Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM

Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM Follow this page for useful information about student's development and welfare in Health Campus USM.

PERMOHONAN ANUGERAH SUKAN USM KE - 45Tarikh permohonan : 22 April 2026 - 22 Mei 2026Cara permohonan : Calon boleh mendap...
23/04/2026

PERMOHONAN ANUGERAH SUKAN USM KE - 45

Tarikh permohonan : 22 April 2026 - 22 Mei 2026
Cara permohonan : Calon boleh mendapatkan borang permohonan melalui link yang di sertakan.
https://pusatsukan.usm.my/program-khas/anugerah-sukan
Pegawai untuk dihubungi : Encik Syed Mohd Fairuz Syed Omar Nasiry (ext : 2306)
Encik Mohd Rodzuan Yahaya (ext:4522)
Encik Dzuribastian Azmi (ext : 1334 - Kampus Kesihatan)
Encik Mohd Azmi (ext : 1336 - Kampus Kesihatan)
*Pencapaian di dalam sukan dari 23 Mei 2025 sehingga 22 Mei 2026
*Salinan Borang permohonan hendaklah di hantar ke Pejabat Pusat Sukan dan Rekreasi USM di Kompleks Sukan 2 USMKK

USM Kubang Kerian, 23 April 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan terus komi...
23/04/2026

USM Kubang Kerian, 23 April 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan terus komited dalam memupuk gaya hidup sihat melalui penganjuran Program Aerobik mingguan.

Program ini bukan sahaja tertumpu kepada pembinaan stamina dan ketahanan badan semata-mata, malah ia menjadi medium terapi psikologi yang sangat berkesan untuk mengurangkan tekanan stres serta menstabilkan emosi dalam kalangan warga staf BHEPA.

Teks/Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA

HEBAHAN : PERMOHONAN SEKRETARIAT PEMBIMBING PROGRAM SISWA LESTARI (PPSL) SIDANG AKADEMIK 2026/2027Assalamualaikum dan Sa...
20/04/2026

HEBAHAN : PERMOHONAN SEKRETARIAT PEMBIMBING PROGRAM SISWA LESTARI (PPSL) SIDANG AKADEMIK 2026/2027

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Permohonan sebagai Sekretariat Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) di semua kampus utama bagi kemasukan pelajar baharu Sidang Akademik 2026/2027 kini dibuka kepada semua pelajar USM yang berkelayakan.

Tempoh Permohonan :
20 April 2026 sehingga 30 April 2026

Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut :-

1. Mahasiswa/i USM sepenuh masa yang sedang mengikuti Ijazah Pertama, Sarjana dan Doktor Falsafah.
2. Memperolehi Keputusan sekurang-kurangnya PNGK 2.50.
3. Berpengetahuan luas tentang USM.
4. Bersedia untuk pulang ke kampus USM sekiranya dipilih dan diperlukan.

Bagi yang berminat, sila buat imbasan Kod QR di poster atau mengisi pautan dibawah.

PERMOHONAN MELALUI DALAM TALIAN

https://bit.ly/PPSL2627USM

https://selection360.durianbytes.com/index.php/auth/login

Selamat Maju Jaya!

“Bersedia untuk tidak bersedia”

 SUKARELAWAN USM PRIHATIN SANTUNI KOMUNITI MELALUI PROGRAM FREE MARKET & HEALTHCARE DAY 2026RANTAU PANJANG, 4 April 2026...
11/04/2026



SUKARELAWAN USM PRIHATIN SANTUNI KOMUNITI MELALUI PROGRAM FREE MARKET & HEALTHCARE DAY 2026

RANTAU PANJANG, 4 April 2026 – Program Free Market & Healthcare Day 2026 telah berjaya dianjurkan di Masjid Jubli Perak Sultan Ismail bermula jam 8.00 pagi hingga 3.30 petang. Program ini merupakan hasil kerjasama antara Sekretariat Sukarelawan Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan bersama Klinik Kesihatan Rantau Panjang dan Klinik Audiologi Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dalam usaha membantu masyarakat setempat melalui pendekatan kebajikan dan kesihatan.

