Majlis Perwakilan Pelajar KQT

Majlis Perwakilan Pelajar KQT Page rasmi Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Al Quran Terengganu. Motto : Kemahasiswaan Wahana Keperi

SALAM NUZUL AL-QURAN 2026Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan Salam Nuzul Al Quran 1447H kepada seluruh umat Islam ...
06/03/2026

SALAM NUZUL AL-QURAN 2026

Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan Salam Nuzul Al Quran 1447H kepada seluruh umat Islam dan seluruh mahasiswa/i Kolej Al-Quran Terengganu.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ

Maksudnya: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu.”

(Surah al-Baqarah: 185)

Peristiwa Nuzul Al Quran adalah lambang kebesaran di mana Al Quran merupakan mukjizat suci kurniaan Allah
SWT melalui Malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW kemudian disampaikan serta disebarkan kepada umat
Islam.

Maka MPP KQT ingin mengajak mahsiswa/i agar menjadikan Al Quran sebagai petunjuk utama dalam setiap langkah hidup kita dan sebagai sumber inspirasi serta pegangan yang kuat di dalam kehidupan.

“KEMAHASISWAAN WAHANA KEPERIBADIAN AL-QURAN”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU SESI 25/26







SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ DAN BAHASA AL-QURAN (DTBQ) DAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT (DTQQ...
05/03/2026

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA PELAJAR DIPLOMA TAHFIZ DAN BAHASA AL-QURAN (DTBQ) DAN DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN DAN QIRAAT (DTQQ)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pelajar Diploma Tahfiz dan Bahasa Al-Quran serta Diploma Tahfiz Al-Quran dan Qiraat kemas**an tahun 2023/2024 atas kejayaan menamatkan pengajian dengan cemerlang selama 3 tahun.

Segala penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para tenaga pengajar KQT yang menjadi tunjang kejayaan para pelajar juga daya usaha, kegigihan dan kesabaran para pelajar dalam mengharungi alam pengajian hingga selesai.

___

Selamat maju jaya kepada semua bakal graduan diploma tahfiz. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang di masa hadapan.
Sekian, terima kasih

"Kemahasiswaan Wahana Keperibadian AlQuran"

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU SESI 25/26

GenerasialQuran Versatile



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.Selamat Menduduki Peperiksaan buat seluruh Mahasiswa Seme...
15/02/2026

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat Menduduki Peperiksaan buat seluruh Mahasiswa Semester II Kolej Al-Quran Terengganu bagi Sesi Akademik 2025/2026 yang akan berlangsung bermula 15 Februari hingga 26 Februari 2026.

Semoga segala usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh pengajian diterjemahkan dengan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini. Teruskan melangkah dengan penuh keyakinan, ketenangan serta tawakkal dalam menempuh setiap ujian yang mendatang.

"KEMAHASISWAAN WAHANA AL-QURAN"
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU
SESI 2025/2026

SELAMAT MENGULANG KAJI SEMESTER IIMajlis Perwakilan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu ingin menyampaikan ucapan selamat ...
07/02/2026

SELAMAT MENGULANG KAJI SEMESTER II

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu ingin menyampaikan ucapan selamat mengulang kaji kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi bagi Semester II. Diharapkan agar tempoh ini dimanfaatkan sebaiknya sebagai ruang untuk memperkukuh kefahaman, memperkemas persediaan serta meningkatkan tahap penguasaan ilmu.

Semoga semua mahasiswa dan mahasiswi dikurniakan ketabahan, ketekunan serta ketenangan dalam menghadapi segala bentuk tugasan dan penilaian. Diharapkan setiap usaha yang dicurahkan menjadi asbab kejayaan serta membawa manfaat yang berpanjangan dalam pembentukan sahsiah, akhlak dan kecemerlangan akademik.

Seiring dengan itu, seluruh warga mahasiswa diseru agar terus mengekalkan disiplin diri, mengurus masa dengan bijaksana serta memelihara adab dan akhlak sepanjang proses pembelajaran. Semoga segala ilmu yang ditimba menjadi bekalan yang bernilai dalam membentuk jati diri sebagai insan berilmu, beriman dan berakhlak mulia.

Akhir kata, diharapkan agar seluruh mahasiswa dan mahasiswi mencapai kejayaan yang membanggakan serta sentiasa berada dalam rahmat dan pertolongan Allah SWT.

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU
Sesi Akademik 2025/2026
“KEMAHASISWAAN WAHANA AL-QURAN”

AHLAN WASAHLAN YA SYA'BAN 1447HAssalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan "Selama...
20/01/2026

AHLAN WASAHLAN YA SYA'BAN 1447H

Assalamualaikum Wbt dan Salam Sejahtera

Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Sya''ban 1447H" kepqda seluruh umat Islam. Bermulanya 1 Syaaban menandakan detik kiraan 29 hari menuju Ramadhan.

