12/06/2026
๐ฃ๐๐๐๐๐๐ก ๐ฌ๐๐ก๐ ๐ง๐๐ฃ๐๐ง, ๐๐๐ฆ๐๐ ๐ฌ๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ง: ๐๐๐ฆ๐๐ ๐๐๐ฃ๐ ๐ฐ.๐ฌ๐ฌ ๐ก๐จ๐ฅ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐ฆ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐๐
Mendapat keputusan CGPA 4.00 bukanlah sesuatu yang berlaku secara kebetulan. Di sebalik kejayaan yang dikecapi oleh Nur Adlina Syahirah, pelajar Semester 6 Diploma in Human Resource Management, tersimpan kisah tentang impian, usaha dan keyakinan dalam membuat pilihan yang tepat.
Selepas menamatkan persekolahan di SMK Syed Mashor, Selangor, Adlina menerima dua tawaran pengajian iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Awam dan Diploma in Human Resource Management di KPTM Kuantan. Setelah mempertimbangkan pelbagai faktor, beliau memilih KPTM Kuantan kerana peluang mendapatkan bantuan MARA serta tempoh pengajian yang lebih singkat, membolehkannya melangkah lebih awal ke alam kerjaya.
Minatnya terhadap bidang Sumber Manusia bukanlah sesuatu yang baru. Sejak di bangku sekolah lagi, beliau sudah mula mengenali bidang tersebut dan lebih tertarik untuk mendalaminya kerana mendapat inspirasi daripada ayahnya yang berkhidmat sebagai Head of Department Human Resource. Impiannya jelas โ suatu hari nanti beliau mahu berjaya dalam bidang HR seperti insan yang paling dikaguminya.
Sepanjang pengajian di KPTM Kuantan, Adlina menyifatkan pengalaman pembelajaran yang diterimanya sangat membantu dalam mencapai kecemerlangan akademik. Pensyarah yang sporting dan sentiasa memberi sokongan, kaedah pengajaran yang mudah difahami, fasiliti pembelajaran yang moden serta pelbagai program pembangunan diri yang dianjurkan telah menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan dan berkesan. Tambahan p**a, kemudahan bantuan kewangan dan elaun yang diterima membantu pelajar memberi fokus sepenuhnya kepada pengajian.
Bagi Adlina, kejayaan hari ini bermula daripada sebuah impian. Beliau berpegang teguh kepada kata-kata penulis terkenal, Teme Abdullah:
"Semua kejayaan bermula dari angan-angan."
Kata-kata tersebut sentiasa ditulis pada sekeping kertas kecil dan disimpan di dalam dompetnya sebagai sumber motivasi untuk terus berusaha walau berdepan pelbagai cabaran.
Kejayaan Nur Adlina Syahirah membuktikan bahawa dengan minat, usaha yang konsisten dan persekitaran pembelajaran yang menyokong, setiap pelajar mampu mencapai kecemerlangan. KPTM Kuantan bukan sahaja menyediakan pendidikan berkualiti, malah membuka ruang kepada pelajar untuk membina masa depan yang lebih cerah melalui bantuan pendidikan, pensyarah berpengalaman dan peluang pembangunan diri yang menyeluruh.
Tahniah Nur Adlina Syahirah atas pencapaian CGPA 4.00! Semoga terus melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada generasi pelajar KPTM yang akan datang.
KENALI KAMI DENGAN LEBIH DEKAT
https://linktr.ee/kptmkuantanofficial
๐ Pn. Dila: 019-9567467
๐ Cik Ain: 019-9147467