30/04/2026
LAPORAN PROGRAM
Webinar Kesejahteraan Emosi: Mengawal Overthinking
Webinar Kesejahteraan Emosi: Mengawal Overthinking merupakan program anjuran Unit Psikologi & Kaunseling, UiTM Kampus Jasin yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan staf mengenai pengurusan pemikiran berlebihan (overthinking) serta kepentingan kesejahteraan mental dalam kehidupan seharian.
Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 30 April 2026 (Khamis), dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari secara dalam talian melalui platform Google Meet.
Webinar ini menampilkan Puan Anita binti Abu Kassim, Pegawai Psikologi Kanan UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka sebagai penceramah jemputan. Sepanjang sesi, beliau telah berkongsi pelbagai ilmu dan panduan berkaitan cara mengenal pasti overthinking, mengawal emosi serta mengurus kebimbangan dengan lebih berkesan dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian.
Program ini telah memberi manfaat yang besar kepada para peserta dalam meningkatkan kesedaran terhadap kesihatan mental, di samping membantu membentuk individu yang lebih tenang, fokus dan berdaya tahan.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah atas perkongsian yang amat bermakna, serta kepada semua peserta yang telah menjayakan program ini.