SK JALAN PAYA BESAR Official

SK JALAN PAYA BESAR Official

πŸ“’ PEMAKLUMAN KEMBALI KE SEKOLAHπŸŽ’βœ¨ Esok, Ahad 7 Jun 2026 merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti. Selamat kembal...
05/06/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN KEMBALI KE SEKOLAH

πŸŽ’βœ¨ Esok, Ahad 7 Jun 2026 merupakan hari pertama persekolahan selepas cuti. Selamat kembali ke sekolah buat semua murid SK Jalan Paya Besar!

Semoga sesi persekolahan Semester 2 sesi akademik 2026 berjalan lancar dan membawa lebih banyak kejayaan buat semua warga SKJPB. Jumpa esok! 😊



26/05/2026

πŸ“šβœ¨ MURID DAH TAHU CARA LOG MASUK AINS NILAM? βœ¨πŸ“š

Kini rekod bacaan lebih mudah dan sistematik melalui AINS NILAM (Advanced Integrated NILAM System).

Hanya beberapa langkah mudah:
βœ… Buka portal AINS NILAM
βœ… Log masuk menggunakan akaun DELIMa
βœ… Rekod bacaan
βœ… Kumpul pencapaian membaca

Ibu bapa digalakkan membantu anak-anak log masuk dan memastikan rekod bacaan dikemas kini secara berkala.

Jom jadikan membaca sebagai amalan harian kerana…

πŸ“– Membaca Menambah Ilmu, Ilmu Menyinari Hidup.





26/05/2026

πŸ“šβœ¨ TIPS PENGISIAN AINS NILAM βœ¨πŸ“š

Masih tertangguh nak isi rekod bacaan AINS NILAM? Jom jadikan amalan membaca lebih menyeronokkan dan konsisten!

βœ… Isi sebaik selesai membaca
βœ… Tetapkan 5 minit NILAM setiap hari
βœ… Pelbagaikan bahan bacaan
βœ… Fokus pada kualiti, bukan kuantiti
βœ… Semak semula sebelum hantar

Ingat, NILAM bukan sekadar mengumpul rekod β€” tetapi membina budaya membaca, menambah ilmu dan membentuk murid yang lebih berkeyakinan. 🌟

πŸ“– Baca dengan minat
πŸ“ Isi dengan tepat
πŸš€ Konsisten setiap hari

πŸ“’ Hebahan Pertandingan AI Prompt Challenge KBB 2026πŸ’»πŸ“Sempena cuti sekolah ini, murid dan guru dijemput menyertai AI Prom...
22/05/2026

πŸ“’ Hebahan Pertandingan AI Prompt Challenge KBB 2026πŸ’»

πŸ“Sempena cuti sekolah ini, murid dan guru dijemput menyertai AI Prompt Challenge: KBB 2026.

πŸ“Gunakan AI tools dalam DELIMa untuk menghasilkan karya kreatif, inovatif dan bermakna berdasarkan tema Pendidikan Digital Masa Hadapan.

βœ… Bebas hasilkan karya digital
βœ… Rujuk contoh prompt dan maklumat pertandingan dengan mengimbas QR.
βœ… Hantar penyertaan melalui Google Form di Classwork. Tekan butang *TURN IN* dalam Classwork.

πŸ”₯ Jadikan cuti sekolah anda lebih produktif, kreatif dan berinspirasi dengan AI!




πŸ“’  Makluman Cuti Pertengahan Tahun 2026 Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun akan bermula pada 21 Mei 2026 hingga 6...
22/05/2026

πŸ“’ Makluman Cuti Pertengahan Tahun 2026

Dimaklumkan bahawa cuti pertengahan tahun akan bermula pada 21 Mei 2026 hingga 6 Jun 2026 dan sesi persekolahan akan dibuka semula pada 7 Jun 2026 seperti dalam surat makluman yang dilampirkan.

✨ Sepanjang cuti ini, murid-murid diharapkan dapat:

πŸ“š Mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan
πŸ•Œ Menjaga solat dan adab di rumah
πŸ’ͺ Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§ Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga
πŸ“– Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanfaat

Semoga semua murid dapat memanfaatkan cuti ini dengan sebaiknya dan kembali ke sekolah nanti dengan semangat yang lebih ceria dan bersedia untuk belajar πŸ’–

Selamat bercuti daripada warga SK Jalan Paya Besar 🌸





✨ Google Read Along melalui ID DELIMAπŸ‘©β€πŸ’»Guna laptop boleh, guna tablet boleh, guna handphone pon boleh πŸ‘Jom budayakan me...
16/05/2026

✨ Google Read Along melalui ID DELIMAπŸ‘©β€πŸ’»

Guna laptop boleh, guna tablet boleh, guna handphone pon boleh πŸ‘

Jom budayakan membaca digital!



