Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf Uitm Cawangan Kelantan - Rasmi

Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf Uitm Cawangan Kelantan - Rasmi Medium rasmi dalam menyampaikan maklumat mengenai Zakat, Sedekah dan Wakaf kepada warga UiTM

PAUTAN

INSTAGRAM:
https://instagram.com/uzsw_uitmck_

Majlis Kunjungan Mesra Pusat UiTM Shah Alam dan Program menyantuni asnaf viral Kelantan dengan kerjasama Bahagian Zakat,...
25/08/2022

Majlis Kunjungan Mesra Pusat UiTM Shah Alam dan Program menyantuni asnaf viral Kelantan dengan kerjasama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam, 24 Ogos 2022 -

UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan daripada Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam bagi mengadakan Kunjungan Mesra, serta Mersyuarat Penyelarasan Koordinator UZSW bersama YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan, juga dihadiri oleh Dr. Mohd Ashrof Zaki, En Muhamad Faisol, En Mohd Izwan dan Mohd Noor Syafiq yang merupakan AJK ZAWAF UiTM Shah Alam bersama Dr. Mohd Nazri dan ahli AJK lain dari UZSW Cawangan Kelantan.

Selanjutnya, Majlis diteruskan dengan program yang dijalankan oleh Unit Zakat Sedekah dan Wakaf (UZSWCK) dengan kerjasama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM Shah Alam iaitu Program Menyantuni Asnaf Viral di Kuala Krai dan Rantau Panjang.

Program ini juga disertai oleh semua pihak ZAWAF dan pihak UZSWCK yang hadir didalam mersyuarat. Program santuni ini berlangsung sejurus selepas tamat mersyuarat bersama Rektor UiTM Cawangan Kelantan sehingga 6PM yang melibatkan 3 buah rumah pelajar Asnaf di Rantau Panjang dan Kuala Krai. Sehubungan itu, bantuan berbentuk wang tunai, pembiayaan yuran dan lain-lain telah di sumbangkan kepada 3 orang pelajar asnaf UiTM untuk membantu pembiayaan pembelajaran mereka didalam UiTM.

Program Santuni Orang Asli Di Perkampungan Orang Asli Gua Musang Siri 1 Anjuran Unit Zakat, Sedekah & Wakaf (UZSW) UiTM ...
17/08/2022

Program Santuni Orang Asli Di Perkampungan Orang Asli Gua Musang Siri 1 Anjuran Unit Zakat, Sedekah & Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan, 23 Julai - Unit Zakat, Sedekah & Wakaf (UZSW) telah menzirahi perkampungan orang asli di Kg. Merlong, Kuala Betis, Gua Musang untuk menyantuni mereka dan memberi pendedahan tentang pendidikan Islam serta merapatkan silaturahim antara pihak UZSWCK dan penduduk orang asli di Gua Musang.




Program Jelajah Asnaf Siri 1 2022 Anjuran Unit Zakat, Sedekah & Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan, 10 & 11 Ogos - Unit...
17/08/2022

Program Jelajah Asnaf Siri 1 2022 Anjuran Unit Zakat, Sedekah & Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan, 10 & 11 Ogos - Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) telah menjalankan sebuah program untuk mengenalpasti kumpulan pelajar asnaf yang memerlukan. Tiga orang asnaf telah dikenalpasti dan merupakan mahasiswa UiTM, pihak UZSW telah menziarahi rumah kediaman mereka yang bertempat di Kuala Krai dan Rantau Panjang, Kelantan.




10/05/2022

Assalamualaikum kepada semua staf UiTM Cawangan Kelantan

Video dibawah adalah cara-cara membuat pemotongan gaji untuk Tabung Sedekah Rm2 Sebulan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H/2022M ✨Ikhlas daripada Unit Zakat, Sedekah & Wakaf Uitm Cawangan Kelantan
03/05/2022

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI 1443H/2022M ✨

Ikhlas daripada Unit Zakat, Sedekah & Wakaf Uitm Cawangan Kelantan

Dalam ayat ini, Allah SWT telah menyampaikan perintah puasa kepada orang-orang beriman. Puasa adalah suatu Syariat yang ...
14/04/2022

Dalam ayat ini, Allah SWT telah menyampaikan perintah puasa kepada orang-orang beriman. Puasa adalah suatu Syariat yang penting; ia bukanlah suatu perkara baru kerana umat-umat terdahulu juga telah diperintahkan untuk berpuasa.

Kewajipan puasa di bulan Ramadhan merupakan “madrasah” yang sangat luas rahmatnya kepada setiap insan yang menghayatinya. Siapa pun boleh menimba lautan keberkatan yang disediakan oleh Allah SWT di dalamnya. Kerana itu Allah SWT telah menyediakan madrasah ini untuk dimasuki oleh siapa pun sejak umat-umat yang terdahulu.

Hikmah Allah mewajibkan puasa ke atas orang-orang beriman adalah untuk meningkatkan kedudukan mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa.

UNIT ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKF UiTM CAWANGAN KELANTAN

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1443H/2022M✨Ikhlas daripada Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan
14/04/2022

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1443H/2022M✨

Ikhlas daripada Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan

PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR DALAM TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDAKampus UiTM Cawangan Kelantan:Machang/...
06/04/2022

PERMOHONAN ZAKAT PELAJAR DALAM TALIAN BAGI PELAJAR DIPLOMA DAN IJAZAH SARJANA MUDA

Kampus UiTM Cawangan Kelantan:
Machang/Kota Bharu

Kaedah Permohonan:
Dalam Talian (Online)

Tarikh Permohonan Zakat (e-Zakat):
• Buka : 3 April 2022 (Ahad)
• Tutup : 2 Mei 2022 (Isnin)

Tarikh Temuduga Zakat:
• Mula : 3 Mei 2022 (Selasa)
• Tutup : 16 Mei 2022 (Isnin)

Masa Temuduga Zakat:
• Pagi : 9.00 Pagi - 12.00 Tengah hari
• Petang : 2.30 Petang - 4.30 Petang

Panel Penemuduga: Penyelaras Program Diploma dan Ijazah

Kaedah Temuduga:
1. Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTM Cawangan Kelantan mengambil maklum berkenaan fasa endemik COVID-19 di Malaysia, justeru TIADA SESI TEMUDUGA SECARA FIZIKAL AKAN DILAKSANAKAN PADA SEMESTER 20222-SESI 2 2021/2022 ini.
2. Pelajar diminta untuk memilih tarikh temuduga dalam sistem e-Zakat setelah status permohonan pelajar berubah kepada DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA. Temuduga hanya dijalankan pada hari AHAD, ISNIN, SELASA, DAN RABU pada setiap minggu (tidak termasuk cuti umum).
3. Pelajar hendaklah menghubungi Penyelaras Program masing-masing bagi urusan temuduga.
4. Pelajar yang berstatus DERMASISWA DISOKONG DAN BERJAYA UNTUK TEMUDUGA akan ditemuduga secara penggilan telefon atau dalam talian (online).
5. Kegagalan pelajar untuk menghubungi panel penemuduga pada tarikh temuduga boleh menyebabkan permohonan zakat pelajar DITOLAK.

Untuk pertanyaan boleh hubungi: Dr. Shahrizal Mahpol (0179295370)

Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak, didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Koordinator
Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
30 Oktober 2022

Address

Aras Dua, Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi Mara Cawangan Kelantan, Bukit Ilmu
Machang
18500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6099762007

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf Uitm Cawangan Kelantan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Unit Zakat Sedekah Dan Wakaf Uitm Cawangan Kelantan - Rasmi:

Share