Banyak kelebihan yang terkandung dalam bulan Syaaban, namun masih ramai dalam kalangan kita yang terleka untuk merebut peluang keemasan ini. Perkara ini telah diingatkan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW melalui sabdanya:

ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya:
“Itulah bulan (Syaaban) yang mana ramai manusia melalaikannya, iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadan. Pada bulan itu amalan manusia diangkat kepada Tuhan sekalian alam. Maka aku s**a jika amalanku diangkat ketika aku sedang berpuasa.”
(HR an-Nasa’i – hadis hasan)

Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengajak seluruh mahasiswa/i KQT agar bersama-sama kita mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan meningkatkan keimanan, ketaqwaan, amalan wajib, serta memperbanyakkan amalan-amalan sunnah serta berdoa agar diberi keberkahan seterusnya dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan.

“KEMAHASISWAAN WAHANA KEPERIBADIAN AL-QURAN”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU SESI 25/26







Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh🌙 ISRAK & MIKRAJ 1447H 🌙📅 27 Rejab 1447H / 17 Januari 2026Peristiwa Israk dan ...
16/01/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

🌙 ISRAK & MIKRAJ 1447H 🌙
📅 27 Rejab 1447H / 17 Januari 2026

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu mukjizat agung Nabi Muhammad ﷺ yang penuh dengan pengajaran dan hikmah. Malam perjalanan suci ini mengingatkan kita tentang kebesaran Allah SWT, keimanan yang teguh, serta pentingnya ketaatan kepada perintah-Nya. Semoga akhlak dan perjuangan mulia Rasulullah ﷺ menjadi pedoman bagi setiap langkah hidup kita, membimbing kita untuk meneladani sifat-sifat terpuji, memperindah akhlak, dan memperkuat keimanan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan.

Perjalanan Israk yang menghubungkan Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis, diikuti oleh Mikraj hingga Sidratul Muntaha, menekankan keistimewaan solat sebagai tiang agama dan tanda keimanan yang mesti dipelihara. Melalui peristiwa ini, kita diingatkan bahawa setiap ujian dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh Allah SWT merupakan peluang untuk meningkatkan ketakwaan, memperbaiki diri, dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Semoga semua warga mahasiswa Kolej Al-Quran Terengganu menjadikan Israk Mikraj sebagai sumber inspirasi untuk mengekalkan istiqamah dalam menunaikan ibadah, membentuk keperibadian mulia, dan menguatkan semangat dalam pengajian serta kehidupan seharian. Dengan meneladani Rasulullah ﷺ, kita akan mampu membina kehidupan yang lebih teratur, sejahtera, dan dirahmati Allah SWT.

✨ Israk Mikraj: Hadiah solat, lambang ketaatan.

Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej Al-Quran Terengganu 2025/2026
“KEMAHASISWAAN WAHANA AL-QURAN”

SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2025/2026 Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan Selamat Menjalani...
06/01/2026

SELAMAT MENJALANI CUTI PERTENGAHAN SEMESTER 2 SESI 2025/2026

Majlis Perwakilan Pelajar KQT mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Pertengahan Semester 2 (Sesi 2025/2026) kepada seluruh mahasiswa/i Kolej Al-Quran Terengganu.

"Masa adalah kehidupan". Imam Hasan al-Banna menghuraikan bahawa pemahaman terhadap nilai sebenar masa membawa kepada pemahaman tentang hakikat kehidupan, memandangkan masa merupakan inti kepada kehidupan itu sendiri. Justeru, masa tidak sekadar berfungsi sebagai ukuran perjalanan hidup, bahkan mencerminkan kualiti kehidupan seseorang insan.

Oleh itu, Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengajak seluruh mahasiswa/i KQT menggunakan cuti bermula 4 hingga 10 Januari kali ini sebagai ruang untuk menyegarkan kembali minda, memperkemas perancangan akademik dan memperkukuh semangat sebelum kembali menyambung sesi pembelajaran.

Jaga diri, jaga kesihatan dan teruskan melangkah ke arah kecemerlangan. Sekian, terima kasih.

“KEMAHASISWAAN WAHANA KEPERIBADIAN AL-QURAN”

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU SESI 25/26







PROGRAM KERJASAMA KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PELAJAR KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU | 26 DISEMBER 2025 Hujan bukan penghalang, ...
26/12/2025

PROGRAM KERJASAMA KHIDMAT MASYARAKAT (CSR) PELAJAR KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU | 26 DISEMBER 2025

Hujan bukan penghalang, khidmat tetap diteruskan.

Pada 26 Disember 2025, seramai 60 orang pelajar telah bersama-sama menjayakan aktiviti Program Kerjasama Khidmat Masyarakat (CSR) anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KQT yang dilaksanakan di tiga lokasi, iaitu Surau Machang Lada, Masjid Padang Tanjung dan Surau Al-Hikmah.

