PDCE Universiti Malaysia Perlis

PDCE Universiti Malaysia Perlis Lifelong learning is a form of self-initiated education that is focused on personal development. Creating A Community of Lifelong Learners

Centre for Professional Development & Continuing Education(PDCE) is a new centre established under the Deputy Vice Chancellor (Academic & International) of Universiti Malaysia Perlis. While there is no standardized definition of lifelong learning, it has generally been taken to refer to the learning that occurs outside of a formal educational framework. Our focus on TVET means that we are able to offer students with a range of programmes highly relevant to industry.

01/05/2026
Meraikan "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa". UniMAP XPLORE bertekad menyokong perjalanan kerjaya anda melalui pembelajaran s...
01/05/2026

Meraikan "Pekerja MADANI KESUMA Bangsa". UniMAP XPLORE bertekad menyokong perjalanan kerjaya anda melalui pembelajaran sepanjang hayat. Selamat Hari Pekerja buat seluruh tenaga kerja Malaysia!"

30/04/2026
Jom XPLORE: Kuasai Kemahiran, Dominasi Industri ๐Ÿ’ŽDunia teknikal dan profesional kini bergerak pantas. Untuk memastikan m...
29/04/2026

Jom XPLORE: Kuasai Kemahiran, Dominasi Industri ๐Ÿ’Ž

Dunia teknikal dan profesional kini bergerak pantas. Untuk memastikan masa depan yang lebih cerah, peningkatan kemahiran (upskilling) bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan.

Jangan sekadar jadi pemerhati. Teroka teknologi, mantapkan kepakaran dan jadilah pakar yang dicari-cari! ๐Ÿค

Piramid kemahiran ini adalah panduan untuk anda. Jom XPLORE potensi diri anda bersama kami ๐ŸŽ“

Jom XPLORE : "Kuasai Diri, Bina Tabiat Berprestasi"๐Ÿ’ซKenapa ramai orang gagal kekalkan tabiat baru? ๐Ÿค”Bukan sebab mereka m...
27/04/2026

Jom XPLORE : "Kuasai Diri, Bina Tabiat Berprestasi"๐Ÿ’ซ

Kenapa ramai orang gagal kekalkan tabiat baru? ๐Ÿค”

Bukan sebab mereka malas, tapi sebab mereka terlalu fokus pada kekuatan disiplin semata-mata.

Rahsia sebenar untuk kekal berprestasi adalah dengan membina sistem yang mudah diikuti. Perubahan yang drastik tanpa strategi hanya akan membawa kepada burnout ๐Ÿ“‰

Gunakan formula Jom XPLORE ini untuk 'hack' otak anda supaya tabiat baru jadi automatik. Kecil pada langkah, tapi besar pada impak ๐Ÿค

Jurang Antara "TEORI" dan "PRAKTIKAL" โ€“ Di Sini Peranan Anda Bermula! ๐ŸŽฏAdakah teori anda cukup untuk menyelesaikan masal...
23/04/2026

Jurang Antara "TEORI" dan "PRAKTIKAL" โ€“ Di Sini Peranan Anda Bermula! ๐ŸŽฏ

Adakah teori anda cukup untuk menyelesaikan masalah realiti? ๐Ÿ› ๏ธ

Ramai profesional mempunyai teori yang mantap, namun terkandas apabila berdepan masalah teknikal di kilang atau pejabat. Di UniMAP XPLORE, kami percaya kerjaya anda akan lebih melonjak apabila ilmu di dada selari dengan kecekapan di tangan.

Kenapa pilih UniMAP XPLORE?
โœ… Teori: Memberikan anda visi dan asas kritikal.
โœ… Praktikal: Memberikan hasil realiti dan solusi pantas.
โœ… Kerjaya: Menjadikan anda bakat versatil yang dicari majikan. ๐Ÿ“ˆ

Gabungkan kedua-duanya dan jadilah pakar yang benar-benar kompeten dalam industri anda!

Jom XPLORE dan sertai kami hari ini!

