Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)

Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) FACEBOOK RASMI KAMPUS ANTARABANGSA LABUAN

UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMS KAL) yang terletak kira-kira 18km dari pusat bandar Labuan merupakan kampus cawangan pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada 1 januari 1999, UMS KAL telah mula beroperasi dengan pengambilan seramai 356 orang pelajar kumpulan pertama pada bulan Mei 1999. Kampus ini yang dikenalai sebagai The Beach Campus kerana kedudukannya yang berhadapan dengan pantai mer

upakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terindah di Malaysia. Suasana kampus yang nyaman dam harmoni menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. UMS KAL bercirikan gunaan yang merangkumi kemahiran berkomunikasi, mengurus dan menganalisis bersifat global menarik pelajar antarabangsa, khususnya dari rantau Afrika dan Timur Tengah. Sehingga kini, UMS KAL telah mempunyai kira-kira 100 orang pelajar antarabangsa dari pelbagai negara. Halatuju program akademik UMS KAL ialah untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi bersifat global yang melambangkan Labuan sebagai sebuah Pusat Perniagaan dan berteraskan kecemerlangan menuju ke arah pembangunan masyarakat dan negara. Di UMS KAL, pelajar diajar, dididik, dibimbing dan dibentuk secara menyeluruh dalam pelbagai bentuk disiplin pengajian yang unik, dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif disokong oleh kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap dan canggih untuk melahirkan modal insan yang seimbang dalam semua aspek.

12/05/2026

Program S**arelawan “Care In Action” Perkukuh Komuniti Patau-PatauWP LABUAN, 9 Mei 2026 – Program S**arelawan: Care in A...
12/05/2026

Program S**arelawan “Care In Action” Perkukuh Komuniti Patau-Patau

WP LABUAN, 9 Mei 2026 – Program S**arelawan: Care in Action telah berjaya dilaksanakan di Kampung Patau-Patau 1 dan 2 dengan penglibatan pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) serta komuniti setempat.

Program itu dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan S**an Negeri Wilayah Persekutuan Labuan, Hajah Mahanum Fauzi.

Turut hadir Pengerusi Kelab Rakan Muda Bandar Labuan, Azuan Isack, Penyelaras Program Pelajar UMSKAL, Noreffaizza Jali, Presiden Majlis Belia Labuan, Nazera Roslan serta Ketua Kampung Patau-Patau Satu, Elmy Omar dan Ketua Kampung Patau-Patau Dua, Fatimah Ahmad.

Sepanjang program, peserta menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Kampung Patau-Patau Satu dan mengecat semula gerbang dan tugu serta pemasangan bendera Malaysia Kampung Patau-Patau Dua. Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesejahteraan komuniti, mengeratkan hubungan antara sukarelawan dan penduduk, serta memupuk sikap keprihatinan sosial.

Program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Kelab Rakan Muda ini menerima sambutan baik daripada penduduk yang menghargai usaha mencantikkan persekitaran kampung mereka serta menyokong penyertaan belia dan warga Labuan dalam aktiviti sukarelawan.

Secara keseluruhannya, program yang diketuai Norshahirah Surah itu berjaya mencapai objektif dalam meningkatkan kesejahteraan komuniti, memupuk keprihatinan serta mengeratkan hubungan, dan diharap menjadi contoh kepada inisiatif sukarelawan pada masa akan datang.

Terima kasih komuniti Patau-Patau.

Terus melangkah mencari kecemerlanganPelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sentiasa ber...
11/05/2026

Terus melangkah mencari kecemerlangan

Pelajar Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) sentiasa berusaha gigih untuk mendapatkan ilmu dan pengalaman yang dikongsi pensyarah.

Jangan lupa ucap terima kasih kepada pensyarah FKAL, FKI dan PPIB yang mendidik dan membimbing anda.

Kejayaan pada masa depan adalah hasil usaha pada hari ini.

UMSKAL, 11 MEI 2026.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera📚 JEMPUTAN KE PROGRAM SEMARAK ILMU @ UMSKALTelaah Siri II“A Good Heart Will Never Die...
11/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

📚 JEMPUTAN KE PROGRAM SEMARAK ILMU @ UMSKAL
Telaah Siri II

“A Good Heart Will Never Die”
Satu sesi telaah buku yang mengupas pengalaman kehidupan sebenar berkaitan etika, integriti dan nilai kemanusiaan dalam bidang kewangan.

📖 Sesi ini akan membincangkan beberapa kajian kes menarik daripada buku:
*Examining Ten Case Studies in Ethics and Islamic Finance Governance*
oleh Prof. Dr. Hanudin Amin

🎙 Penceramah:
Prof. Dr. Hanudin Amin
Profesor, Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan

🎤 Moderator:
Dr. Norcikeyonn Samuni
Pensyarah Kanan, Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa

📅 Tarikh: 19 Mei 2026 (Selasa)
⏰ Masa: 9.00 Pagi
📍 Tempat: Dewan Theatrette, UMSKAL

⭐ Sorotan Istimewa:
“Zainal Abidin: Wira Yang Tidak Didendang”

📡 Siaran langsung menerusi Facebook rasmi Perpustakaan UMSKAL

Semua staf, pelajar dan masyarakat umum adalah dijemput hadir bagi memeriahkan sesi perkongsian ilmu ini 😊

Ilmu Penyuluh Hidup.

