Kolej Komuniti Kulim ( Official )

Kolej Komuniti Kulim ( Official ) Kolej Komuniti Kulim dibawah Kementerian Pendidikan Tinggi. Sebarang aduan/cadangan boleh disalurkan ke [email protected]

π—©π—œπ—¦π—œ
Menjadi institusi TVET yang unggul.

π— π—œπ—¦π—œ
1. Membangunkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
2. Menyediakan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
3. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan.
4. Memperkasa komuniti melalui penyelidikan, inovasi serta pembelajaran
sepanjang hayat.

π— π—”π—§π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π—£π—˜π—‘π——π—œπ——π—œπ—žπ—”π—‘
Menghasilka

n graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara.

π— π—”π—§π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗒π—₯π—šπ—”π—‘π—œπ—¦π—”π—¦π—œ KKKU
1. Menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan untuk
menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
2. Mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian di Kolej
Komuniti Kulim (KKKU) untuk memenuhi keperluan industry.
3. Melahirkan warga sejagat ke arah keharmonian serta kemakmuran global.

π—§π—˜π—₯𝗔𝗦 𝗦𝗧π—₯π—”π—§π—˜π—šπ—œπ—ž KKKU
TERAS 1 : Menghasilkan Graduan Tvet Berkualiti
TERAS 2 : Memantapkan Governan Yang Responsif Dan Mampan
TERAS 3 : Memperkaya Bakat
TERAS 4 : Menerajui Sistem Pendidikan Melalui 4.0
TERAS 5 : Memperkukuh Kolaborasi Industri Dan Komuniti
TERAS 6 : Membudaya Penyelidikan Gunaan Dan Inovasi

11/05/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berkuat kuasa 11 Mei 2026 (Isnin).

Pihak jabatan yakin dengan pelantikan ini akan dapat terus memperkukuh agenda pendidikan tinggi negara serta memacu kecemerlangan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) ke tahap yang lebih gemilang.

Selamat menjalankan tugas.

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga POLYCC




🀝 KUNJUNG HORMAT KOLEJ KOMUNITI KULIM KE PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM KULIM 🀝Sesi kunjung hormat delegasi Kolej Komuni...
11/05/2026

🀝 KUNJUNG HORMAT KOLEJ KOMUNITI KULIM KE PEJABAT DAERAH PERTAHANAN AWAM KULIM 🀝

Sesi kunjung hormat delegasi Kolej Komuniti Kulim (KKKU) ke Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kulim baru berlangsung bagi mengeratkan hubungan strategik serta membincangkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak.

Delegasi KKKU yang diketuai Encik Mohamad Hafiz bin Bakar, Timbalan Pengarah Pengurusan telah disambut oleh KAPT. (PA) Amirul Aliff bin Ahmad selaku Pegawai Pertahanan Awam Daerah.

Perbincangan tertumpu kepada beberapa bentuk kolaborasi antaranya penglibatan pelajar Kolej Komuniti Kulim dalam Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA), pelaksanaan latihan-latihan pertahanan awam serta pendedahan berkaitan keselamatan dan kesiapsiagaan kepada pelajar dan staf kolej.

Turut dibincangkan ialah ruang dan peluang bagi pentauliahan semula serta lantikan pegawai bersekutu baharu dalam kalangan staf kolej sebagai usaha memperkukuh penglibatan warga institusi dalam bidang pertahanan awam dan kesukarelawanan.

Semoga jalinan kerjasama ini dapat membuka lebih banyak peluang pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran insaniah kepada warga kolej melalui penglibatan aktif dalam aktiviti pertahanan awam.

Terima kasih kepada pihak Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kulim atas kesudian menerima kunjungan ini dan semoga hubungan baik yang terjalin terus diperkukuhkan demi manfaat bersama. πŸ’™





✨ JOM SERTAI KURSUS JAHITAN PAKAIAN SECARA PERCUMA ✨Minat menjahit tapi tak tahu nak mula dari mana? πŸͺ‘Atau nak tambah sk...
11/05/2026

✨ JOM SERTAI KURSUS JAHITAN PAKAIAN SECARA PERCUMA ✨

Minat menjahit tapi tak tahu nak mula dari mana? πŸͺ‘
Atau nak tambah skill jahitan untuk kegunaan sendiri & jana pendapatan? πŸ’°

Kini dibuka penyertaan untuk Kursus Jahitan!
βœ”οΈ Belajar step by step
βœ”οΈ Sesuai untuk beginner (ada basic dalam bidang jahitan)
βœ”οΈ Suasana santai & mudah faham
βœ”οΈ Praktikal secara hands-on
βœ”οΈPERCUMA! Tapi tapisan peserta akan dilakukan oleh pihak urusetia bagi memilih peserta yang layak dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

