11/11/2025
Majlis Amanat YH. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin sempena Pelepasan Pelajar Jabatan Dakwah dan Usuluddin ke Program 'Global Dakwah Student Voyage' Di Malang, Indonesia
Majlis perjumpaan penuh bermakna telah diadakan pada 11 November 2025 antara kepimpinan tertinggi UnIPSAS yang diketuai oleh YH. Prof. Dato’ Dr. Hj. Mohd Zawavi Bin Zainal Abidin Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor (Akademik), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Pendaftar UnIPSAS bersama peserta Program 'Global Dakwah Student Voyage' sebagai simbolik pelepasan Kumpulan Dakwah Santun UnIPSAS ke Universitas Islam Negeri (UIN) Malang, Indonesia yang akan berlepas ke Malang, Indonesia pada jam 11 malam ini.
Majlis turut dihadiri oleh Puan Juwairiah Hassan (Ketua Jabatan Dakwah dan Usuluddin), Ustaz Mohd Hasmimie bin Yusof (Ketua Program Ijazah Sarjana Muda Dakwah Islamiah) serta Ustaz Ibrahim Khalis (Pengiring Mahasiswa)
YH Prof Dato’ Naib Canselor menekankan kepentingan menjaga penampilan, akhlak, kematangan dan iman, serta menyeru agar setiap peserta menjadi duta UnIPSAS yang berhemah dan berilmu dalam amanat beliau.
Beliau turut mengingatkan supaya peserta melakukan pemeriksaan akhir sebelum berangkat dan menyampaikan salam kepada para pensyarah Universiti Malang.
Program yang berlangsung dari 11 hingga 15 November 2025 di Universitas Malang, Indonesia, merupakan inisiatif Jabatan Dakwah dan Usuluddin dengan objektif untuk mengukuhkan jaringan akademik dan dakwah serantau antara Malaysia dan Indonesia dan memperkasa kemahiran komunikasi dan kepimpinan mahasiswa serta membuka ruang pertukaran budaya dan pengalaman dalam kalangan mahasiswa Islam Nusantara.
Majlis pelepasan ini diakhiri dengan doa yang dibacakan sendiri oleh YH Prof Dato NC dengan harapan agar seluruh peserta diberikan kelancaran, keselamatan dan kejayaan dalam misi dakwah yang membawa nama UnIPSAS ke peringkat antarabangsa. Jabatan Dakwah dan Usuluddin mengucapkan sekalung penghargaan buat YH Prof Dato' atas kesudian hadir ke majlis ini.
Sekian, Terima kasih
DAKWAH MEMPERKASA KHOIRU UMMAH
JABATAN DAKWAH DAN USULUDDIN
FAKULTI DAKWAH, PENDIDIKAN DAN PERADABAN ISLAM,
UNIVERSITI ISLAM PAHANG SULTAN AHMAD SHAH