My HEPA UTeM

My HEPA UTeM Selamat datang ke page rasmi Pejabat Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM. Gerbang media sosial

31/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ช๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ž

Semoga perayaan ini membawa kebahagiaan, dan kesejahteraan buat anda sekeluarga.

25/05/2026
25/05/2026

๐Ÿ“ข ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡

Tahniah diucapkan kepada Team Pelajar atas kejayaan terpilih menyertai:

๐ŸŒ ๐†๐‘๐€๐๐ƒ ๐’๐‡๐Ž๐–๐‚๐€๐’๐„ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ
๐ˆ๐Œ๐๐€๐‚๐“ ๐ƒ๐ˆ๐†๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐–๐ˆ๐“๐‡ ๐‚๐Ž๐Œ๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐˜ ๐“๐Ž๐”๐‘๐ˆ๐’๐Œ ๐Ÿ.๐ŸŽ (๐ˆ๐ƒ๐‚๐“๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“)

Program IDCT merupakan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dalam usaha memperkasa pembangunan pelancongan komuniti digital secara lestari melalui penglibatan mahasiswa dan komuniti.

๐Ÿ‘ฉโ€๐ŸŽ“ ๐๐ž๐ฌ๐ž๐ซ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ:
โœ… Rabiatul Adawiyah binti Abdul Ghani
โœ… Shafriqa Aqisha binti Faizal Asfan
โœ… Tuan Luqman Hakim bin Tuan Ahmad Azwadi
โœ… Wong Yi Ting
โœ… Yap Yi Kian

๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿซ ๐Œ๐ž๐ง๐ญ๐จ๐ซ:
Puan Siti Rohana binti Omar

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 12 โ€“ 14 Jun 2026
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: The Summer Shopping Mall, Kota Samarahan, Sarawak

Semoga penyertaan ini menjadi platform terbaik dalam mengetengahkan idea, inovasi dan potensi mahasiswa di peringkat yang lebih tinggi serta memperkukuh pembangunan pelancongan komuniti digital secara lestari.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan atas pencapaian yang membanggakan ini.

25/05/2026
๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐—๐“๐†๐„๐๐๐ˆ๐™๐Ÿš€ โ€œ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐ƒ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐งโ€๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 10 Jun 2026 (Rabu)๐Ÿ•— ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 8.00 pagi โ€“ 2.00 peta...
22/05/2026

๐Ÿ“ข ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐—๐“๐†๐„๐๐๐ˆ๐™
๐Ÿš€ โ€œ๐Œ๐ž๐ฆ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐ƒ๐š๐ง ๐Œ๐ž๐ง๐œ๐ž๐ญ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ฅ๐š๐ข ๐Š๐ž๐ฎ๐ฌ๐š๐ก๐š๐ฐ๐š๐ง๐š๐งโ€

๐Ÿ“… ๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: 10 Jun 2026 (Rabu)
๐Ÿ•— ๐Œ๐š๐ฌ๐š: 8.00 pagi โ€“ 2.00 petang
๐Ÿ“ ๐“๐ž๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ: Dewan Seminar UTeM, Kampus Teknologi

Program NextGenBiz anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) merupakan platform pembangunan keusahawanan mahasiswa yang memberi pendedahan secara langsung kepada dunia perniagaan, peluang pembiayaan serta pembangunan potensi diri sebagai usahawan masa hadapan.

Program ini dirangka khusus untuk membentuk mahasiswa yang lebih kompetitif, berdaya saing serta mempunyai mindset usahawan melalui sesi perkongsian bersama usahawan berjaya, mentor industri dan alumni UTeM yang telah berjaya dalam bidang perniagaan.

๐ŸŽฏ ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐š๐ฉ๐š ๐€๐ง๐๐š ๐๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐‡๐š๐๐ข๐ซ?
โœ… Merit / Tuah Indeks disediakan
โœ… Makanan dan minuman disediakan
โœ… Goodies eksklusif daripada pihak MARA
โœ… Sharing session bersama usahawan berjaya MARA & alumni UTeM
โœ… Booth pameran agensi di bawah MARA
โœ… Booth jualan pelajar Sasana Niaga
โœ… Peluang networking bersama komuniti usahawan dan agensi berkaitan

๐ŸŽฏ ๐ˆ๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š:
โœ… Membina mindset usahawan dan kepimpinan
โœ… Pendedahan kepada dunia bisnes sebenar
โœ… Meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills)
โœ… Menjana keyakinan dan jati diri
โœ… Membentuk graduan berdaya saing dan inovatif

โœจ Sertai program ini dan rebut peluang untuk menimba ilmu, membina jaringan industri serta meneroka peluang keusahawanan bersama MARA dan usahawan berjaya!

๐Ÿ“ฒ Imbas Kod QR pada poster atau layari pautan berikut untuk pendaftaran:

https://bit.ly/ProgramNEXTGENBIZUTeM

Saya menghadiri Program Khas: Ukhwah MADANI Bersama Persatuan Anak-Anak Borneo Universiti Teknikal Malaysia Melaka sebua...
22/05/2026

Saya menghadiri Program Khas: Ukhwah MADANI Bersama Persatuan Anak-Anak Borneo Universiti Teknikal Malaysia Melaka sebuah platform yang bukan sahaja memperkukuh ukhuwah dalam kalangan mahasiswa, malah menyemai semangat kenegaraan dan kebersamaan dalam kerangka Malaysia MADANI.

Program ini membawa pengisian yang cukup bermakna melalui sesi Interaktif Kenegaraan bersama Sahabat Penggerak MADANI Negeri Melaka yang membuka ruang kepada mahasiswa untuk memahami dengan lebih dekat nilai perpaduan, tanggungjawab sosial serta peranan generasi muda dalam pembangunan negara yang inklusif dan harmoni.

Turut berlangsung sesi khas bersama YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), hasil kerjasama strategik antara UTeM dan Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) dalam memperkukuh agenda kenegaraan serta pembangunan sahsiah mahasiswa. Sesi ini memberikan pelbagai perkongsian berharga berkaitan pembangunan mahasiswa, agenda perpaduan serta kepentingan memperkukuh hubungan antara mahasiswa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Melihat semangat dan keterlibatan mahasiswa Anak-Anak Borneo sepanjang program berlangsung, saya percaya platform seperti ini amat penting dalam membina rasa kekitaan, mempererat hubungan silaturahim serta memupuk kefahaman yang lebih mendalam terhadap kepelbagaian budaya dan identiti dalam keluarga besar UTeM.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Anak-Anak Borneo UTeM serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga semangat ukhwah dan nilai MADANI terus subur dalam membentuk mahasiswa yang berjiwa besar, berintegriti dan cintakan perpaduan negara.




Address

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)

76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My HEPA UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to My HEPA UTeM:

  • Want your university to be the top-listed University?

Share