memberi pendedahan tentang evolusi seni bina Malaysia daripada warisan tradisional hingga pengaruh kolonial serta kepelbagaian identiti budaya yang membentuk landskap seni bina negara hari ini.
Forum 2 : Integrating Building Information Modeling (BIM) and Terrestrial Laser Scanning (TLS) on the ArchBIM Web Platform for Heritage Buildings in Kuantan, Pahang, Malaysia.
Speakers : Ts. Dr. Julia Binti Md. Tukiran (POLISAS) & Ts. Rosmiza Binti Wira (POLISAS)
Input forum: Projek kajian TVET Applied Research Grant Scheme (TARGS 2025) POLISAS berjaya menghasilkan platform digital ArcHBIM yang mengintegrasikan teknologi Building Information Modeling (BIM) dan Terrestrial Laser Scanning (TLS) bagi tujuan dokumentasi serta pemeliharaan bangunan warisan di Kuantan, Pahang. Kajian ini menggunakan Muzium Sungai Lembing sebagai kajian kes utama dan berjaya membangunkan model HBIM berketepatan tinggi, platform web interaktif warisan digital, serta pengintegrasian data sejarah dan dokumentasi bangunan secara lebih sistematik dan mudah diakses. Projek ini turut menyumbang kepada pengukuhan penyelidikan TVET, kolaborasi industri-akademik, serta pembangunan kepakaran digital warisan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Program ini bukan sahaja membuka ruang pertukaran idea dan pengalaman, malah turut mengetengahkan usaha pemeliharaan warisan seni bina Malaysia melalui pendekatan teknologi dan inovasi semasa.
Tahniah dan syabas kepada seluruh delegasi serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini 👏✨
Ikhlas daripada
Jabatan Kejuruteraan Awam