Kolej Vokasional Kuching

Call Directions Website

Kolej Vokasional Kuching SM Vokasional Kuching mulai di tubuhkan pada tahun 1969 dengan menawarkan 3 kursus utama iaitu Elektrik, Automotif & Binaan Bangunan.

Kolej Vokasional Kuching menawarkan 8 program pengajian iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Pemesinan Industri, Teknologi Elektrik, Teknologi Elektronik, Seni Kulinari, Seni Reka Fesyen, Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan. Pada tahun 1997, SM Vokasional KUching telah di naik taraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Kuching dengan menawarkan kursus aliran Kejuruteraan, Vokasioanal dan Kemahiran. Selaras dengan transformasi pendidikan vokasional, mulai Januari 2012, SM Vokasional Kuching telah dipilih antara 15 buah sekolah vokasional seluruh Malaysia menjadi Sekolah Rintis bagi Kolej Vokasional KPM. Kini, Kolej Vokasional Kuching menawarkan pengajian di peringkat Diploma Vokasional Malaysia.

28/10/2026

🗓️ 28 Oktober 2026
✨ Sesi Temuduga Pelajar Baharu SVM Ambilan 2027 (Hari Pertama)

🤝 Kunjungan Mesra Kolej Vokasional Tanjung Piai ke Kolej Vokasional Kuching📅 26 Oktober 2026Alhamdulillah dan selamat da...
28/10/2026

🤝 Kunjungan Mesra Kolej Vokasional Tanjung Piai ke Kolej Vokasional Kuching
đź“… 26 Oktober 2026

Alhamdulillah dan selamat datang diucapkan kepada delegasi Kolej Vokasional Tanjung Piai yang sudi meluangkan masa hadir ke KV Kuching.

Terima kasih atas kunjungan ini! Semoga ikatan silaturahim dan kerjasama antara kedua-dua buah kolej terus subur dan membawa manfaat yang besar buat kecemerlangan institusi kita bersama. 🌟

✨ Kunjungan Mesra Delegasi Tristar Culinary Institute, Pontianak ke Kolej Vokasional Kuching ✨Pihak Kolej Vokasional Kuc...
28/10/2026

✨ Kunjungan Mesra Delegasi Tristar Culinary Institute, Pontianak ke Kolej Vokasional Kuching ✨

Pihak Kolej Vokasional Kuching berbesar hati menerima kunjungan hormat dan lawatan penanda aras daripada delegasi Tristar Culinary Institute, Pontianak, Indonesia pada 26 Oktober 2026 yang lalu.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada seluruh warga Tristar Culinary Institute atas sudi meluangkan masa hadir ke kolej kami. Semoga silaturahim dan hubungan baik yang terjalin ini terus kukuh serta membawa manfaat besar buat kedua-dua institusi! 🇲🇾🤝🇮🇩)

🥊 TAHNIAH FAЕZ AIDEED!Sekalung tahniah diucapkan kepada Faez Aideed bin Faizullah, pelajar Program SVM Semester 2, Tekno...
25/10/2026

🥊 TAHNIAH FAЕZ AIDEED!

Sekalung tahniah diucapkan kepada Faez Aideed bin Faizullah, pelajar Program SVM Semester 2, Teknologi Elektrik KV Kuching, atas kejayaan meraih Naib Johan dalam JAB Boxing Championships 101 yang berlangsung di Sibu pada 23 hingga 24 Oktober 2026.

Walaupun bertanding mewakili kelabnya sendiri, kejayaan ini tetap menjadi kebanggaan warga KV Kuching.

Syabas atas pencapaian yang membanggakan ini! Semoga terus bersemangat, konsisten dan berjaya melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Teruskan kecemerlangan, Faez! 🏆💪

🥇 TAHNIAH ATLET KV KUCHING!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar KV Kuching yang telah menunjukkan prestasi c...
25/10/2026

🥇 TAHNIAH ATLET KV KUCHING!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pelajar KV Kuching yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Kejohanan Muaythai dan Kejohanan Silat Tanding dan Seni Piala Premier Sarawak 2026 baru-baru ini.

Syabas atas kejayaan meraih pingat dalam acara masing-masing! Walaupun bertanding mewakili kelab masing-masing, kejayaan ini tetap menjadi kebanggaan warga KV Kuching.

Tahniah juga diucapkan kepada para pengurus pasukan dan jurulatih atas bimbingan, komitmen dan sokongan yang diberikan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang sukan dan mengharumkan nama masing-masing.

Syabas dan teruskan kecemerlangan! 💪🏆

📢  HEBAHAN RASMI: PANGGILAN TEMUDUGA KEMASUKAN KE KV KUCHING AMBILAN 2027 Bagi menjawab pertanyaan calon-calon serta ibu...
23/10/2026

📢 HEBAHAN RASMI: PANGGILAN TEMUDUGA KEMASUKAN KE KV KUCHING AMBILAN 2027

Bagi menjawab pertanyaan calon-calon serta ibu bapa/penjaga berhubung panggilan temuduga kemasukan ke Kolej Vokasional Kuching bagi Ambilan 2027, sila ambil maklum maklumat berikut:

đź“… Tempoh Temuduga :
26 Oktober – 6 November 2026

đź“© Tempoh Makluman Panggilan Temuduga :
22 – 28 Oktober 2026

Calon yang terpilih akan dihubungi melalui e-mel, pesanan atau panggilan telefon dalam tempoh yang dinyatakan.

Perhatian: Sekiranya calon tidak menerima sebarang makluman selepas 28 Oktober 2026, ini bermaksud calon tidak berjaya melepasi Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bagi tujuan panggilan temuduga ini.

⚠️ PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN

1. Calon dan ibu bapa/penjaga diminta menyemak folder Junk / Trash / Spam dalam e-mel masing-masing bagi memastikan tiada makluman yang terlepas pandang.

2. Untuk makluman, senarai nama calon yang dipanggil ke sesi temuduga tidak dapat dipaparkan di Facebook rasmi kolej.
Oleh itu, calon dan ibu bapa/penjaga diminta menunggu makluman secara terus melalui saluran yang dinyatakan di atas.

Terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua.

Tips Untuk Calon Temuduga Kemasukan Ke Kolej Vokasional Ambilan 2027 ✨
22/10/2026

Tips Untuk Calon Temuduga Kemasukan Ke Kolej Vokasional Ambilan 2027 ✨

22/10/2026

📢 MAKLUMAN TEMU DUGA KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL (KV) TAHUN 2027

Tahniah kepada calon yang disenarai pendek! 🎉

📅 Tempoh temu duga: 26 Oktober – 6 November 2026
📌 Pastikan telefon sentiasa aktif, semak e-mel (termasuk Spam/Junk) dan WhatsApp dari semasa ke semasa.
📞 Calon terpilih akan dihubungi oleh pihak KV untuk maklumat lanjut.
⚠️ Calon yang tidak dihubungi tidak disenarai pendek bagi pengambilan ini.

Semoga berjaya! 🌟

❗️ SEMAK E-MEL ANDA SEKARANG ❗️Baca info lanjut di poster 👇🏼
22/10/2026

❗️ SEMAK E-MEL ANDA SEKARANG ❗️

Baca info lanjut di poster 👇🏼

Address

Jalan College, Batu Lintang
Kuching
93200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6082420814

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Vokasional Kuching posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Nearby universities