10/05/2026
Pelajar UMSKAL minat terhadap perdagangan sahamTerima kasih kepada pelajar yang menjayakan ceramah pelaburan bertajuk “F...
08/05/2026

Pelajar UMSKAL minat terhadap perdagangan saham

Terima kasih kepada pelajar yang menjayakan ceramah pelaburan bertajuk “From Learning to Earning: Practical Stock Trading Strategies for Students” sempena Pertandingan Perdagangan Saham Tahunan Ke-8 2026 di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP 1) Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) pada 8 Mei 2026 (Jumaat).

FKAL komited melahirkan graduan celik kewangan.

UMSKAL Perkasa Literasi Kewangan Melalui Ceramah Pelaburan dan Pertandingan Perdagangan Saham Tahunan Ke-8 2026WP LABUAN...
08/05/2026

UMSKAL Perkasa Literasi Kewangan Melalui Ceramah Pelaburan dan Pertandingan Perdagangan Saham Tahunan Ke-8 2026

WP LABUAN, 8 Mei 2026 (Jumaat) – Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) berjaya menganjurkan ceramah pelaburan bertajuk “From Learning to Earning: Practical Stock Trading Strategies for Students” sempena Pertandingan Perdagangan Saham Tahunan Ke-8 2026 di Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP 1).

Ia sekali gus memperkukuhkan komitmen universiti dalam meningkatkan literasi kewangan dan pengetahuan pelaburan praktikal dalam kalangan mahasiswa.

Program berkenaan mendapat sambutan yang amat menggalakkan apabila seramai 419 pelajar mendaftar, manakala kira-kira 373 peserta hadir sepanjang sesi berlangsung.

Sambutan memberangsangkan ini mencerminkan peningkatan minat pelajar terhadap perdagangan saham, strategi pelaburan, dan pendedahan kepada dunia sebenar pasaran kewangan.

Majlis berkenaan menghimpunkan pemimpin akademik, pengamal industri dan pelajar dalam satu platform kolaboratif yang bertujuan merapatkan jurang antara pembelajaran di bilik kuliah dengan aplikasi praktikal dalam dunia pelaburan.

Dalam ucapan alu-aluannya, Dekan Fakulti Kewangan Antarabangsa Labuan (FKAL), Profesor Madya Dr. Geoffrey Harvey Tanakinjal menegaskan komitmen fakulti dalam melahirkan graduan yang celik kewangan, inovatif dan bersedia menghadapi keperluan industri yang semakin mencabar.

Beliau turut menggalakkan para pelajar untuk sentiasa mengemaskini resume dan Curriculum Vitae (CV) masing-masing dengan menambah elemen kemahiran digital, analitik dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) bagi meningkatkan daya saing graduan dalam pasaran pekerjaan global yang semakin dipacu teknologi dan transformasi digital.

Turut hadir Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Dr. Ricky Chia Chee Jiun, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Dr Alesia Sigang Gukang, Ketua Program Kewangan Antarabangsa, Dr, Siti Nur Aqilah Ab Wahab, Ketua Program Perbankan dan Luar Pesisir, Dr. Andrew Saw Tek Wei.

Hadir sama Dr. Norhamiza Ishak, Dr.Sharinah Puasa dan Dr. Aminah Shari sebagai Penyelaras Program serta Pengarah Program, Muhammad Hanafi Mohammad.

Program ini turut menampilkan penceramah jemputan daripada industri iaitu Pengurus Bursa Young Investor Club, Shane Choo dan Vincent Voo serta Siti Nur Idayu Samrin daripada RHB Investment Bank.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada agenda universiti untuk memperkukuhkan pembelajaran berasaskan pengalaman serta mempererat kerjasama antara akademia dan industri.

Sepanjang sesi berlangsung, Shane Choo berkongsi strategi perdagangan saham praktikal yang disesuaikan khusus untuk mahasiswa.

Pembentangannya memberi penekanan terhadap tingkah laku pasaran, kesedaran risiko, disiplin pelaburan, dan teknik membuat keputusan strategik yang penting bagi pelabur muda yang ingin menceburi pasaran modal.

Sementara itu, Vincent Voo turut memberikan panduan berkaitan asas perdagangan saham termasuk prosedur pembukaan akaun Central Depository System (CDS) dan pemahaman terhadap mekanisme penyertaan dalam pasaran saham.

Hasil daripada sesi perkongsian tersebut, seramai 184 pelajar menyatakan minat untuk membuka akaun CDS bersama RHB Investment Bank sebagai langkah awal untuk melibatkan diri secara aktif dalam pelaburan pasaran saham.

