SRITI Hidayatul Quran Lenggong

SRITI Hidayatul Quran Lenggong Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SRITI Hidayatul Quran Lenggong, College & University, Lenggong.

SRITI HIDAYATUL QURAN IALAH INSTITUSI PENDIDIKAN YANG MELAHIRKAN INSAN RABBANI SEIMBANG DARI SEGI ROHANI, INTELEK, EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN AL QURAN DAN AS SUNNAH

Bahagian dua. 😍
17/03/2026

Bahagian dua. 😍

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya’ Ramadan 2026 anjuran S...
17/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh keberkatan Majlis Khatam Al-Quran dan Penutup Ihya’ Ramadan 2026 anjuran SRITI Hidayatul Quran.

Majlis ini telah dirasmikan oleh
Ustaz Mohamad Hanafiah bin Haji Idris,
Pengerusi SRITI Hidayatul Quran Lenggong.

Sepanjang bulan Ramadan yang penuh rahmat ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi menyemarakkan lagi penghayatan ibadah dalam kalangan murid. Antara pengisian utama ialah:
✨ Tadarus Al-Quran sepanjang bulan Ramadan
✨ Sajak
✨ Pidato
✨ Mewarna (Tahap 1)
✨ Kad Raya (Tahap 2)
✨ Nasyid
✨ Khutbah

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah menunjukkan bakat serta komitmen yang luar biasa πŸ‘

Lebih bermakna, hasil sumbangan infak daripada para guru dan murid sepanjang bulan Ramadan telah disampaikan kepada murid-murid yang terpilih. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menyebarkan lagi semangat kasih sayang dalam sekolah πŸ€²πŸ’–

Sebagai penutup majlis yang penuh kegembiraan, penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan, di samping pemberian duit raya kepada murid-murid dan para guru sebagai tanda penghargaan serta meraikan keberkatan Syawal yang bakal tiba 🎁🌸

Semoga segala usaha dan amalan kita sepanjang Ramadan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab melahirkan generasi Soleh pintar yang rabbani.

Assalamualaikum wbt.Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keputusan Ujian Penil...
25/02/2026

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Sesi 2025 yang telah diumumkan.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon atas usaha, kesungguhan dan doa yang tidak pernah putus. Kejayaan ini bukan sahaja hasil kerja keras murid-murid, bahkan berkat bimbingan guru-guru serta sokongan padu ibu bapa ❀️

πŸ“Œ Analisa Keputusan UPKK 2025

πŸ“ Jumlah calon: 16 orang

πŸ† 9A – 3 orang
Aisyah Iman
Yasmin Sumayyah
Nasywaa

πŸ₯‡ 8A – 5 orang
Aisyah Aqilah
Ulfah
Hadief
Annur
Hanna

πŸ₯ˆ 7A – 1 orang
Fakhri Hazeem

πŸ₯‰ 6A – 2 orang
Aisy Ruzain
Ain

✨ 4A – 1 orang
Danish

🌱 2A – 4 orang
Adam Mikail
Syukri
Fayruz
Yusuf

Tahniah kepada yang memperoleh keputusan cemerlang. Kepada yang mendapat keputusan di bawah sasaran, ingatlah bahawa ini bukan penamat β€” ini adalah permulaan untuk terus bangkit dan berusaha lebih baik.

Semoga kejayaan ini menjadi asbab untuk terus istiqamah dalam menuntut ilmu dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan anak-anak ini menjadi generasi soleh dan solehah yang membawa cahaya agama kepada ummah 🀲✨

Terima kasih juga kepada semua guru dan ibu bapa yang tidak pernah jemu mendidik serta mendoakan kejayaan anak-anak.

Tahniah sekali lagi buat semua calon UPKK 2025!

Assalamualaikum wbt*SALAM RAMADAN*‼️*JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, JOM INFAQ*‼️Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Li...
20/02/2026

Assalamualaikum wbt
*SALAM RAMADAN*‼️
*JANGAN LEPASKAN PELUANG INI, JOM INFAQ*‼️

Pihak pengurusan Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat membuka peluang infaq seluasnya untuk tuan/puan *SEMPENA RAMADAN INI* bagi tujuan pembinaan :-
- pagar
- pejabat
- dewan kelas
- rumah guru
- surau

Untuk makluman semua, permohonan sumbangan ini juga, bagi tujuan pembinaan *BANGUNAN SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM HIDAYATUL QURAN (SRITI HQ) , LENGGONG*, yang juga turut akan dibangunkan di tapak tersebut yang bertempat di Kg Batu Puteri, Banggol Belimbing, 33400 Lenggong Perak.
https://maps.app.goo.gl/cZwg2xYm9bjehDKq5?g_st=ic

Segala sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun:

*MAYBANK 558136013572*
*(TABUNG PEMB MAAHAD TAHFIZ LIL BANAT)*
Atau imbas QR code yang tertera di dalam poster.

