UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi

UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Unit Komunikasi Korporat

HEBAHAN 𝐌𝐈𝐈𝐄𝐗’26: INCLUSIVE DIGITAL FUTURESAyuh bersama mengikuti sesi temubual eksklusif bersama Profesor Datuk Ts. Dr....
05/06/2026

HEBAHAN 𝐌𝐈𝐈𝐄𝐗’26: INCLUSIVE DIGITAL FUTURES

Ayuh bersama mengikuti sesi temubual eksklusif bersama Profesor Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi Hj. Zaini, Rektor UiTM Cawangan Melaka dalam segmen AWANI Pagi di Astro AWANI saluran 501.

Tarikh: 6 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Saluran: Astro AWANI (Saluran 501)

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perkongsian pandangan dan perspektif kepimpinan akademik dalam mendepani transformasi digital masa hadapan.

Set temu anda dan nantikan siarannya!

Rektor UiTM Cawangan Melaka
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi











BANDARAYA MELAKA, 3 Jun 2026 – Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Komander Kesatria Dan Jawatankuasa Perwaki...
04/06/2026

BANDARAYA MELAKA, 3 Jun 2026 – Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Komander Kesatria Dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Mamat telah hadir bagi memenuhi undangan ke Program Sambutan Bulan Pemakanan Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka.

Program ini berlangsung mulai 3 hingga 5 Jun 2026 di Pentas Utama, Aeon Mall Bandaraya Melaka. Pada 3 Jun 2026 telah berlangsung Bengkel Asas Mempertahankan Diri (Fighting Fit), Poket Talk dan Kuiz Interaktif kepada mahasiswa/I UiTM Cawangan Melaka, Kampus Bandaraya Melaka yang telah diadakan mulai jam 2 hingga 4.30 petang.

Pihak Penolong Rektor Kampus serta Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kampus Bandaraya Melaka mengucapkan terima kasih atas jemputan ini.







HEBAHAN MAJLIS SYARAHAN PROFESOR: YBHG. PROF. DATUK Ts. DR. HJ. MOHD RASDI BIN HJ. ZAINIWarga UiTM Cawangan Melaka dijem...
04/06/2026

HEBAHAN MAJLIS SYARAHAN PROFESOR: YBHG. PROF. DATUK Ts. DR. HJ. MOHD RASDI BIN HJ. ZAINI

Warga UiTM Cawangan Melaka dijemput hadir ke Majlis Syarahan Profesor: YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Hj. Mohd Rasdi Hj. Zaini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Jun 2026 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Auditorium Ibu Zain, UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Ayuh bersama-sama menghadiri sesi perkongsian ilmiah ini bagi menimba ilmu, pandangan dan pengalaman daripada tokoh akademik ke arah memperkukuh budaya ilmu serta kecemerlangan akademik warga universiti.

Jumpa anda di sana!







BANDUNG | VIETNAM | BANGKOK - 28 Mei hingga 1 Jun 2026 – Seramai 120 orang pelajar Semester 4 Program Perniagaan Antarab...
04/06/2026

BANDUNG | VIETNAM | BANGKOK - 28 Mei hingga 1 Jun 2026 – Seramai 120 orang pelajar Semester 4 Program Perniagaan Antarabangsa, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan telah menyertai Program Lawatan Akademik dan Khidmat Masyarakat (SULAM) Pengantarabangsaan yang berlangsung di Bandung, Indonesia; Dalat, Vietnam; dan Bangkok, Thailand. Program ini turut disertai oleh tujuh orang pensyarah pengiring.

Program yang merupakan sebahagian daripada keperluan kursus International Business Issues (IBM651) ini bertujuan meningkatkan pengalaman pembelajaran global pelajar melalui aktiviti akademik, pemindahan ilmu serta khidmat masyarakat di peringkat antarabangsa.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah menjalankan sesi perkongsian ilmu dan aktiviti akademik di Universitas Islam Negeri Sunan Gunung Djati Bandung, Universiti Thammasat Bangkok, Panti Asuhan Yayasan Al Bana serta Kampung Melayu Champa di Vietnam. Antara topik yang diketengahkan dalam sesi perkongsian tersebut ialah Mental Health among University Students, The Impacts of AI among Students dan Learn English Through Songs.

Selain aktiviti akademik, program ini turut menyaksikan pelaksanaan Program Ibadah Korban yang dianjurkan oleh Persatuan International Business Unity Club (IBUC). Sebanyak tujuh ekor lembu telah dikorbankan dan diagihkan kepada komuniti setempat di Bandung, Indonesia dan Dalat, Vietnam.

