Fakulti Sains Al-Quran UCYP University

Fakulti Sains Al-Quran UCYP University Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Fakulti Sains Al-Quran UCYP University, College & University, UCYP University, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Anak Air, Kuantan.

Menaungi Pengajian Pengurusan Islam yang mempunyai 4 program pengajian iaitu Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran, Diploma Pengurusan Institusi Islam, Diploma Kewangan Islam dan Ijazah Pengurusan Halal Industri.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dengan Perniagaan Halal (BIM) Fa...
10/06/2026

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi para pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dengan Perniagaan Halal (BIM) Fakulti Sains Al-Quran UCYP University telah selesai membentangkan laporan akhir latihan industri kepada para pensyarah yang dilantik sebagai penyelia. Lebih mengujakan, apabila ada sebahagian diberikan tawaran untuk diserap terus oleh pihak syarikat.

Pihak fakulti mengucapkan selamat maju jaya buat pelajar dan teruskan usaha menabur bakti kepada masyarakat.

Alhamdulillah, selesai sesi lawatan penilaian latihan industri bagi pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusa...
10/06/2026

Alhamdulillah, selesai sesi lawatan penilaian latihan industri bagi pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Islam dengan Perniagaan Halal (BIM) Fakulti Sains al-Quran UCYP University di Institut Ilmu Darul Makmur, Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang(MUIP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Roslan Bin Abdul Kadir - Bahagian Pengajian Turath, IIDM, MUIP (Diserap terus sebagai felo dakwah)

Nurul Nabilah Zaid - Bahagian Pengurusan Halal dan Pematuhan, JHEAT

Selamat maju jaya pihak fakulti ucapkan.

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada para pelajar semester 1 baharu ke Fakulti Sains Al-Quran UCYP University yang t...
10/06/2026

Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum kepada para pelajar semester 1 baharu ke Fakulti Sains Al-Quran UCYP University yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengajian Tahfiz al-Quran (DTS), Diploma Pengurusan Institusi Islam (DMI), Diploma Kewangan Islam (DFI) dan Pensijilan Tahfiz Al-Quran. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati setiap langkah disini. Amin.

Alhamdulillah, pensyarah Fakulti Sains Al-Quran UCYP turut menyertai latihan penulisan akademik yang telah dikendalikan ...
08/06/2026

Alhamdulillah, pensyarah Fakulti Sains Al-Quran UCYP turut menyertai latihan penulisan akademik yang telah dikendalikan oleh Prof.Madya Dr.Mohd Pirdaus Mat Husain, Dekan Fakulti Teknologi, Reka Bentuk dan Pengurusan UCYP University.

08/06/2026

Alhamdulillah, ikuti perkongsian daripada Cik Siti Aisyah Ramli Ketua Jabatan, Fakulti Sains al-Quran UCYP University dalam segmen Hikmah Ilmu dan Iman yang diterbitkan oleh Media Rasmi UCYP University.

Sama-sama kita dan mengambil ibrah daripada perkongsian ini.

Alhamdulillah, satu sesi bersama mentor-mentee bersama pelajar diploma baharu, Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran,   Faku...
04/06/2026

Alhamdulillah, satu sesi bersama mentor-mentee bersama pelajar diploma baharu, Diploma Pengajian Tahfiz Al-Quran, Fakulti Sains Al-Quran UCYP University.

Sesi mentor-mentee ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baharu subjek yang akan dipelajari, penekanan kepada adab bersama guru, murid dan rakan-rakan jua.

Sesi bersama mentor-mentee ini dikendalikan oleh Ustazah Nur Aina Afifah Basri, Ketua Program Diploma Pengajian Al-Quran dan Cik Aisyah Ramli, Ketua Jabatan Fakulti Sains Al-Quran.

Pihak fakulti mengucapkan selamat datang kepada pelajar baharu. Semoga terus berjaya melakar kejayaan yang diberkati Allah SWT.

Alhamdulilah, sesi penaziran (4.06.2026) dari pihak Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk penilaian...
04/06/2026

Alhamdulilah, sesi penaziran (4.06.2026) dari pihak Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk penilaian program pensijilan Tahfiz di bawah Fakulti Sains Al-Quran UCYP University. Ini untuk memastikan kurikulum yang dilaksanakan selaras dengan kualiti yang ditetapkan oleh Darul Quran.

Sesi penaziran ini telah diselia oleh:

Ustaz Nur Muhammad Anas Mohd Razak
Ustaz Fathin Nadhirah Saadon.

Pihak fakulti diwakili oleh:

Dr.Mohd Saleh Ramli
Dekan

Ustaz Muhammad Aliff Muqri Kamal
Koordinator Pensijilan Tahfiz

Ustazah Nur Aina Afifah Basri
Ketua Program Diploma Pengajian Tahfiz
Al- Quran.

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Muhammad Arif Fadilah Ishak p...
04/06/2026

Pihak Fakulti Sains Al-Quran UCYP University mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada En.Muhammad Arif Fadilah Ishak pensyarah Kewangan Islam atas penerbitan berimpak tinggi.

Pihak fakulti mendoakan semoga lebih banyak lagi kejayaan akan dilakar oleh semua warga fakulti.

Hari Hol Pahang22 Mei 2026 Sempena memperingati kemangkatan KDYMM Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ib...
22/05/2026

Hari Hol Pahang
22 Mei 2026

Sempena memperingati kemangkatan KDYMM Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'azam Shah

"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Baginda Sultan".

Amin ya rabbal a'lamin.

Address

UCYP University, Kompleks Yayasan Pahang, Jalan Tanjung Lumpur, Kampung Anak Air
Kuantan
26060

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60105275295

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Fakulti Sains Al-Quran UCYP University posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Fakulti Sains Al-Quran UCYP University:

Share