Program ini memberi tumpuan kepada pengagihan barangan terpakai secara percuma seperti pakaian, kasut serta barangan keperluan lain kepada golongan yang memerlukan. Kesemua barangan tersebut merupakan sumbangan daripada warga Kampus Kesihatan yang terdiri daripada staf dan pelajar. Setiap sumbangan telah melalui proses saringan bagi memastikan kualiti sebelum diagihkan kepada penerima.

Selain itu, bantuan barangan keperluan turut diagihkan kepada 30 keluarga asnaf terpilih bagi membantu meringankan beban kos sara hidup mereka. Sumbangan ini merangkumi barangan keperluan asas harian. Program ini juga berperanan dalam memupuk nilai murni dalam kalangan pelajar seperti semangat memberi, berkongsi serta meningkatkan keprihatinan terhadap masyarakat. Interaksi antara sukarelawan dan penduduk setempat turut mewujudkan suasana harmoni serta hubungan yang lebih erat.

Dalam aspek kesihatan, pihak Klinik Kesihatan Rantau Panjang telah menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma kepada orang ramai. Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk pemeriksaan paras gula dalam darah, tekanan darah, sesi rundingan kesihatan serta kaunseling pemakanan. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penjagaan kesihatan dan menggalakkan amalan gaya hidup sihat.

Selaras dengan penerapan atribut HEBAT dalam pembangunan mahasiswa, program ini memberi peluang kepada para sukarelawan untuk mengaplikasikan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan pemikiran kritis dalam situasi sebenar. Mereka juga berpeluang merancang serta melaksanakan strategi bagi memastikan kelancaran program sepanjang berlangsung.

Program ini juga secara tidak langsung menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) seperti SDG 1 (Tiada Kemiskinan) dan SDG 2 (Sifar Kelaparan) menerusi pengagihan barangan keperluan kepada golongan asnaf, serta SDG 12 (Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab) melalui amalan kitar semula barangan terpakai. Pendekatan ini memperlihatkan komitmen USM dalam mengintegrasikan nilai kelestarian dalam setiap inisiatif kesukarelawanan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam membantu komuniti setempat di samping melahirkan mahasiswa yang holistik, berdaya saing dan berjiwa masyarakat. Inisiatif sebegini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan bersama.

Teks : Nuramirah binti Talib
Foto : AJK Multimedia
Suntingan : Unit Media & Penerbitan BHEPA

 DARI LATIHAN KE PODIUM: CHING HONG XUAN BERJAYA MERANGKUL PINGAT GANGSAKAJANG, 1–5 April 2026 – Kejohanan Memanah Keban...
11/04/2026



DARI LATIHAN KE PODIUM: CHING HONG XUAN BERJAYA MERANGKUL PINGAT GANGSA

KAJANG, 1–5 April 2026 – Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 1/2026 telah berlangsung di Stadium INSPEN, Kajang. Kejohanan anjuran Persatuan Memanah Putrajaya (PMP) dengan sokongan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) ini mempertandingkan kategori individu dan berpasukan bagi disiplin recurve, compound dan barebow.

Pada edisi kali ini, saudari Ching Hong Xuan, pelajar tahun 3 dari Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM), yang mewakili pasukan Kelantan berjaya meraih Pingat Gangsa dalam acara Barebow berpasukan campuran. Beliau bergandingan bersama Cikgu Norhisyam, antara ikon Barebow Malaysia ketika ini. Dalam acara individu, beliau turut mencatat pencapaian membanggakan dengan menduduki tempat ke-12 keseluruhan.

Genap setahun penglibatan beliau dalam acara barebow, usaha berterusan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.

Selain itu, dua lagi pelajar USM, saudari Nur Alia Balqis binti Musni dan saudari Nur Syahmi binti Khairul Farez, kedua-duanya pelajar tahun 2 dari PPSP, turut menyertai kejohanan ini. Dalam acara individu, Nur Alia Balqis menamatkan saingan di tempat ke-25, manakala Nur Syahmi di kedudukan ke-21 keseluruhan kebangsaan.