Jom XPLORE: Bina Tangga Gaji & Kerjaya Anda! ๐Ÿ“ˆ๐Ÿ’ฐPernah terfikir kenapa ada jurutera atau pengurus dibayar lebih tinggi? J...
17/04/2026

Jom XPLORE: Bina Tangga Gaji & Kerjaya Anda! ๐Ÿ“ˆ๐Ÿ’ฐ

Pernah terfikir kenapa ada jurutera atau pengurus dibayar lebih tinggi? Jawapannya ada pada tangga gaji industri. Tahap pendidikan dan kemahiran bukan sekadar sijil, tapi ia adalah "tiket" untuk menentukan kedudukan gaji individu โœจ Lebih tinggi tahap kemahiran dan kelayakan, lebih luas peluang untuk berkembang.

Ingat !
Industri hari ini bukan sekadar melihat sijil, malah Industri sanggup bayar mahal untuk โ€˜Niche skillโ€™.

Jom XPLORE: Navigasi Kerjaya Anda ๐Ÿš€Perancangan masa depan kini lebih fleksibel merentasi pelbagai sektor teknikal dan pr...
16/04/2026

Jom XPLORE: Navigasi Kerjaya Anda ๐Ÿš€

Perancangan masa depan kini lebih fleksibel merentasi pelbagai sektor teknikal dan profesional. Kepelbagaian laluan ini wujud untuk memenuhi keperluan industri yang dinamik ๐Ÿ› ๏ธ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ’ป

Setiap laluan mempunyai garis masa tersendiri, namun matlamat akhirnya tetap sama iaitu memastikan setiap individu mempunyai kepakaran yang relevan dengan ekosistem ekonomi semasa.

Kuncinya?
Ia terletak pada pemilihan laluan yang sejajar dengan matlamat jangka panjang masing-masing ๐ŸŽฏ


14/04/2026
26/03/2026

26 Mac 2026 |

Setinggi-tinggi tahniah kepada Universiti Malaysia Perlis atas pencapaian membanggakan apabila berjaya tersenarai dalam QS World University Rankings by Subject 2026 bagi dua bidang utama:

๐Ÿ“Œ Electrical & Electronic (501โ€“550)
๐Ÿ“Œ Materials Science (401โ€“550)

Pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan UniMAP dalam memperkasa kecemerlangan akademik dan penyelidikan di peringkat global. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan.





๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447HSemoga Syawal yang diraikan membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan ukhuwah ...
20/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H

Semoga Syawal yang diraikan membawa keberkatan, kegembiraan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita.

Ikhlas daripada UniMAP XPLORE, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

MEMPERKASA BAKAT INDUSTRI DI BATU KAWAN] ๐Ÿš€UniMAP terus melangkah gagah dalam merapatkan jurang antara akademik dan indus...
16/03/2026

MEMPERKASA BAKAT INDUSTRI DI BATU KAWAN] ๐Ÿš€

UniMAP terus melangkah gagah dalam merapatkan jurang antara akademik dan industri!

Pada 14 Mac 2026 (Sabtu) yang lalu, UniMAP XPLORE telah menganjurkan Majlis Pendaftaran Minggu Suai Kenal (MSK) bagi Pelajar Program Pesisir UniMAP Pulau Pinang (Ambilan 1, Sesi 2025/2026).

Bertempat di Walta Centre of Excellence (WCOE), Batu Kawan, seramai 8 orang pelajar perintis bagi kohort pertama telah rasmi memulakan perjalanan akademik mereka. Apa yang membanggakan, kesemua mereka merupakan individu bekerjaya yang memilih mod pengajian fleksibel UniMAP.

Program yang ditawarkan:
๐Ÿ”น Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Sistem Elektronik)
๐Ÿ”น Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektrik (Teknologi Robotik & Automasi)

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Prof. Ir. Dr. Mohd Shukry Abdul Majid, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UniMAP yang sudi menyampaikan ucapan aluan dan kit pelajar kepada para peserta.

Syabas diucapkan kepada para pelajar! Inilah bukti komitmen UniMAP dalam menyediakan akses pendidikan berkelas dunia tanpa membataskan produktiviti kerjaya sedia ada.

Address

Suite 1. 10, 1st Floor, KHTP Business Centre, Kulim Hi-Tech Park, Kulim
Kulim
09090

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00

Telephone

+6044022300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PDCE Universiti Malaysia Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PDCE Universiti Malaysia Perlis:

Share