Bagi memperkukuhkan elemen tanggungjawab sosial dan kemasyarakatan, para peserta turut menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan, alat tulis dan makanan kepada Panti Asuhan Yayasan Al Bana di Bandung, komuniti Melayu Champa di Vietnam serta Masjid Al Alawi di Bangkok, Thailand.

Menurut penasihat program, Encik Mohd Isham bin Abidin, program ini bukan sahaja memberi pendedahan antarabangsa kepada pelajar, malah membantu membentuk kemahiran insaniah, semangat kesukarelawanan serta meningkatkan kefahaman terhadap kepelbagaian budaya dan masyarakat global.

Turut mengiringi program ini ialah penasihat bersama, Encik Ammar Amierul bin Zahba dan Puan Nurul Azrin Ariffin, serta pensyarah pengiring, Puan Fadhilah binti Zainal Abidin dan Encik Farhi bin Razali.






Artikel Akhbar - Utusan Malaysia3 Jun 2026“Pengiktirafan UEC: Di mana letaknya kepentingan negara?"Dr. Shafezah Abdul Wa...
04/06/2026

Artikel Akhbar - Utusan Malaysia
3 Jun 2026

“Pengiktirafan UEC: Di mana letaknya kepentingan negara?"

Dr. Shafezah Abdul Wahab
Pensyarah Kanan
Fakulti Komunikasi & Pengajian Media
UiTM Cawangan Melaka





03/06/2026

Assalamualaikum and Greetings,

We are pleased to invite you to participate in the 2nd Creative Arts & Social Science International Conference (CASSIC 2026), organized by UiTM Melaka in collaboration with the Postgraduate Studies, Faculty of Art & Design.

Theme: “Advancing Social Science Pathways Toward Sustainable Development and Inclusive Futures”

Conference Details:
Date: 1 – 3 September 2026
Venue: Holiday Inn Melaka, Malaysia

IMPORTANT DEADLINE
Abstract Deadline
5th June 2026
For further details and registration, please visit: https://submit.confbay.com/conf/cassic2026

We would be honored by your participation and contribution to this international academic platform.

Thank you, and we look forward to welcoming you to Melaka.

CASSIC 2026 Secretariat
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Melaka
Email: [email protected]
Phone: +603-8890 3062







Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada staf UiTM Cawangan Melaka di atas pelantikan semula seperti butiran berikut:1) ...
01/06/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada staf UiTM Cawangan Melaka di atas pelantikan semula seperti butiran berikut:

1) Prof. Madya Dr. Sharmiza Abu Hassan – Dilantik semula sebagai Ketua Pusat Pengajian Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka(FSSR), berkuat kuasa 1 Jun 2026

2) Dr. Sharifah Norhafiza Syed Ibrahim - Dilantik semula sebagai Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan(FPN), berkuat kuasa 1 Jun 2026

Semoga kepimpinan dan amanah yang diberikan terus menjadi pemangkin kepada kecemerlangan universiti, memperkukuh sinergi warga kerja serta melonjakkan reputasi UiTM ke tahap yang lebih gemilang.







Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga UiTM Cawangan Melaka yang beragama Buddha.
31/05/2026

Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 kepada seluruh warga UiTM Cawangan Melaka yang beragama Buddha.







UiTM Cawangan Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 kepada seluruh warga UiTM dan rakyat...
30/05/2026

UiTM Cawangan Melaka mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan & Hari Gawai 2026 kepada seluruh warga UiTM dan rakyat Malaysia yang meraikannya.

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
Gayu Guru, Gerai Nyamai







Siaran Media - themerdekatimes.com26 Mei 2026“KL hab hiburan: Utamakan hiburan terkawal, berbudaya, bukan liberalisasi t...
29/05/2026

Siaran Media - themerdekatimes.com
26 Mei 2026

“KL hab hiburan: Utamakan hiburan terkawal, berbudaya, bukan liberalisasi tanpa batas – Penganalisis”

Berita penuh:- https://themerdekatimes.com/news/2026/05/kl-hab-hiburan-utamakan-hiburan-terkawal-berbudaya-bukan-liberalisasi-tanpa-batas-penganalisis/

Mohd Adib Izzat Mohd Nor
Pensyarah
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan (FPHP)
UiTM Cawangan Melaka







Pensyarah Pelancongan UiTM, Mohd Adib Izzat Mohd Nor berkata, pelbagai acara boleh dianjurkan di ibu negara bagi menarik pelancong global tanpa mengorbankan identiti negara. Beliau juga menarik perhatian kepada potensi sektor pelancongan Muslim di negara ini yang disifatkannya sebagai kekuatan Malay...

Address

Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka, KM 26 Jalan Lendu
Malacca City
78000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UiTM Cawangan Melaka - FB Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share