Pencapaian ini mencerminkan atribut HEBAT USM dalam melahirkan graduan seimbang yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik, malah aktif dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum. Nilai disiplin, ketekunan serta semangat juang yang dipamerkan oleh para atlet pelajar ini menjadi bukti keupayaan produk USM untuk terus mengharumkan nama universiti di persada kebangsaan.

Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 2 dijadualkan berlangsung pada bulan Jun ini di Kajang, Selangor.

Foto/Teks: Wan Mohd Faizal Wan Azman
Suntingan teks: Unit Media & Penerbitan BHEPA

PROGRAM BRISKWALK & PLOGGING USM Kubang Kerian, 9 April 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) K...
09/04/2026

PROGRAM BRISKWALK & PLOGGING

USM Kubang Kerian, 9 April 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan USM tampil dengan inisiatif lestari melalui penganjuran program kutipan sampah sambil berjalan pantas (Briskwalk & Plogging) dengan penglibatan bermakna antara warga staf BHEPA Kampus Kesihatan bagi memupuk budaya gaya hidup sihat di samping menjaga kebersihan persekitaran universiti.

Program dimulakan dengan taklimat ringkas dan agihan peralatan plogging oleh Penolong Pendaftar Kanan, Yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan BHEPA Kampus Kesihatan, Encik Khairul Ithma Bin Mahdi. Program kemudiannya disusuli oleh Encik Mohd Azmi Bin Abdullah, Penolong Pegawai Belia & Sukan Kanan, yang bertindak mengetuai program ini di sekitar kampus.

Melalui inisiatif ini, warga staf BHEPA bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan dari segi jasmani melalui Briskwalk, malah turut menyumbang kepada kebersihan kampus apabila sebanyak 9kg sampah telah berjaya dikumpul melalui aktiviti plogging ini.


 Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari www.yayasantar.org.my. Tempoh permohonan biasiswa sudah pun dilanjutk...
08/04/2026



Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari www.yayasantar.org.my.

Tempoh permohonan biasiswa sudah pun dilanjutkan dan kini akan ditutup pada 20 April 2026, pukul 2 petang seperti tertera dalam poster yang dikepilkan bersama.

USM Kubang Kerian, 2 April 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan mengadakan Ma...
02/04/2026

USM Kubang Kerian, 2 April 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan mengadakan Majlis Bacaan Yasin bertempat di Bilik Mesyuarat BHEPA. Majlis dipimpin oleh Penolong Pendaftar Kanan yang Menjalankan Tugas Ketua Jabatan, Encik Khairul Ithma Bin Mahdi, yang bersama-sama memimpin bacaan Surah Yasin dan doa selamat.

Ini bertujuan untuk memperkukuh nilai-nilai keagamaan, kesejahteraan mental serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga staf Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan.

Majlis ini secara langsung menyokong SDG 3: Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (Good Health and Well-being) yang menjadi teras utama di Universiti Sains Malaysia (USM). USM menekankan kelestarian yang bukan sahaja melibatkan alam sekitar, malah merangkumi kesejahteraan insan secara holistik dan spiritual dalam kalangan warga staf, sekali gus mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni dan seimbang.

Majlis diakhiri dengan sesi ramah mesra antara warga staf yang hadir.

Teks/Foto: Unit Media & Penerbitan BHEPA

 Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2026 di www.yayasantar.org.my . Permohonan akan ditutup pada 8 Ap...
17/03/2026



Mohon sekarang untuk menjadi Tunku Scholar bagi tahun 2026 di www.yayasantar.org.my .

Permohonan akan ditutup pada 8 April 2026 pada jam 2 petang.

  ZIARAH KEBAJIKAN: BHEPA MENYANTUNI PELAJAR USM TERKESAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAHRANTAU PANJANG, 7 Mac 2026 – Bahagian Ha...
08/03/2026




ZIARAH KEBAJIKAN: BHEPA MENYANTUNI PELAJAR USM TERKESAN AKIBAT KEBAKARAN RUMAH

RANTAU PANJANG, 7 Mac 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan telah mengadakan ziarah kebajikan bagi menyantuni seorang pelajar yang terkesan akibat kejadian kebakaran rumah keluarganya di Yala, Thailand pada 12 Februari 2026 yang lalu.

