Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia

Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia Kolej Komuniti Bukit Beruang : institusi pengajian teknikal di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi. VISI kami adalah : Menjadi peneraju TVET yang unggul.

Kolej Komuniti Bukit Beruang adalah Institusi Pengajian Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang menawarkan Pengajian Sepenuh Masa & Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). MISI kami :
1. Memberikan akses yang meluas kepada program TVET berkualiti dan diiktiraf.
2. Memperkasa komuniti melalui pembelajaran sepanjang hayat.
3. Melahirkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
4. Memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak yang berkepentingan.

KURSUS HIASAN DINDING DENGAN TEKNIK APPLIQUEKursus ini telah dijalankan pada 14 April 2026 bermula pada 9.00 pagi - 5.00...
14/05/2026

KURSUS HIASAN DINDING DENGAN TEKNIK APPLIQUE

Kursus ini telah dijalankan pada 14 April 2026 bermula pada 9.00 pagi - 5.00 petang ini telah di hadiri oleh seramai 15 orang klien PUSPEN Tampin

Objektif utama program ini adalah untuk memperkenalkan klien konsep dan teknik jahitan asas applique, melatih klien memilih, menyusun motif dan fabrik yang menarik bagi menghasilkan produk dengan menggunakan teknik applique untuk dijadikan produk hiasan dan jualan.

Penceramah : Cik Shabana Binti Mohamad Yusoff
Pembantu : Pn. Norhaslina Binti Shariff

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus pendek yang di tawarkan sila tekan link telegram di bawah:-
https://t.me/kursuspendekKKBBM

Group ini adalah medium sebaran maklumat berkaitan kursus yang di jalankan di KKBBM.









KURSUS APLIKASI MICROSOFT EXCEL  Kursus ini yang telah di jalankan pada 12-14 Mei 2026 bermula pada 8.30 pagi - 5.00 pet...
14/05/2026

KURSUS APLIKASI MICROSOFT EXCEL

Kursus ini yang telah di jalankan pada 12-14 Mei 2026 bermula pada 8.30 pagi - 5.00 petang ini telah di hadiri oleh seramai 20 orang anggota dari Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Objektif utama program ini adalah untuk memahami fungsi asas, penggunaan microsoft excel dan pengurusan data, memasukkan, menyusun dan mengemaskini data serta mengaplikasikan kemahiran dalam excel.

Penceramah : Hj Norasid Bin Majid
Pembantu Penceramah : En. Muhamad Zamani Bin Ismail
Penyelaras : Cik Shabana Binti Mohamad Yusoff

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus pendek yang di tawarkan sila tekan link telegram di bawah:-
https://t.me/kursuspendekKKBBM

Group ini adalah medium sebaran maklumat berkaitan kursus yang di jalankan di KKBBM.









๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Š๐„ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”Untuk makluman KURSUS ASAS DAN PENGENALAN B...
13/05/2026

๐๐„๐Œ๐€๐Š๐‹๐”๐Œ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐๐ƒ๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐€๐’๐€๐’ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐†๐„๐๐€๐‹๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐’๐€ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Š๐„ ๐Ÿ๐Ÿ ๐‰๐”๐‹๐€๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Untuk makluman KURSUS ASAS DAN PENGENALAN BAHASA JEPUN ditunda pada ketentuan berikut atas kekangan yang tidak dapat dielakkan:-

Tarikh : 11 Julai 2026 (SABTU)
Pendaftran : 8.00 Pagi
Masa : 8.30 Pagi - 2.00 Ptg
Tempat : BILIK SLPM PSH KKBBM
Yuran Kursus : RM 50.00/ Seorang

Jika berminat boleh menghubungi Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat di talian 06-2332806 /06-2332837 / 0126350746

Tempat adalah terhad...









๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐“๐€ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ12 Mei 2026 (Selasa) - Pada hari ini program di...
13/05/2026

๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐๐„๐๐†๐”๐Š๐”๐‡๐€๐ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” - ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐“๐€ ๐๐€๐Š๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Œ๐”๐๐ˆ๐“๐ˆ

12 Mei 2026 (Selasa) - Pada hari ini program diteruskan dengan pengisian Asas Sistem Point of Sales (POS) yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan sistem dalam pengurusan jualan dan operasi perniagaan kopi secara lebih sistematik dan efisien.

Seramai 16 orang peserta komuniti telah mengikuti sesi ini dengan penuh komitmen dan minat yang tinggi. Sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh En. Khairol Hakkeky bin Hashim dengan bantuan daripada Pn. Nurazlina binti Mohd Razali.

Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam meningkatkan kemahiran serta membuka peluang ke arah keusahawanan dalam bidang perkhidmatan makanan dan minuman, khususnya sebagai barista. โ˜•๏ธโœจ

Kredit gambar : Pn Nazuha Mohd Zahari










SmartGreen KKBBM hari ini melaksana aktiviti pengumpulan dan jualan sisa bahan ke pusat kitar semula. Ayoh.... warga KKB...
13/05/2026

SmartGreen KKBBM hari ini melaksana aktiviti pengumpulan dan jualan sisa bahan ke pusat kitar semula.

Ayoh.... warga KKBBM kita jayakan aktiviti ini dengan membawa barang kitar semula ke pusat pengumpulan di Dewan Ibnu Sina, KKBBM.

Jom kita sama-sama memastikan amalan hijau ini dapat dilaksana dan mencapai sasaran yang diharapkan....๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช







BENGKEL PENULISAN ILMIAH INOVASI TVET DARI IDEA KE PROTOTYPE13 Mei 2026 (Rabu) - Satu Bengkel Penulisan Ilmiah Inovasi T...
13/05/2026

BENGKEL PENULISAN ILMIAH INOVASI TVET DARI IDEA KE PROTOTYPE

13 Mei 2026 (Rabu) - Satu Bengkel Penulisan Ilmiah Inovasi TVET: Dari Idea ke Produk (Idea to Prototype) sedang berlangsung di Makmal Komputer 1 KKBBM.

Para peserta terdiri daripada para pensyarah KKBBM ini bertujuan bagi meningkatkan kemahiran peserta dalam menghasilkan penulisan ilmiah yang berkualiti serta membimbing pembangunan inovasi daripada peringkat idea sehingga berpotensi menjadi produk.

Sepanjang bengkel berlangsung peserta bakal didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, penyediaan dokumentasi inovasi serta kaedah pembentangan yang berkesan. Selain itu, sesi perkongsian turut memberi penekanan kepada potensi pengkomersialan inovasi dan penyertaan dalam pertandingan inovasi di peringkat lebih tinggi.

Unit Penyelidikan dan Pengkomersialan KKBBM selaku penganjur dan urusetia induk berharap bengkel ini dapat memperkukuhkan budaya penyelidikan dan inovasi dalam kalangan warga KKBBM serta melahirkan lebih banyak produk inovatif yang memberi manfaat kepada masyarakat dan industri.

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN 12 Mei 2026 (Selasa) - Bertempat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka telah berlangsung...
12/05/2026

KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN

12 Mei 2026 (Selasa) - Bertempat di SMK Tun Haji Abdul Malek, Melaka telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan bermula pada 9.00 pagi sehingga 1.00 petang. Kursus ini telah dihadiri seramai 46 orang pelajar dan Guru PPKI SMK Tun Haji Abdul Malek.

Objektif utama program ini adalah untuk memberi tunjuk ajar asas panduan dan ilmu amalan pengendali makanan selamat serta kebersihan dan keselamatan makanan

Penceramah Jemputan : Pn. Rohana Binti Siran
Pembantu : Pn. Norhaslina Binti Shariff
Penyelaras : Cik Shabana Binti Mohamad Yusoff

Untuk maklumat lanjut berkaitan kursus pendek yang di tawarkan sila tekan link telegram di bawah:-
https://t.me/kursuspendekKKBBM

Group ini adalah medium sebaran maklumat berkaitan kursus yang di jalankan di KKBBM.

11.05.2026Berlangsung Kursus Asas Microsoft Office: Word & PowerPoint anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai Pantai Melak...
11/05/2026

11.05.2026
Berlangsung Kursus Asas Microsoft Office: Word & PowerPoint anjuran Perbadanan Pembangunan Sungai Pantai Melaka (PPSPM) dgn Kerjasama Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.

Seramai 20 orang peserta dari unit pentadbiran, kewangan dan sokongan PPSPM hadir menyertai kursus ini. Terima kasih kepada penceramah dan urusetia kursus

Penceramah : En Zulaili bin Ismail
Pembantu : Pn Haslinda binti Mohd Salleh
Urusetia : Cik Shabana binti Mohamad Yusoff

Kursus ini memberi pendedahan asas berkaitan penggunaan Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint kepada para peserta bagi meningkatkan kemahiran ICT serta kecekapan dalam penyediaan dokumen dan pembentangan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen sepanjang kursus berlangsung. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam tugasan harian dan meningkatkan produktiviti kerja.



Address

No. 23, Jalan BBI 1, Taman Bukit Beruang Indah Bukit Beruang Melaka
Malacca City
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062332770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka, Malaysia:

Share