Walaupun berdepan hujan lebat, komitmen dan semangat para pelajar amat membanggakan. Program ini merupakan sebahagian daripada CSR tahunan yang bertujuan memupuk semangat kes**arelawanan, keprihatinan sosial serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti setempat.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada JPKK Machang Lada dan Padang Tanjung serta wakil pengurusan Surau Al-Hikmah yang membantu melancarkan pelaksanaan program hari ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada JPKK Machang Lada dan Padang Tanjung serta wakil pengurusan Surau Al-Hikmah atas kerjasama yang sangat baik, serta kepada semua pelajar yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

MPP KQT berharap agar program-program CSR seumpama ini dapat diteruskan pada tahun akan datang dengan memberi tumpuan kepada keceriaan kampung. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kepada lebih banyak kebaikan pada masa akan datang.

"KEMAHASISWAAN WAHANA KEPERIBADIAN AL-QURAN "

Majlis Perwakilan Pelajar
Kole jAl-QuranTerengganu
Sesi Akademik 25/26






Alhamdulillah, Program Seminar Huffaz MPP KQT telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 Disember 2025 bertempat di...
14/12/2025

Alhamdulillah, Program Seminar Huffaz MPP KQT telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 Disember 2025 bertempat di Masjid As-Syatibi, Kolej Al-Quran Terengganu.

Program dimulakan seawal 8.00 pagi dengan pendaftaran pelajar, diikuti ketibaan penceramah dan Slot 1: Bicara Huffaz yang memberi motivasi serta perkongsian pengalaman berharga dalam dunia hafazan al-Quran.

Selepas sesi rehat, program diteruskan dengan Slot 2: Latihan Memperkemaskan Ayat-Ayat Mutasyabihat menggunakan Kaedah Bahasa Arab, yang memberi pendedahan praktikal dan membantu peserta memahami teknik penguasaan hafazan dengan lebih berkesan.

Program diakhiri dengan sesi soal jawab, penyampaian cenderamata, serta sesi bergambar sebelum bersurai sekitar 1.00 tengah hari.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penceramah, pihak pengurusan serta semua peserta yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang dikongsikan memberi manfaat dan keberkatan buat semua.

08/12/2025

SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU
SESI AKADEMIK II 2025/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengucapkan selamat menjalani Semester Baharu Sesi Akademik II 2025/2026 kepada seluruh mahasiswa/i Kolej Al-Quran Terengganu.

Semoga semester ini menjadi langkah yang penuh keberkatan, ruang untuk belajar bukan sahaja melalui kuliah, tetapi melalui pengalaman, interaksi dan usaha sendiri kerana pendidikan yang sebenar terbina daripada kesungguhan, percubaan serta hikmah yang dikutip daripada kehidupan seharian.

“Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu.”
(Surah Taha: 114)

Sekian, terima kasih.

“KEMAHASISWAAN WAHANA AL-QURAN”

Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Al-Quran Terengganu
Sesi Akademik 2025/2026

[TAHNIAH] 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Saudar...
03/12/2025

[TAHNIAH] 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐇𝐀𝐅𝐀𝐙𝐀𝐍 𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐙 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
Majlis Perwakilan Pelajar KQT ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Saudari Nurul Ain Solihah binti Rusli daripada Diploma Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Al-Quran (DTBQ) atas kejayaan menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Qur’an pada 25 November 2025, dengan majlis khatam yang disempurnakan pada 2 Disember 2025 di Masjid As-Syatibi, KQT, oleh Guru Tasmi Ustazah Nur Rashidah Binti Ashaary.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran seisi keluarga dan pelajar Kolej Al-Quran Terengganu menambahkan lagi kemeriahan dan keberkatan majlis khatam ini.

Dalam pesan guru tasmi, beliau menekankan bahawa khatam Al-Qur’an bukan sekadar menamatkan hafalan, tetapi sekurang-kurangnya sedang membawa tanggungjawab baru yang mesti diteruskan, dan bukan sesuatu yang boleh ditinggalkan. Penyesalan sering timbul apabila kesempatan ini dilepaskan, justeru setiap detik perlu dimanfaatkan untuk terus berusaha.

Kejayaan menghafal Al-Qur’an memerlukan konsistensi, kerja keras, disiplin dan tidak mudah menyerah. Saudari Ain Solihah turut berkongsi bahawa kejayaan ini dicapai kerana disiplin dan sikap tidak mudah putus asa.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada pelajar KQT yang masih belajar untuk terus berusaha, istiqamah dan menjadi insan yang beramal dengan apa yang dihafaz.

اللهم اجعلنا من أهل القرآن وخاصته
“KEMAHASISWAAN WAHANA AL-QURAN”

EXCO MULTIMEDIA DAN PERHUBUNGAN LUAR
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
KOLEJ AL-QURAN TERENGGANU SESI 25/26






Address

Marang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Perwakilan Pelajar KQT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share