Saudara Muhammad Fikri Zuhairi merupakan pelajar Tahun 2, Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan di Universiti Sains Malaysia Kampus Induk menerima kunjungan daripada delegasi BHEPA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Psikologi, Encik Mohd Norzulhairie Othman. Turut hadir dalam ziarah tersebut ialah Pegawai Kebajikan BHEPA, Cik Nik Nurul Insyirah Muhamed, wakil daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kesihatan serta wakil Persatuan Himpunan Anak-Anak Kelantan Universiti Sains Malaysia (HAAK USM).

Difahamkan bahawa pelajar berulang-alik dari Rantau Panjang ke Yala, Thailand bagi menjaga ibunya yang sedang menjalani rawatan susulan selepas mengalami kecederaan melecur akibat insiden kebakaran berkenaan.

Inisiatif ziarah kebajikan ini mencerminkan komitmen universiti dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian, selain menzahirkan sokongan moral kepada pelajar dan keluarga yang sedang berdepan dengan ujian tersebut. Usaha ini juga selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya SDG 16 yang menekankan kepentingan institusi yang responsif, inklusif dan berkeprihatinan dalam memelihara kesejahteraan komuniti.

Pihak BHEPA telah menyampaikan sumbangan bencana sebagai tanda sokongan dan keprihatinan universiti terhadap kebajikan pelajar yang terjejas akibat musibah yang menimpa keluarganya. BHEPA turut mendoakan agar segala urusan keluarga saudara Fikri dipermudahkan serta dikurniakan kekuatan dan ketabahan, khususnya sepanjang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Teks & Foto: Cik Nik Nurul Insyirah Muhamed, Pegawai Kebajikan BHEPA
Suntingan teks: Unit Media & Penerbitan BHEPA

  TRADISI ONE JUICE BHEPA 2026: MENYEMAI KEIHSANAN, MEMPERKUKUH KEBERSAMAANUSM KUBANG KERIAN, 3 Mac 2026 - Bagi menerusk...
04/03/2026




TRADISI ONE JUICE BHEPA 2026: MENYEMAI KEIHSANAN, MEMPERKUKUH KEBERSAMAAN

USM KUBANG KERIAN, 3 Mac 2026 - Bagi meneruskan tradisi sempena keberkatan bulan Ramadan pada saban tahun, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (BHEPA) Kampus Kesihatan telah menganjurkan Program One Juice BHEPA 2026 di perkarangan pejabat BHEPA dan sekitar bangunan Pusat Mahasiswa (PUMA).

Program agihan air percuma ini bermula pada 3.00 petang turut melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kampus Kesihatan dalam membantu proses penyediaan dan agihan kepada warga kampus. Sebanyak 200 bungkus air telah diagihkan sepanjang program sebagai simbol kesederhanaan dan kebersamaan dalam menyantuni komuniti kampus menjelang waktu berbuka puasa.

Selaras dengan komitmen Universiti Sains Malaysia terhadap agenda kelestarian global, program ini menyokong SDG 2: Zero Hunger (Sifar Kelaparan) dengan menyediakan sokongan bekalan kepada komuniti kampus, khususnya pelajar yang berada di universiti sepanjang cuti semester. Seterusnya, SDG 17: Partnerships for the Goals (Perkongsian untuk Matlamat) melalui kolaborasi strategik antara pihak pengurusan universiti dan kepimpinan pelajar dalam menjayakan inisiatif kebajikan.

Tradisi Program One Juice BHEPA bukan sekadar agihan minuman tetapi turut mencerminkan komitmen berterusan yang diamalkan bagi memperkasa budaya kampus terhadap kebajikan mahasiswa, memperkukuh nilai kemanusiaan dan menyokong agenda pembangunan mampan di peringkat institusi.

Teks/Foto : Unit Media & Penerbitan BHEPA

Address

Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, Kampus Kesihatan, Universiti Sains
Kubang Kerian
16150

Opening Hours

Monday 08:10 - 16:55
Tuesday 08:10 - 16:55
Wednesday 08:10 - 16:55
Thursday 08:10 - 16:55
Sunday 08:10 - 16:55

Telephone

+6097671300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Kampus Kesihatan USM:

Share