πŸ“… Tarikh: 12, 13, 26 & 27 JUN, 3 & 4 JULAI 2026 (WAJIB hadir semua kursus)
⏰ Masa: 8.00 PG - 5.00 PTG (8 JAM)
πŸ“ Tempat: KOLEJ KOMUNITI KULIM

Tempat terhad untuk 15 orang sahaja‼️
Boleh klik link di bawah untuk pendaftaran 😊

https://forms.gle/nmsyg5ik5n7pztqU9






✨ ULASAN INDUSTRI TERHADAP KEMAHIRAN & KEBOLEHPASARAN PELAJAR ✨Pihak industri memberikan maklum balas yang amat positif ...
11/05/2026

✨ ULASAN INDUSTRI TERHADAP KEMAHIRAN & KEBOLEHPASARAN PELAJAR ✨

Pihak industri memberikan maklum balas yang amat positif terhadap kemahiran, sikap profesional dan tahap kebolehpasaran pelajar Kolej Komuniti Kulim.

Pelajar bukan sahaja mempunyai kemahiran teknikal yang baik, malah turut menunjukkan komitmen, kreativiti serta kebolehan bekerja dalam pasukan yang memenuhi keperluan industri semasa πŸ’ΌπŸ“ˆ

πŸŽ“ Nak bina masa depan dengan kemahiran yang relevan dan peluang kerjaya yang luas?
Jom sambung pengajian di Kolej Komuniti Kulim!

βœ… Yuran berpatutan
βœ… Pembelajaran berasaskan praktikal
βœ… Peluang latihan industri
βœ… Tenaga pengajar berpengalaman
βœ… Laluan ke alam pekerjaan & sambung belajar

πŸ“² Untuk maklumat lanjut, hubungi:
https://wa.me/601158912470





✨ Samudra Karya; Menavigasi Kreativiti Tanpa Sempadan ✨SMP Showcase Sesi II 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya b...
06/05/2026

✨ Samudra Karya; Menavigasi Kreativiti Tanpa Sempadan ✨

SMP Showcase Sesi II 2025/2026 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Persidangan, Kolej Komuniti Kulim. Program ini menjadi platform untuk mengetengahkan hasil karya kreatif dan inovatif pelajar Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan Semester 3 di bawah bimbingan pensyarah, Puan Noorshakira binti Ismail.

Showcase ini bukan sahaja mempamerkan hasil projek pelajar, malah mencerminkan tahap kemahiran, kreativiti serta pencapaian mereka sepanjang tempoh pengajian di Kolej Komuniti Kulim.

Majlis telah disempurnakan oleh Encik Rizal Kasyrno bin Ghazali, Pengarah Kolej Komuniti Kulim. Turut memeriahkan program ialah kehadiran Puan Zahiatul Huda binti Muhammad Sharif serta Encik Mohd Azizol bin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Peperiksaan & Penilaian, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Lawatan ini adalah bersempena Pemantauan Peperiksaan Akhir / Pentaksiran Berterusan Politeknik & Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026, sekali gus menambah nilai serta kepentingan kepada penganjuran program ini sebagai platform pembelajaran yang holistik dan berimpak tinggi.

πŸ‘ Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pelajar serta seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga terus melahirkan graduan yang kreatif, berdaya saing dan bersedia memenuhi kehendak industri!





πŸ“ Kunjungan Hormat Kolej Komuniti Kulim bersama Penghulu-Penghulu Daerah KulimPihak pengurusan tertinggi Kolej Komuniti ...
06/05/2026

πŸ“ Kunjungan Hormat Kolej Komuniti Kulim bersama Penghulu-Penghulu Daerah Kulim

Pihak pengurusan tertinggi Kolej Komuniti Kulim telah mengadakan sesi kunjungan hormat bersama penghulu-penghulu daerah Kulim di Pejabat Daerah & Tanah Kulim sebagai platform libat urus dan perkongsian maklumat berkaitan peranan serta fungsi kolej kepada komuniti setempat.

Sesi ini memberi ruang untuk berkongsi maklumat mengenai kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Kolej Komuniti Kulim untuk dimanfaatkan bersama oleh penduduk kampung. Selain itu, pelbagai kemusykilan turut dibincangkan dan dijawab secara terus bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disampaikan kepada masyarakat.

✨ Terima kasih kepada semua penghulu yang hadir dan memberikan komitmen sepanjang sesi ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat terus diperkukuh dalam usaha memperluaskan akses pendidikan dan kemahiran kepada komuniti setempat.





PEMANTAUAN PEPERIKSAAN AKHIR / PENTAKSIRAN BERTERUSAN Politeknik & Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026Sesi pemantauan tela...
05/05/2026

PEMANTAUAN PEPERIKSAAN AKHIR / PENTAKSIRAN BERTERUSAN
Politeknik & Kolej Komuniti Sesi II: 2025/2026

Sesi pemantauan telah dilaksanakan dengan kehadiran Puan Zahiatul Huda binti Muhammad Sharif dan Encik Mohd Azizol bin Abdul Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Peperiksaan & Penilaian, Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pemantauan ini bertujuan memastikan setiap proses kerja peperiksaan dan pentaksiran berterusan dilaksanakan secara teratur, telus serta mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Selain itu, ia juga bertujuan menilai tahap keberkesanan pengurusan Unit Peperiksaan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan penilaian pelajar.

