03/12/2011
salam sejahtera....
Hari ini ( Sabtu,3 Dis 2011) telah diadakan mesyuarat bersama CEO dan ketua2 jabatan di KAYM.
5 Usul pertama yang telah diusulkan oleh MPP dalam mesyuarat...
1. MQA untuk khusus BED (Unitar)
- maklum balas daripada pihak pentadbiran adalah sebenarnya pihak yang bertanggungjawab dalam permasalahan ini adalah induk unitar sendiri. masalah ini adalah masalah dalaman unitar. tetapi, . pihak KAYM tengah mengatasi masalah ini. KAYM telah mengadakan mesyuarat dengan induk unitar dan unitar KAYM kelmarin dan semalam untuk selesaikan isu. Jika tiada masalah, 15 Dis 2011 akan ada 'second round' untuk 'check' dari MQA. Pihak MPP akan 'follow up' perkara ini dari semasa ke semasa lagi, harap para pelajar yang terlibat bersabar dan fokus tentang final exam anda. sebarang masalah mengenai perkara ini, boleh diberitahu di sini atau maklumkan kepada MPP unitar.
2. Softwave dalam pembelajaran (DMM-STP)
- Pihak STP dan Jabatan I.T akan berbincang dan akan install softwave yang sepatutnya di dalam lab komputer bagi kemudahan para pelajar DMM. walau bagaimana pun, untuk pengetahuan para pelajar DMM, softwave ini perlu di install setiap minggu, jika yang permenent, ianya memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak. oleh itu, memerlukan beberapa tahap dan perbincangan untuk menyelesaikan isu ini. pihak MPP berharap agar para pelajar DMM dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa dan lebih baik lagi selepas ini.
3. Laluan Jalan Berbumbung
- isu ini pernah di suarakan oleh MPP yang lepas. Maklum balas daripada isu ini adalah, pihak kolej bukan tidak mengambil berat tentang perkara ini, tetapi pihak kolej lebih mengutamakan beberapa isu lain yang lebih pentingkan kebajikan pelajarnya. untuk pengetahuan semua, pihak kolej sedang melakukan 'upgrade' kepada beberapa bahagian, seperti Auditorium B(auditorium dulu tidak seperti sekarang), kelas-kelas kuliah, tandas akan di 'upgrade' daripada tingkat ke tingkat, akan ada sebuah lagi bus baru KAYM dan bus yang lama akan di cat. oleh itu, pihak kolej berharap agar para pelajar dapat menikmati keselesaan semasa kuliah dan berada di kolej.
4. Merokok dikalangan pelajar, pensyarah dan staff.
- Mulai minggu depan,hari isnin (5 Dis 2011), sesiapa sahaja yang ditangkap merokok dikawasan kolej, pihak keselamatan akan tegas dalam mengeluarkan saman kepada pelajar, pensyarah dan staff yang merokok di kawasan kolej. kawasan kolej adalah kawasan bebas daripada asap rokok. oleh itu, terutamanya para pelajar yang menghisap rokok di tandas, belakang dewan A,B dan C...sila ambil perhatian tentang perkara ini.
5. Pelekat Kenderaan.
- pihak mpp telah menerima aduan daripada para pelajar mengenai isu pelekat kenderaan samada di kolej,mahupun di asrama siswa dan siswi..isu nya adalah HAK yang ada pelekat dan yang tak ada pelekat kenderaan dan apa gunanya pelekat ini. maklum balas daripada pihak kolej ada, mulai minggu depan atau beberapa minggu akan datang, pihak kolej akan melakukan 'spotcheck' di kolej dan asrama siswi serta siswa untuk memberikan keadilan kepada para pelajar yang telah membeli pelekat kenderaan KAYM sahaja DIBENARKAN parking di kawasan kolej dan asrama siswa serta siswi...selain itu, pihak keselamatan akan mengeluarkan notis berkenaan dengan jika kenderaan hilang dikawasan KAYM. pihak kolej tidak bertanggungjawab atas kehilangan harta benda pelajar tetapi, akan berusaha menjaga harta benda para pelajar tersebuat. pelekat kenderaan itu berfungsi sebagai menunjukkan bahawa anda adalah pelajar atau staff KAYM dan DIBENARKAN parking dikawasan KAYM.(dalam kampus, hanya kereta pensyarah dan staff sahaja.)
sebarang masalah, boleh postkan dalam group ini, pihak mpp berterima kasih kepada para pelajar yang telah memberikan kerjasama dalam beberapa isu ini.
sekian...