Semoga segala sumbangan tuan/puan diberkati dan dibalas dengan sebaik-baik ganjaran oleh Allah SWT. Ameen.

βœ…*JUMLAH TERKUMPUL*
(20/2/2026) *RM3454.00*

Sekian, terima kasih.
Sebarang pertanyaan sila hubungi

Ust juwadi:0135378142(PENGERUSI LILBANAT)
Ust Hariz :01115232330 (TIMB. LILBANAT)
Hj Jamil:0195736349(Guru Besar SRITI HQ)
Ustazah Amalina :0195924775 (PK SRITI HQ)

Facebook
https://www.facebook.com/share/v/1EkQfRayoH/?mibextid=wwXIfr

Tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSavYsYn1/

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah dilantik sebagai Ketua & Penolong Ketua Pengawas, Pengawas Sekolah, Setiausa...
08/02/2026

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah dilantik sebagai Ketua & Penolong Ketua Pengawas, Pengawas Sekolah, Setiausaha pengawas sekolah, Pengawas SPBT, Pengawas Surau, Pembimbing Sahabat Sriti serta Ketua & Penolong Kelas
SRITI Hidayatul Quran bagi tahun 2026.

Semoga semua yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan jujur, berdisiplin dan berakhlak mulia, serta menjadi contoh terbaik kepada rakan-rakan.

Ingatlah, kepimpinan itu amanah, bukan keistimewaan 🌱
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus cemerlang!

27/01/2026

Sekitar suasana mengundi bagi calon calon ketua pengawas dan penolong ketua pengawas bagi sesi 2026. 😁

27/01/2026

Dan calon terakhir. Nasywaa.
Kita akan umumkan pada hari jumaat nanti siapakah yang telah terpilih. 😁

27/01/2026

Calon kedua. Aisyah.

27/01/2026

Dengarkan manifesto dari calon pertama untuk jawatan ketua pengawas/penolong ketua pengawas. Ulfah.

πŸ—³οΈ PILIHAN RAYA SRITI 2026 πŸ—³οΈTelah berlangsung Pilihan Raya SRITI bagi melantik Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengaw...
27/01/2026

πŸ—³οΈ PILIHAN RAYA SRITI 2026 πŸ—³οΈ

Telah berlangsung Pilihan Raya SRITI bagi melantik Ketua Pengawas dan Penolong Ketua Pengawas Tahun 2026 pada hari Jumaat, 23/1/2026 dengan penuh tertib dan semangat demokrasi.

Program ini memberi pendedahan awal kepada murid tentang proses pilihan raya, kepimpinan, tanggungjawab serta nilai keadilan dalam membuat pilihan. Setiap undi yang diberikan mencerminkan kepercayaan dan harapan warga sekolah terhadap barisan kepimpinan yang bakal memimpin.

πŸ“’ Keputusan pilihan raya akan diumumkan pada hari Jumaat, 30/1/2026.

Semoga pengawas yang terpilih dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, berdisiplin serta menjadi contoh teladan yang baik kepada seluruh warga SRITI.




Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Ilmu, ...
27/01/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Ilmu, Pengawas Surau, Pembimbing Sahabat SRITI serta Ketua dan Penolong Kelas bagi Sesi Persekolahan 2026.

Lantikan ini adalah satu kepercayaan dan amanah yang besar. Jalankan tugas dengan penuh tanggungjawab, disiplin, kejujuran dan keikhlasan, serta jadilah contoh teladan yang baik kepada rakan-rakan.

Semoga semua yang dilantik mampu memimpin dengan hikmah, berkhidmat dengan ikhlas dan menyumbang ke arah pembentukan sahsiah murid yang berakhlak mulia serta cemerlang dunia dan akhirat.

β€œAmanah dipikul, tanggungjawab dijunjung.”
Selamat berkhidmat dan semoga terus beristiqamah πŸ’š

30/08/2025

Ustaz Asraf, berjaya juga bunyikan loceng 😍

Address

Lenggong
33400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60135878140

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Hidayatul Quran Lenggong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to SRITI Hidayatul Quran Lenggong:

Share