Sesi dimulakan dengan lawatan ke bilik-bilik peperiksaan bagi subjek yang sedang berlangsung, di samping meninjau fasiliti yang disediakan bagi memastikan persekitaran yang kondusif kepada pelajar. Selain itu, semakan fail dan lawatan fasiliti di Unit Peperiksaan KKKU turut berlangsung. Sesi pemantauan berakhir dengan semakan Fail Penyelaras Kursus (FPK) dengan pensyarah yang berkenaan.

Terima kasih kepada semua pensyarah atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang sesi pemantauan ini. Semoga usaha berterusan ini dapat mengekalkan kualiti pengurusan peperiksaan pada tahap yang cemerlang.





Terima kasih  MILO atas kehadiran yang cukup bermakna dengan agihan minuman percuma kepada para pelajar Kolej Komuniti K...
29/04/2026

Terima kasih MILO atas kehadiran yang cukup bermakna dengan agihan minuman percuma kepada para pelajar Kolej Komuniti Kulim.

Tanpa disedari, sokongan kecil ini hadir tepat pada masanya β€” sebaik sahaja pelajar selesai menjawab peperiksaan. Saat tenaga semakin berkurang, semangat yang hampir surut, kehadiran MILO menjadi penyegar yang mengembalikan tenaga dan motivasi πŸ’š

Semoga inisiatif ini terus menyuntik semangat kepada para pelajar untuk meneruskan minggu peperiksaan dengan lebih bersemangat hingga ke kertas terakhir ✨





Terima kasih Politeknik METro Tasek Gelugor (PMTG) atas jemputan kepada Kolej Komuniti Kulim bagi menyertai program VISC...
29/04/2026

Terima kasih Politeknik METro Tasek Gelugor (PMTG) atas jemputan kepada Kolej Komuniti Kulim bagi menyertai program VISCOM SHOWCASE Reel Fest Sesi II 2025/2026.

Program yang berlangsung ini telah menampilkan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung; termasuk lawatan fasiliti, serta tayangan filem pendek dan dokumentari yang kreatif dan inspiratif 🎬

Penyertaan dalam program ini bukan sahaja membuka ruang kolaborasi antara institusi, malah memberikan pendedahan awal kepada para pelajar mengenai peluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma, khususnya dalam bidang berkaitan visual komunikasi dan industri kreatif.

Semoga jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan pada masa akan datang demi manfaat bersama dalam melahirkan generasi yang berkemahiran dan berdaya saing.

Terima kasih sekali lagi atas jemputan dan layanan yang amat baik! 🌟





Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menghadiri sesi temuduga bagi program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklan...
29/04/2026

Tahniah diucapkan kepada semua calon yang telah menghadiri sesi temuduga bagi program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan (SMP) bagi sesi I 2026/2027! ✨🎨

Komitmen, keyakinan dan usaha yang ditunjukkan sepanjang sesi temuduga amat membanggakan. Anda telah melangkah satu lagi langkah ke hadapan dalam merealisasikan impian untuk menceburi bidang kreatif dan industri multimedia.

Terima kasih juga kepada barisan penemuduga yang terdiri daripada Ketua Program dan para pensyarah SMP Kolej Komuniti Kulim atas komitmen, masa dan dedikasi dalam menjayakan sesi temuduga ini dengan lancar dan profesional. πŸ™Œ

Semoga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil yang diharapkan. Teruskan berdoa dan kekal positif sementara menantikan keputusan rasmi melalui UPU. πŸ€²πŸ“©

Semoga berjaya dan semoga kita berjumpa lagi sebagai warga Kolej Komuniti Kulim! πŸ’™





27/04/2026

✨ Kursus Asas Jahitan dan Penyelenggaraan Mesin ✨

πŸ“… 25 April 2026

Kursus Asas Jahitan dan Penyelenggaraan Mesin telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 11 orang peserta. Sepanjang kursus ini, para peserta didedahkan dengan kemahiran asas jahitan serta teknik penjagaan dan penyelenggaraan mesin jahit dengan betul.

Terima kasih Puan Aizamuslini binti Basrun atas perkongsian ilmu dan tunjuk ajar yang sangat berguna.

Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta membuka peluang kemahiran baharu kepada para peserta πŸ«±πŸ»β€πŸ«²πŸΌ






Address

Jalan Kota Kenari 2, Taman Kota Kenari
Kulim
09000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6044900412

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Kulim ( Official ) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Kulim ( Official ):

Share