πŸ“šβœ¨ Jom Budayakan Bacaan Digital!

Gunakan Google Read Along melalui ID DELIMa untuk membantu murid membaca dengan lebih yakin, seronok dan interaktif menggunakan laptop. πŸ’»πŸŽ€

βœ… Percuma
βœ… Mudah digunakan
βœ… AI bantu sebutan bacaan
βœ… Sesuai untuk murid sekolah rendah

Mari jadikan pembelajaran membaca lebih menyeronokkan bersama teknologi digital! πŸš€

πŸ“Œ Sukantara sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SKJPB 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸ—“οΈ Selasa 14.4.2026 & Rabu 15.4.2026πŸ“ Padang SKJPBAcar...
09/05/2026

πŸ“Œ Sukantara sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SKJPB 2026 πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ
πŸ—“οΈ Selasa 14.4.2026 & Rabu 15.4.2026
πŸ“ Padang SKJPB

Acara Sukantara sempena Kejohanan Olahraga Tahunan SKJPB 2026 yang melibatkan murid-murid Tahun 3 hingga Tahun 6 telah berlangsung pada 14&15 April 2026 ✨

Acara yang dipertandingkan ialah:
πŸƒ Larian 100 meter
πŸ‘Ÿ Lompat jauh

Tahniah dan syabas kepada semua murid yang telah menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama terbaik sepanjang acara berlangsung πŸ’ͺπŸ‘

Keputusan keseluruhan Sukantara 2026:
πŸ’š Hijau β€” 356 mata
πŸ’™ Biru β€” 342 mata
πŸ’› Kuning β€” 342 mata
❀️ Merah β€” 328 mata

πŸ”₯ TAHNIAH kepada semua rumah sukan!






πŸ“Œ Program Amalan Guru Penyayang & Zoom Kelas Fasa 1 πŸ—“οΈ Ahad 19 April 2026Program Amalan Guru Penyayang & Zoom Kelas SK J...
09/05/2026

πŸ“Œ Program Amalan Guru Penyayang & Zoom Kelas Fasa 1
πŸ—“οΈ Ahad 19 April 2026

Program Amalan Guru Penyayang & Zoom Kelas SK Jalan Paya Besar telah berlangsung pada 19 April 2026 yang lalu.

πŸŽ‚ Program Amalan Guru Penyayang diadakan bagi meraikan sambutan Hari Lahir murid dan guru untuk bulan Januari hingga April. Majlis turut diserikan dengan simbolik potong kek buat semua yang diraikan πŸ°πŸ’–

πŸ† Program Zoom Kelas p**a merupakan penghargaan kepada kelas yang berjaya mencatat peratus kehadiran terbaik bagi setiap bulan bermula Januari hingga Mac melibatkan kelas Tahap 1 dan Tahap 2 πŸ‘πŸ“š Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus hadir ke sekolah dan kekal cemerlang!

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling (BnK) SK Jalan Paya Besar & semua Pembimbing Rakan Sebaya atas penganjuran program ini πŸ’βœ¨







πŸ“’ Makluman Cuti Sempena Hari Pekerja 2026
30/04/2026

πŸ“’ Makluman Cuti Sempena Hari Pekerja 2026

πŸ“Œ Majlis Sanjungan Budi, Kenangan AbadiSempena Persaraan Ustazah Najah Salam binti ShuhaimiπŸ—“οΈ Khamis 16 April 2026πŸ“Dewan...
29/04/2026

πŸ“Œ Majlis Sanjungan Budi, Kenangan Abadi
Sempena Persaraan Ustazah Najah Salam binti Shuhaimi
πŸ—“οΈ Khamis 16 April 2026
πŸ“Dewan Solahuddin al Ayubbi

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan penuh penghormatan dan rasa terharu Majlis Persaraan Ustazah Najah Salam binti Shuhaimi pada 16 April 2026 di Dewan Solahuddin Al-Ayubbi, SK Jalan Paya Besar.

Segala jasa, pengorbanan dan dedikasi beliau sepanjang berkhidmat dalam dunia pendidikan amatlah dihargai. Keikhlasan dalam mendidik, kesabaran membimbing serta komitmen yang tinggi menjadikan beliau seorang pendidik yang disegani dan dikasihi warga sekolah.

Majlis yang penuh bermakna ini bukan sekadar tanda perpisahan, tetapi sebagai simbol penghargaan atas segala bakti yang telah dicurahkan. Kenangan bersama Ustazah Najah Salam pasti akan terus terpahat dalam ingatan seluruh warga SK Jalan Paya Besar.

Semoga Ustazah Najah Salam dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga tercinta serta ketenangan dalam menempuh fasa kehidupan yang baharu.






Address

Lunas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK JALAN PAYA BESAR Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to SK JALAN PAYA BESAR Official:

Share