Perkembangan ini menunjukkan peningkatan kesedaran dan keyakinan mahasiswa terhadap kepentingan celik kewangan serta penglibatan awal dalam pasaran modal.

Para peserta juga berpeluang berinteraksi secara langsung dengan pengamal industri sepanjang program berlangsung, sekali gus memberi pendedahan lebih mendalam berkaitan perancangan pelaburan, dinamik pasaran dan strategi pengurusan risiko.

Penglibatan aktif peserta turut membantu mereka memahami dengan lebih jelas amalan perdagangan sebenar dalam pasaran kewangan.

Program ini dianjurkan oleh International Finance HE19 Club dengan Bursa Malaysia sebagai penaja utama, selain kerjasama strategik bersama LifeChamp dan RHB Investment Bank.

Sebagai sokongan terhadap pembangunan literasi kewangan dan pendidikan pelaburan dalam kalangan mahasiswa, Bursa Malaysia turut menyalurkan tajaan hadiah wang tunai bagi 8th Stock Trading Competition yang bakal berlangsung pada 12 dan 13 Jun 2026.

Tajaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan Bursa Malaysia dalam memperkasa generasi muda melalui pendidikan pasaran modal serta inisiatif pelaburan berasaskan pengalaman.

Kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan pemain industri ini membuktikan kepentingan sinergi akademia-industri dalam melahirkan graduan yang celik pelaburan, kompetitif, dan bersedia menghadapi cabaran ekonomi global.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UMSKAL dalam memperkasa mahasiswa dengan pengetahuan kewangan praktikal, pendedahan industri, dan kemahiran membuat keputusan yang kritikal.

Melalui program seperti Pertandingan Perdagangan Saham dan ceramah pelaburan, UMSKAL terus memainkan peranan penting dalam melahirkan graduan yang lebih bersedia menghadapi landskap kewangan global yang semakin dinamik dan kompetitif.

Terima kasih Bursa Malaysia.

From Learning To Earning: Practical Stock Trading Strategies For StudentsWP LABUAN, 8 Mei 2026 (Jumaat) – From Learning ...
07/05/2026

From Learning To Earning: Practical Stock Trading Strategies For Students

WP LABUAN, 8 Mei 2026 (Jumaat) – From Learning to Earning: Practical Stock Trading Strategies for Students programme will be held as part of an initiative to enhance students’ financial literacy, investment knowledge and practical trading skills.

All students are invited to join and gain valuable insights into real-world stock trading strategies, risk management and market analysis from experienced industry speakers.

Featured Industry Speakers:

Manager of Bursa Young Investor Club, Shane Choo
Topic: From Learning to Earning: Practical Stock Trading Strategies for Students
Senior Share Trading Officer, RHB Investment Bank, Vincent Voo

Topic: Your First Step into the Stock Market: CDS Account & Trading Basics

Why you should join:*
• Learn practical stock trading techniques
• Understand market trends and investment strategies
• Enhance your financial decision-making skills
• Gain exposure to real trading insights
• Open a CDs account for *free*

9:00 AM – 11:00 AM
Dewan Kuliah Pusat 1 (DKP 1)
Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Mahasiswa Pemangkin Rejuvenasi.

🚨✨ PENCARIAN TERBUKA DUTA MEDIA SOSIAL UMSKAL 2026 ✨🚨Anda aktif di media sosial? S**a menghasilkan kandungan menarik?Ini...
07/05/2026

🚨✨ PENCARIAN TERBUKA DUTA MEDIA SOSIAL UMSKAL 2026 ✨🚨

Anda aktif di media sosial? S**a menghasilkan kandungan menarik?
Inilah peluang anda untuk menjadi wajah digital rasmi UMSKAL! 🎥📱🔥

💫 Sertai Program Pencarian Duta Media Sosial UMSKAL 2026 dan tonjolkan bakat anda dalam:
✅ Penghasilan kandungan kreatif
✅ Promosi aktiviti & program UMSKAL
✅ Pengurusan media sosial
✅ Pembangunan personal branding digital

🎯 KRITERIA PENYERTAAN
🔹 Terbuka kepada pelajar & kakitangan UMSKAL
🔹 Mempunyai akaun media sosial aktif
🔹 Gemar berkongsi dan aktif di media sosial

🎁 MANFAAT PENYERTAAN
✨ Sijil penyertaan
✨ Peluang memperoleh markah LNPT (kakitangan)
✨ Peluang memperoleh markah SDP & pertimbangan bilik single room (pelajar)
✨ Pengalaman sebagai duta media sosial rasmi UMSKAL

📅 Tarikh Tutup Penyertaan: 29 Mei 2026

📌 Imbas kod QR pada poster untuk syarat dan borang penyertaan.

🌟 Jadilah wajah digital UMSKAL dan kembangkan kreativiti anda bersama kami!

Address

Jalan Sungai Pagar
Labuan
87000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087530000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan (KAL):

Share